Thursday, December 1, 2011

Tujuan Dakwah Keempat : Penyebaran Islam Kepada Non Muslim



Sebagai pendakwah yang baik dan menjalankan amanah Allah, golongan sasarannya bukan sahaja orang Islam, tetapi ia juga perlu menyampaikan dakwahnya kepada orang bukan Islam. menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam ini berbeza sedikit dengan orang Islam, kerana mereka memang jelas menolak langsung Islam dan mereka tidak percaya tentang kewujudan Allah. Orang bukan Islam ini terdiri dari berbagai kelompok yang perlu dikategorikan sebelum memulakan dakwah kepada mereka, antara kategori yang dapat diberikan ialah :
  1. Kelompok agama musyrik seperti pemuja patung berhala. 

  2. Kelompok agama samawi seperti Yahudi dan Kristian. 

  3. Kelompok mulhid iaitu orang yang tidak ada agama atau eteis. 

  4. Kelompok munafik iaitu orang yang berpura-pura memeluk Islam.
Nabi Muhammad SAW pada permulaan dakwah Baginda ialah menyampaikan dakwah kepada orang musyrikin Mekah, agar mereka dapat memeluk agama Islam dan meninggalkan amalan agama moyang mereka. Memang sukar untuk dicapai kejayaan dakwah terhadap orang bukan Islam ini, tetapi kita tidak boleh lemah semangat dan membiarkan begitu sahaja. Kita kena cuba segala teknik yang telah diajarkan oleh Rasulullah, soal hidayah dan penerimaan mereka itu adalah urusan Allah. Firman Allah :

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.” (Al-An’am : 125)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers

 
Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template Vector by DaPino