Program Jati Diri JDK di Savanah Hill Ulu Tiram telah dilangsungkan pada 25 Disember 2011. Program ini dijalankan bagi tujuan untuk membina jati diri Remaja agar mereka dapat memahami dan mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi segala cabaran yang terdapat pada hari ini. Kem ini dilangsungkan secara serentak di setiap zon seperti Zon Selatan, Zon Timur, Zon Utara dan Zon Tengah. Penganjurnya ialah HALUAN Malaysia dengan kerjasama JAKIM. Alhamdulillah banyak program yang telah diatur dan dijalankan, semoga usaha ini mendapat barakah dari Allah. Usaha ini juga untuk memartabatkan Islam sebenar di muka bumi ini.
Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Kisah Tha'labah Cintakan Syurga
Pernahkah saudara mendengar tentang kisah
Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang
punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman
Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17
tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah
S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan
khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari
sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu,
Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup
membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah
terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat
Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat
quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya
Allah..."
Rintihan
Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang
dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di
pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua
tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat
dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti
kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu
Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau
terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa
kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang
dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka,
aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat
sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah,
Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah
Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala
Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya.
Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini
tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya
hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah
doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah
aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti
taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan
nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa
untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat
membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi
Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang
perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami
telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat
melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke
kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama
Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak
sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu
Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas
yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya
diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan
bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal
serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Sumber : Laman ILuvIslam
Labels:
Tazkirah
Saturday, December 24, 2011
Penjagaan Anak Tidak Sah Taraf
Saya mempunyai anak luar nikah yang kini berusia 14 tahun. Saya tidak berbangga dengan dosa lalu tetapi amat tertekan kerana anak saya yang tidak berdosa menanggung kesukaran akibat dosa masa lampau saya.
Sebelum ada anak ini, saya langsung tidak mementingkan perkara dosa
atau pahala. Saya berkenalan dengan seorang lelaki bernama A dan kerap
keluar bersamanya.
Dia seorang yang tidak beragama walaupun bapanya seorang yang
dilahirkan Islam tetapi berkahwin dengan wanita Cina. Perkenalan kami
amat singkat dan pernah terlanjur disebabkan sering mengikuti pesta
ulang tahun kawan kami.
Apabila mendapat tahu saya mengandung, A memberi kata putus supaya menggugurkan kandungan atau dia tidak akan bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
Apabila mendapat tahu saya mengandung, A memberi kata putus supaya menggugurkan kandungan atau dia tidak akan bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
Perasaan berdosa menyelubungi saya sehingga saya mengambil keputusan
terus mengandungkan bayi itu. Kami terputus hubungan sehinggalah saya
melahirkan anak itu.
Saya membesarkan anak saya tanpa sebarang bantuan daripada A. Dia entah
hilang ke mana dan apabila anak berumur empat tahun, saya berkahwin
dengan seorang lelaki yang dapat menerima status saya serta anak.
Saya berasa amat bertuah kepada keluarga suami yang tidak sedikit pun mempertikaikan atau membezakan status anak saya. Kami bersama-sama membesarkan anak sehingga kini. Segala urusan persekolahan, perbelanjaan semua ditanggung suami.
Kini suami diarahkan berpindah kerja ke Australia. Sebagai ketua keluarga, dia menguruskan segala-galanya untuk saya. Anak serta dua lagi anak perkongsian hidup kami turut bersama ke sana.
Segala urusan berjalan lancar sehinggalah pihak imigresen Australia meminta surat terakhir hak penjagaan anak sulung saya. Kami mengambil peguam untuk menguruskan hal itu.
Sejak itu, anak sulung saya berasa dirinya tidak berguna dan menyusahkan ayah tirinya dan adik-beradiknya. Semua visa kami diluluskan, hanya visa anak saya itu saja masih tertangguh dan hanya diluluskan jika kami memberi surat hak penjagaan.
Dr Salam, jika perkara dibawa ke Mahkamah Syariah, adakah saya akan mendapat hak penjagaan ke atas anak saya itu? Saya tidak meminta hak nafkah ataupun apa-apa daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu, cuma meminta hak penjagaan saja.
Peguam juga menjelaskan, surat penjagaan itu perlu jika terjadi apa-apa ke atas dirinya, memudahkan saya menguruskan kemasukan sekolah di luar negara dan hospital.
Untuk pengetahuan Dr, dalam surat beranak anak saya tidak ada langsung keterangan bapa, hanya ada nama saya dan anak saya berbintikan Abdullah.
Saya harap Dr dapat membantu memberi jalan yang terbaik. Penghijrahan kami sekeluarga adalah untuk masa depan anak.
Saya berasa amat bertuah kepada keluarga suami yang tidak sedikit pun mempertikaikan atau membezakan status anak saya. Kami bersama-sama membesarkan anak sehingga kini. Segala urusan persekolahan, perbelanjaan semua ditanggung suami.
Kini suami diarahkan berpindah kerja ke Australia. Sebagai ketua keluarga, dia menguruskan segala-galanya untuk saya. Anak serta dua lagi anak perkongsian hidup kami turut bersama ke sana.
Segala urusan berjalan lancar sehinggalah pihak imigresen Australia meminta surat terakhir hak penjagaan anak sulung saya. Kami mengambil peguam untuk menguruskan hal itu.
Sejak itu, anak sulung saya berasa dirinya tidak berguna dan menyusahkan ayah tirinya dan adik-beradiknya. Semua visa kami diluluskan, hanya visa anak saya itu saja masih tertangguh dan hanya diluluskan jika kami memberi surat hak penjagaan.
Dr Salam, jika perkara dibawa ke Mahkamah Syariah, adakah saya akan mendapat hak penjagaan ke atas anak saya itu? Saya tidak meminta hak nafkah ataupun apa-apa daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu, cuma meminta hak penjagaan saja.
Peguam juga menjelaskan, surat penjagaan itu perlu jika terjadi apa-apa ke atas dirinya, memudahkan saya menguruskan kemasukan sekolah di luar negara dan hospital.
Untuk pengetahuan Dr, dalam surat beranak anak saya tidak ada langsung keterangan bapa, hanya ada nama saya dan anak saya berbintikan Abdullah.
Saya harap Dr dapat membantu memberi jalan yang terbaik. Penghijrahan kami sekeluarga adalah untuk masa depan anak.
Jawapan
MENURUT Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (2001),
penjagaan anak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan
saudara-mara ibu.
Dengan itu, puan boleh membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah untuk permohonan mendapatkan surat penjagaaan anak secara rasmi.
Inilah jalan terbaik yang boleh dilakukan. Bagaimanapun, puan dinasihatkan supaya menggunakan khidmat peguam kerana mereka mengetahui apa dokumen yang diperlukan dalam permohonan nanti.
Mengenai anak puan, dia perlu dibimbing sebaik mungkin dengan ajaran Islam termasuk soal akidah, syariah dan akhlak agar menjadi anak yang soleh.
Mungkin pengalaman puan diceritakan secara baik agar mendapat pengajaran berguna kepada anak puan memandangkan dia sudah memasuki alam remaja.
Sememangnya anak puan tidak bersalah dan tidak berdosa. Islam pula tidak membezakan kedudukan anak tidak sah taraf dengan anak yang lain.
Semua itu dilakukan bagi menjaga keturunan supaya tidak bercampur-aduk.
Dengan itu, puan boleh membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah untuk permohonan mendapatkan surat penjagaaan anak secara rasmi.
Inilah jalan terbaik yang boleh dilakukan. Bagaimanapun, puan dinasihatkan supaya menggunakan khidmat peguam kerana mereka mengetahui apa dokumen yang diperlukan dalam permohonan nanti.
Mengenai anak puan, dia perlu dibimbing sebaik mungkin dengan ajaran Islam termasuk soal akidah, syariah dan akhlak agar menjadi anak yang soleh.
Mungkin pengalaman puan diceritakan secara baik agar mendapat pengajaran berguna kepada anak puan memandangkan dia sudah memasuki alam remaja.
Sememangnya anak puan tidak bersalah dan tidak berdosa. Islam pula tidak membezakan kedudukan anak tidak sah taraf dengan anak yang lain.
Semua itu dilakukan bagi menjaga keturunan supaya tidak bercampur-aduk.
Labels:
Munakahat
Tuesday, December 20, 2011
Darah Fasad Bagi Wanita
Darah fasad adalah darah penyakit seperti darah istihadhah, darah jenis ini keluar dari faraj wanita yang belum berumur Sembilan tahun dan keluar ketika wanita sakit hendak bersalin (sebelum belahirkan anak).
Hukum
darah ini sama seperti mana darah istihadhah, iaitu ia boleh mengerjakan segala
amalan yang terhalang ketika haid dan nifas. Cara menyucikannya juga sama
seperti darah istihadhah iaitu membasuhnya dan tidak perlu mandi hadas seperti
keluarnya haid dan nifas.
Bagi
wanita yang mengalami darah fasad ketika hendak melahirkan anak, maka
diwajibkannya mendirikan solat apabila masuk waktunya. Ketika ini si suami
hendaklah memahami keadaan isteri yang sakit. Suami hendaklah membantu isteri
untuk bersedia melakukan solat.Caranya ialah seperti berikut :
- Wanita yang mengalami kesakitan untuk bersalin, harus berusaha terlebih dahulu untuk memenuhi segala tuntutan syarak yang telah ditetapkan ketika seseorang itu hendak menunaikan solat. Contohnya seperti berusaha membersihkan diri, tempat solat, berwuduk, berpakaian solat atau seumpamanya.
- Wanita yang mengalami kesakitan untuk bersalin tidak mampu untuk bagun disebabkan keletihan atau hilang tenaga setelah lama bertarung dengan kesakitan bersalin, maka cukup dia meminta segelas air untuk berwuduk pada anggota yang wajib sahaja, selimutkan seluruh badannya untuk menutup segala auratnya dan teruskan solat secara berbaring.
- Jika wanita itu tidak mampu segala-galanya, maka cukuplah dia solat sekadar menghormati waktu sahaja. Apabila ia telah bersalin dan suci dari nifas, maka hendaklah ia qadha segala solat yang ia tinggalkan (solat menghormati waktu) ketika sakit hendak bersalin dahulu.
Tetapi dalam masalah ini, terdapat perbezaan di antara ulamak, ada
setengah pendapat yang lain mengatakan bahawa wanita yang hendak melahirkan
anak, darah yang keluar dari farajnya itu termasuk di dalam darah wiladah dan
tidak perlu ia mengerjakan solat. Di sini terserah kepada kita untuk
menggunakan pendapat yang mana satu. Tidak berdosa jika kita pilih pendapat
darah yang keluar semasa sakit untuk bersalin itu sebagai darah wiladah dan
kita meninggalkan solat. Ini masalah khilaf (bersalahan pendapat), tidak ada
yang salah dan semua pandangan yang diberikan adalah betul.
Labels:
Taharah
Sunday, December 18, 2011
Sumber Ilmu Akidah
Sumber pengambilan atau rujukan ilmu tauhid adalah
daripada Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Di samping itu, hujah akal
digunakan sebagai pembantu bagi memenuhi tuntutan fitrah manusia yang
dianugerahkan Allah SWT, kekuatan akal dan logik adalah untuk kesempurnaan
kehidupan manusia.
Dalil Al-Quran
Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang
beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab
Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga
kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa
yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya,
dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat
dengan kesesatan yang amat jauh.”
(An-Nisa : 136)
Firman Allah SWT :
“Dan Tuhan kamu ialah
Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 163)
Firman Allah SWT :
“Katakanlah (Wahai
Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan ia
pula tidak diperanakkan, dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya.” (Al-Ikhlas : 1-4)
Firman Allah SWT :
“Rasul-rasul mereka
bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah,
Yang menciptakan langit dan bumi”
(Ibrahim : 10)
Dalil Hadis
Daripada Abi Amar Sufian
Bin Abdullah ra ia berkata : Aku bertanya wahai Rasulullah :
“Katakanlah kepada aku
satu kenyataan dalam Islam yang tidak perlu lagi aku bertanya orang lain? Jawab
Rasulullah : Katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian tetapkan diatas
keadaan demikian.” (Riwayat
Muslim)
Sabda Rasulullah SAW :
“Manusia yang paling
bahagia yang memperolehi syafa’at ku pada hari kiamat nanti ialah orang yang
berkata : Tiada tuhan melainkan Allah.”. (Riwayat Bukhari)
Daripada Saidina Umar
Bin Al-Khattab ra ketika Jibril dating kepada Rasulullah SAW menyerupai seorang
Arab bertanya mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Rasulullah SAW menjawab mengenai
iman melalui sabdanya :
“Beriman
dengan Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari
akhirat dan beriman dengan takdir baik dan jahat.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Labels:
Akidah
Thursday, December 15, 2011
Datang Haid Bagi Wanita Yang Menunaikan Haji
Haid
merupakan masalah yang utama bagi para jemaah haji wanita. Pelbagai ikhtiar dan
usaha telah dilakukan mereka untuk mengelak kedatangan haid ketika berada di
tanah suci. Kedatangan haid sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada para
jemaah wanita untuk melaksanakan ibadah tersebut. Masalah seperti ini telah
dialami oleh Isteri Rasulullah Saidatina Aisyah ra.
Ketika
rombongan haji yang dipimpin oleh Rasulullah SAW pada tahun 10 hijrah tiba di
Sarif yang terletak lebih kurang 16 kilometer dari kota Mekah, Saidatina Aisyah
ra telah mengalami haid. Beliau sangat risau kerana tidak dapat melaksanakan
haji bersama rombongan yang disertai beliau. Apabila masalah ini telah
diketahui Rasulullah, Saidatina Aisyah ra telah dipujuk dan di tenangkan oleh
Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud :
“Ini
adalah satu ketentuan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam. Tunaikan hajimu
sebagaimana orang lain menunaikannya. Cuma kamu jangan tawaf di Baitullah
sehingga kamu mandi (bersuci daripada haid).” (Riwayat
Muslim)
Bagi
wanita yang sudah selesai mengerjakan segala ibadah haji selain tawaf widak
tiba-tiba dia didatangi haid, maka dibolehkan dia pulang, tidak perlu
mengerjakan tawaf widak dan tidak perlu membayar dam. Hal ini adalah merupakan
kesepakatan para ulamak fikah. Hujah ini berdasarkan kepada hadis daripada
Aisyah isteri Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW :
Ya Rasulullah, Safiah Bin Huyai haid. Rasulullah SAW bersabda : Barangkali dia
telah tawaf bersama-sama dengan kamu (tawaf rukun)? Mereka menjawab : Memang
dia telah tawaf. Kata Rasulullah : Kalau begitu pulanglah.” (Riwayat Bukhari)
Wanita haid yang mengerjakan haji ifrad tidak ada
masalah kerana yang wajib dia kerjakan satu tawaf sahaja iaitu tawaf Ifadah.
Manakala tawaf Qudum bagi wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad apabila
didatangi haid atau nifas, maka tidak wajib dikerjakan lagi baginya. Adapun
wanita haid yang menergajakan haji Qiran, maka memadailah dia tawaf ifadah
sewaktu dia mengerjakan umrah.
Wanita haid mengerjakan haji Tamattuk ada dua cara
yang boleh mereka lakukan iaitu seperti :
- Wanita itu telah suci dari haid sebelum berangkat ke Arafah. Maka hendaklah dia mandi hadas dahulu kemudian pergi ke Baitullah kemudian di sana mengerjakan ibadah umrah. Setelah itu dia tahallul. Selepas itu dia berniat lagi untuk mengerjakan haji pada hari Tarwiah lalu mengerjakan ibadah-ibadah yang masih tertinggal.
- Wanita dating pada hari Tarwiah dalam keadaan haid. Maka hendaklah dia mandi sunat kemudian berniat mengerjakan haji. Setelah selesai mandi, hendaklah dia kerjakan semua ibadah haji kecuali tawaf Ifadah, kerana tawaf ini boleh dikerjakan ketika dia dalam keadaan suci dari haid dan nifas. Jika ia ingin mengerjakan umrah di tanah halal, maka tidak menjadi masalah baginya, kerana isteri Rasulullah Saidatina Aisyah pernah melakukannya.
Labels:
Taharah
Saturday, December 10, 2011
Nama-nama Pada Ilmu Tauhid
Ilmu Usuluddin
Ilmu ini membahaskan
perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara-perkara pokok dalam Islam,
seperti beriman kepada Allah, beriman kepada rasul dan lain-lain. Perkataan
usul bermaksud tunjang atau asas, manakala perkataan ad’din bermaksud agama
yang merangkumi semua aspek hidup dunia dan akhirat.
Ilmu Akidah
Ilmu ini membahaskan hal-hal yang berkaitan
dengan akidah (kepercayaan) di dalam hati. Perkataan akidah bermaksud
kepercayaan yang bersimpul atau yang terikat di dalam hati.
Ilmu Kalam
Ilmu ini membahaskan pada peringkat
permulaan Islam dahulu, ilmu ini dibicarakan melalui perdebatan atau bertikam
lidah terutama masalah kalam Allah adakah baharu atau qadim. Perkataan kalam
bermaksud perkataan atau percakapan.
Ilmu Makrifah
Ilmu ini berkaitan dengan mengenal
Allah dan rasul-rasulnya yang mana tiap-tiap orang Islam diperingkat awalnya
wajib mengenal Allah dan rasulnya. Perkataan makrifah bermaksud mengenal atau
mengetahui, ia menjadi asas agama sebagaimana yang dikatakan “Awal-awal
agama adalah mengenal Allah”.
Labels:
Akidah
Wednesday, December 7, 2011
Positifkan Diri Dalam Masalah Furuk Atau Khilaf
Knapa kita perlu hafaz quran, hadith, tinggi ilmu agama utk
guna mazhab selain shafie? klu xde ilmu,dan kita guna mana2 mazhab yg kita suka,
knapa dkatakan kita ni 'taqlik buta'? Maknanya semua org malaysia (selain
ustaz, ulamak) ni taqlik buta kpd imam shafie ke? Sy rasa sbb kt xde ilmu la
kita ikut mazhab, sbb semua persoalan dah terjawab, so sbgai msyrakat
awam,xperlula kita kaji quran dan hadis bg semua persoalan, ikut buta je
la..klu ustaz kata kita mringankan hukum allah dgn mmilih mana2 mazhab yg
senang bg kita, maknanya scra xlgsung ustaz mengatakan imam2 mazhab tersebut
pun meringankan hukum allah..? Maaf ustaz, bkn sy against ustaz, tapi hanya
mcari jawapan kpd persoalan dlm benak sy ni..
Jawapan Ustaz
Awak salah faham dengan kenyataan saya, asas Islam adalah
Al-Quran dan Hadis, setiap perkara yang dibahaskan mesti dikaitkan dengan
Al-Quran dan Hadis. Sumber perundangan kita Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Saya
tak ada tulis tak boleh ikut mazhab lain. Kalau nak ikut kena belajar dulu,
sebab Asas nak dapat ilmu kena belajar dan kena sentiasa tambah ilmu di dada.
Saya tak kata orang lain selain saya dan ulamak taqlik buta,
kalau belajar itu bukan taqlik buta. Sampai bila kita nak beramal dengan ikut
cakap orang lain. Jadi kenalah cari ilmu, kalau ada ilmu terpulanglah nak ambik
yang manapun. Sebab ini masalah furuk dan khilaf sahaja..jangan sensitif dalam
masalah khilaf. Sepatutnya kita kena berlapang dada, kalau berbalah jadi
berdosa sebab para sahabat dulu elakkan diri dari berkhilaf untuk mengelakkan
perbalahan dan takut perpecahan..
Kalau kita nak ikut Al-Quran nak kaji Hadis bagus, teruskan
itu amalan yang baik, tapi persoalan disini, cukupkah ilmu kita untuk mengkaji
semua benda tu, untuk mengkaji dia mempunyai disiplin ilmu yang tinggi. Kita
kena bandingkan kitab-kitab tafsir dan pendapat ulamak yang berkaitan dengan
disiplin ilmu tersebut, barulah kita keluarkan kesimpulan. Sebab itulah saya
kata kena ada ilmu, ilmu asas dalam amalan..Hadis nabi "Tuntutlah Ilmu kerana
wajib ke atas setiap muslim. Kata lain "Berilmu dan beramal" kenapa tak
letak beramal baru berilmu, itu perlu difikirkan..
Mazhab maksudnya jalan untuk memandu kita ke jalan
kebenaran, atau memadu kita kearah Al-Quran dan hadis..disebabkan kita
kurangnya ilmu, maka di sini mazhab itu
diperlukan untuk membantu kita melaksanakan amalan Islam. Kalau tidak jadi seperti sekarang, disebabkan doa qunut
bercerai suami isteri, disebabkan kenduri arwah bergaduh sesama jiran, di
sebabkan hal-hal khilaf berlaku pergaduhan perbalahan dan sebagainya.
Setiap mazhab mempunyai kaedah yang tersendiri untuk
mengeluarkan hukum dan pendapat..jadi setiap pendapat yang dikeluarkan berbeza
di antara satu sama lain..boleh ke kita kata mereka salah dan sesat. sebab
mengeluarkan pendapat atau ijtihad sendiri. Asas setiap ijtihad dikeluarkan
oleh ulamak, kadang-kadang mereka tengok keadaan tempat, zaman, masa dan
keadaan penduduk dan sebagainya.
Masalah kita di Malaysia, kerajaan dan ulamak negara ini
telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan mazhab Syafie dan
semua perundangan dan hal2 yang berkaitan dengan syariat dirujuk dalam mazhab
syafie kecuali ada perkara yang menghalang atau dharurat, maka mereka akan
mengeluarkan fatwa yang tersendiri berdasarkan 4 sumber perundangan Islam.
Apa jadi kalau kita biarkan orang awam ni buat sesuka hati
dia dan boleh ikut yang mana dia suka. Saya rasa mesti berlaku perbalahan dan
pergaduhan seperti negara-negara lain. Kenapa berlaku semua ini? Sebabnya ialah
jahilnya dan tidak ada ilmu, kalau ada ilmu tak jadi begini, sebab semua tahu
ini adalah masalah khilaf ada berbagai pendapat.
Labels:
Isu Semasa
Monday, December 5, 2011
Maksud Ilmu Tauhid
Ilmu Tauhid secara umum ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan aqidah agama dengan menggunakan dalil-dalil yang meyakinkan, seperti dalil naqli, dalil aqli. Sarjana barat menterjemahkan Ilmu Tauhid ke bahasa mereka dengan Theologi Islam. Secara etimologi Theologi itu terdiri dari dua kata yaitu theos berarti Tuhan dan Legos berarti ilmu. Dengan demikian dapat diartikan sebagai ilmu ketuhanan.
Perkataan
tauhid berasal dari bahasa Arab wahhada, yuwahhidu, tauhidan. Secara etimologis, tauhid bermaksud keesaan iaitu itikad atau
keyakinan bahwa Allah SWT adalah Esa, Tunggal, Satu.
Dari segi istilah pula, tauhid
diertikan dengan berbagai maksud yang dapat mengambarkan frasa Tauhid itu
secara konseptual. Justeru, ini memudahkan kita memahami konsep Tauhid dengan
lebih jelas sebelum mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara
lebih terperinci. Antara istilah-istilah yang diguna pakai ialah tauhid
merupakan sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada
dalil-dalil yang jelas dan terang.
Menurut Syeikh Muhammad Abduh
mengatakan tauhid adalah suatu ilmu yang membahas tentang wujud Allah, sifat-sifat
yang wajib tetap padaNya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepadaNya dan
tentang sifat-sifat yang sama sekali wajib dilenyapkan padaNya. Tauhid Juga
membahas tentang rasul-rasul Allah dan meyakinkan kerasulan mereka.
Menurut Husain Affandi al-Jars
mengatakan tauhid adalah ilmu yang membahas hal-hal yang menetapkan akidah
agama dengan dalil-dalil yang meyakinkan.
Prof. M. Thahir A. Muin mengatakan
bahawa tauhid adalah ilmu yang meyelidiki dan membahas soal yang wajib, mustahil
dan jaiz bagi Allah dan bagi sekalian utusan-utusanNya, juga mengupas
dalil-dalil yang menjadi bukti kepada akal fikiran sebagai alat untuk membuktikan
adaNya zat yang wujud.
Labels:
Akidah
Friday, December 2, 2011
Ramai Berazam Tapi...

Setiap permulaan tahun baru hijrah, dunia Islam biasanya menyambut perayaan
maal hijrah dengan mengambil sempena hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke
Madinah. Hijrah nabi bukan semata-mata proses perpindahan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain, atau satu keadaan ke satu keadaan yang lain. Sebagaimana difahami kebanyakan orang, bahkan ia adalah satu manifestasi
perubahan sesebuah masyarakat untuk mencapai dan menggapai kemuliaan serta
kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sempena Maal Hijrah ini ramai yang berazam untuk berubah. Tetapi perubahan
masih tidak kunjung tiba kerana perangai masih berada di tahap lama. Yang tinggal hanya azam dan keinginan. Lebih pelik lagi, kita minta orang lain
berubah, minta anak-anak berubah, marah pada pasangan kenapa tidak berubah. Memang tanggungjawab kita perlu nasihat-menasihati, cuma janganlah asyik kita
menyuruh orang lain saja berubah. Bagaimana dengan diri sendiri?
Kita semua hendak berubah tetapi tidak tahu bagaimana dan dari mana hendak mula
kerana bimbang jika salah ikut kaedah pasti perubahan itu tidak kekal lama
kerana kembali semula kepada perangai dulu. Hangat-hangat tahi ayam saja. Maka di sini mari kita berkongsi cara-cara
memulakan perubahan dan berhijrah :
- Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. Ini kerana tidak mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama orang akan cakap anda seorang yang cakap tidak serupa bikin.
- Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah s.w.t anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri anda.
- Lakukan perubahan pada masa sekarang juga dan jangan bertangguh untuk tempoh lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama bertangguh ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.
- Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan ia mengawal diri anda.
- Apabila berjaya melakukan perubahan diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja.
Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang dilakukan. Anda perlu sentiasa
melakukannya. Kesimpulannya, kita perlu berubah menjadi orang yang lebih baik
kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain. Setiap yang diamalkan perlu
dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t demi kebaikan diri sendiri.
Selepas itu, barulah bolehlah kita mengajak orang lain berubah sama. Jika
dilakukan dengan niat dan cara yang betul, Insya-Allah orang lain juga akan
berubah seperti yang diharapkan. Pastinya, kita mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain
berubah ke arah kebaikan.
Sumber : Harian Metro
Labels:
Tazkirah
Thursday, December 1, 2011
Tujuan Dakwah Keempat : Penyebaran Islam Kepada Non Muslim
Sebagai pendakwah yang baik dan menjalankan amanah Allah, golongan
sasarannya bukan sahaja orang Islam, tetapi ia juga perlu menyampaikan
dakwahnya kepada orang bukan Islam. menyampaikan dakwah kepada orang bukan
Islam ini berbeza sedikit dengan orang Islam, kerana mereka memang jelas
menolak langsung Islam dan mereka tidak percaya tentang kewujudan Allah. Orang
bukan Islam ini terdiri dari berbagai kelompok yang perlu dikategorikan sebelum
memulakan dakwah kepada mereka, antara kategori yang dapat diberikan ialah :
- Kelompok agama musyrik seperti pemuja patung berhala.
- Kelompok agama samawi seperti Yahudi dan Kristian.
- Kelompok mulhid iaitu orang yang tidak ada agama atau eteis.
- Kelompok munafik iaitu orang yang berpura-pura memeluk Islam.
Nabi Muhammad SAW pada permulaan dakwah Baginda ialah menyampaikan
dakwah kepada orang musyrikin Mekah, agar mereka dapat memeluk agama Islam dan
meninggalkan amalan agama moyang mereka. Memang sukar untuk dicapai kejayaan
dakwah terhadap orang bukan Islam ini, tetapi kita tidak boleh lemah semangat
dan membiarkan begitu sahaja. Kita kena cuba segala teknik yang telah diajarkan
oleh Rasulullah, soal hidayah dan penerimaan mereka itu adalah urusan Allah.
Firman Allah :
“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk
kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima
Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia
menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang
mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan
azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.” (Al-An’am : 125)
Labels:
Dakwah Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)








