Salam ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada
loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?mohon
penjelasan terperinci dari ustaz..
Jawapan
Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini,
memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka
dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya
lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini. Alasan mereka
Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling malang lagi, mereka
mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan
secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam.
Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang masalah
pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat beberapa artikel
yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. Untuk mengetahui secara lebih
lanjut tentang pakaian wanita muslim boleh lihat di sini dan di sini.
Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman Allah yang bermaksud :
Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai
orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)
Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap
wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita
tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik
perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah
buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut
bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini
juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya
lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita
yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.
Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng,
bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat
dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi
memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan
tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis
Rasulullah yang bermaksud :
“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan)
yang ada di dalamnya anjing dan loceng" (Riwayat Tarmizi)
Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang
kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang
melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
Ini akan merugikan kita semua. Lihat artikel lain berkaitan masalah ini di
sini.
Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng,
ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak
dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan
disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai
untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai
olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah
wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila
mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau
perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami.
Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki,
tidak menutup aurat kaki dengan memakai stoken atau seumpamanya. Mungkin
disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau
takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia
menjadi dosa.


tapi ustaz, silap wanita sekarang.. niat mereka dah silap.. kalau dah pakai rantai dikaki.. kalau kena pakai kain yang tutup.. apa lebihnya rantai tue.. dah pakai mesti kena ditunjukkan.. so terus terang seperti yang ustaz katakan ia berdosa.. huhuhu
ReplyDeleteSoalan yang dikemukakan :
ReplyDeleteBagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?.
Memakai gelang kaki atau tangan yang berloceng tidak diharamkan dalam perundangan Islam. Tiada suatu dalil atau hujah yang jelas untuk mengharamkannya.
Ini berasaskan hukum asal, dimana corak dan bentuk pemakaian manusia adalah harus pada asal, hukum harus ini akan terus kekal sehingga terdapat dalil atau sebab (qarinah) tertentu yang mengubah hukum asal kepada hukum baru.
Jika terdapat dalil atau sebab (qarinah), maka hukum asal (harus) ini akan berubah kepada hukum lain. Misalnya, sesuatu yang dipakai melanggari syariah dan menjurus kepada dosa dan maksiat. Begitu juga jika pakaian tersebut boleh merosakan aqidah.
Sementara ayat (an-Nur 31) yg dikemukakan di atas, tidak melarang seseorang daripada memakai sesuatu yang berloceng, bahkan larangan yang dimaksudkan adalah sengaja membunyikan sesuatu yang dipakai untuk menarik perhatian lelaki bukan mahram, misalnya menghentak kaki dengan kuat.
Ini bermakna sesuatu yang dipakai bukan tujuan maksiat dan bukan untuk menarik perhatian lelaki yang bukan mahram diharuskan dan tidak termasuk dalam larangan tersebut.
Sementara hadis yang menolak perbuatan membawa anjing dan loceng dalam solat jemaah, menunjukkan bahawa tiada sesiapa yang dibenarkan menimbulkan gangguan yang menghilangkan ketenangan orang yang sedang bersolat. Bunyi bising daripada anjing dan loceng akan menghilangkan kekusyukan orang yang menunaikan solat.
Ini bermakna orang yang memakai atau membawa sesuatu yang mengeluarkan bunyi seperti loceng dan handphone tidak ditegah, kecuali alat tersebut boleh mendatangkan ganguan kepada orang solat.
Kaedah sadu Zarai'e untuk mengharamkan terus gelang kaki atau tangan berloceng bagi mengelak penggunaan untuk maksiat tidak boleh digunakan. Ini kerana terdapat ramai daripada wanita yang memakai gelang berloceng, namun hanya hiasan dimana locengnya tidak mengeluarkan bunyi, atau dipakai sebagai suatu hiasan yang tersembunyi, atau dipakai semasa mereka berada dirumah dan dibawah lingkungan hijab suami.
Jazakallah khairan kathira pak teh penulisan yang baik...satu perkongsian yang baik...
ReplyDeleteTerima kasih ustaz dan PaktehPas. Yong pun pakai gelang kaki sejak belum tahu berjalan sehingga sekarang. Cuma design je berbeza. Masa bayi ia ada loceng. Kata ibu gelang kaki sengaja diletak loceng supaya bila bayi terjaga, ibu akan dengar loceng itu dulu sebelum terdengar tangisan bayi. Kata ibu, kalau dengar bunyi ting-ting tapi ibu buat2 tak tahu lame2 Yong akan menangis.
ReplyDelete