Saya tersinggung dan terasa hati dengan bapa mentua kerana dia pernah menghina serta pernah memberitahu bencikan saya. Dia juga pernah meminta saya menceraikan anaknya.
Sejak itu saya berjanji tidak mahu
berjumpanya lagi. Berdosakah jika saya membenci sikapnya itu dan adakah wajar
tindakan saya tidak menjenguknya?
Jawapan
Setiap Muslim
mesti memahami Islam sangat menitik beratkan hubungan kekeluargaan dan
silaturahim. Bersikap benci-membenci dan memutuskan hubungan sesama saudara
dilarang di dalam Islam.
Jika berlaku perselisihan faham, mereka hendaklah didamaikan dan menyambung kembali tali persaudaraan. Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat ayat 10).
Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).

Baginda
bersabda lagi: “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia
dan apa yang dipersiapkan
Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan
silaturahim.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)
Menghubungkan silaturahim banyak faedahnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Justeru keterlanjuran kata-kata bapa mentua anda itu perlulah segera dimaafkan kerana sebagai menantu kita tidak boleh menyimpan perasaan marah atau benci.
Sumber : Harian Metro

saya ade masalah berkaitan ayah dan ibu mertua yang merupakan ayah n ibu angkat kepada suami saya.suami saya bukan anak susuan beliau dan banyak kesongsangan hal2 berkaitan aurat dan batas2 sbg anak angkat yang bukan xde pertalian darah. boleh tak, ustaz menjelaskan perkara ini spy sy boleh jelaskan pada suami saya. bila saya menegur, dia beranggapan sy xsuke mak ayah angkat dia.sy xberniat begitu. tp sy xnk tanggung dosa ttg sesuatu perkara yang sy tau ianya haram.cth mcm bersalaman, paluk cium, hal aurat rambut ibu mertua, aurat lain, bersentuhan etc.tolong lah saya ustaz
ReplyDeleteAssalamualaikum wr. Wbr.. Suami saya menjadimarah kepad ahli keluarga nyer kerana sikap mereka dan memutuskan untuk bertemu lagi, adakah berdosa ? Sedang kan ibu nya menyumpah agar hidup kami tidak akan selamat...
ReplyDelete