Darah fasad adalah darah penyakit seperti darah istihadhah, darah jenis ini keluar dari faraj wanita yang belum berumur Sembilan tahun dan keluar ketika wanita sakit hendak bersalin (sebelum belahirkan anak).
Hukum
darah ini sama seperti mana darah istihadhah, iaitu ia boleh mengerjakan segala
amalan yang terhalang ketika haid dan nifas. Cara menyucikannya juga sama
seperti darah istihadhah iaitu membasuhnya dan tidak perlu mandi hadas seperti
keluarnya haid dan nifas.
Bagi
wanita yang mengalami darah fasad ketika hendak melahirkan anak, maka
diwajibkannya mendirikan solat apabila masuk waktunya. Ketika ini si suami
hendaklah memahami keadaan isteri yang sakit. Suami hendaklah membantu isteri
untuk bersedia melakukan solat.Caranya ialah seperti berikut :
- Wanita yang mengalami kesakitan untuk bersalin, harus berusaha terlebih dahulu untuk memenuhi segala tuntutan syarak yang telah ditetapkan ketika seseorang itu hendak menunaikan solat. Contohnya seperti berusaha membersihkan diri, tempat solat, berwuduk, berpakaian solat atau seumpamanya.
- Wanita yang mengalami kesakitan untuk bersalin tidak mampu untuk bagun disebabkan keletihan atau hilang tenaga setelah lama bertarung dengan kesakitan bersalin, maka cukup dia meminta segelas air untuk berwuduk pada anggota yang wajib sahaja, selimutkan seluruh badannya untuk menutup segala auratnya dan teruskan solat secara berbaring.
- Jika wanita itu tidak mampu segala-galanya, maka cukuplah dia solat sekadar menghormati waktu sahaja. Apabila ia telah bersalin dan suci dari nifas, maka hendaklah ia qadha segala solat yang ia tinggalkan (solat menghormati waktu) ketika sakit hendak bersalin dahulu.
Tetapi dalam masalah ini, terdapat perbezaan di antara ulamak, ada
setengah pendapat yang lain mengatakan bahawa wanita yang hendak melahirkan
anak, darah yang keluar dari farajnya itu termasuk di dalam darah wiladah dan
tidak perlu ia mengerjakan solat. Di sini terserah kepada kita untuk
menggunakan pendapat yang mana satu. Tidak berdosa jika kita pilih pendapat
darah yang keluar semasa sakit untuk bersalin itu sebagai darah wiladah dan
kita meninggalkan solat. Ini masalah khilaf (bersalahan pendapat), tidak ada
yang salah dan semua pandangan yang diberikan adalah betul.









































0 comments:
Post a Comment