Menjadi kewajipan para
pendakwah berusaha dengan daya upaya yang ada untuk mengubah segala tingkahlaku
yang buruk dikalangan umat Islam masa kini. Ini bertujuan untuk mengajak
masyarakat Islam meninggalkan segala perbuatan yang bercanggah dengan tuntutan
Islam dan melakukan segala pekerjaan yang tidak bertentangan dengan ajaran
Islam.
Dapat kita lihat di lapangan bahawa umat Islam sekarang sangat
jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Berbagai masalah sosial yang
dialami oleh umat Islam sekarang ini seperti penceraian dikalangan suami
isteri, pergaulan bebas, penyalah gunaan dadah, pembunuhan, seks bebas dan sebagainya.
Berbagai kaedah yang telah dibuat oleh pakar-pakar psikologi atau kauseling,
tetapi setiap kaedah yang dihasilkan oleh mereka itu belum ada satupun yang
berkesan dan dapat mengurangkan masalah ini. Masalah sosial ini tidak akan
selesai selagimana kita tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Islam
sahaja yang mempunyai formula untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan. Ini
juga telah ditegaskan oleh Syeikh Sayyid Al-Qutb dengan mengatakan bahawa Islam sahajalah
wadah yang mampu untuk memberikan keadilan sosial bagi umat sejagat. Firman Allah SWT
yang berbunyi :
“Wahai orang-orang Yang beriman!
masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan
janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh
bagi kamu yang terang nyata.”
(Al-Baqarah : 208)
Mari kita renung dan selidiki kalam Allah di atas ini, jelas
bahawa Agama Islam mempunyai cara yang tersendiri untuk mencegah dan merawat
masalah sosial ini. Untuk memastikan formula ini berkesan, maka para pendakwah
hendaklah menyusun strategi yang baik untuk mengatasi masalah sosial ini. Para
pendakwah perlu mempunyai sikap yang kreatif dan inovatif untuk melaksanakan
segala dakwahnya.









































0 comments:
Post a Comment