Selepas zaman Rasulullah dan zaman para sahabat ilmu tauhid ini berkembang dengan pesat dan telah dibahaskan oleh beberapa tokoh ilmuan Islam dengan sedetailnya. Dari ini, timbullah beberapa aliran mazhab dalam ilmu tauhid seperti Qadariah, Jabariah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mazhab
Qadariah
Qadariah
adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya perbahasan
hangat orang Islam mengenai dengan masalah qadha dan qadar Allah. Asal nama mazhab ini diambil dari
perkataan Al-Qadar yang membawa maksud sifat qudrat. Mereka berpendapat segala kerja baik dan
buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan bukan
kerana Allah, Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh Allah. Pengasas
mazhab ini bernama Ma’bad Ibnu Khalid Al-Juhani dan Ghailan Al-Dimasyqi.
Diantara pendapat mereka ialah seperti :
- Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri.
- Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia.
Mazhab Jabariah
Jabariah muncul di
Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, pengasas mazhab ini ialah Jaham Ibnu
Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan
Al-Jabr atau Jabrun yang membawa maksud digagahi atau tergagah. Mereka
berpendapat bahawa manusia dan makhluk itu bergantung kepada qada dan qadar
Allah semata-mata atau sepenuhnya. Mereka juga mengatakan tidak ada sedikit pun
bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh memilih sama sekali. Segala perbuatan baik
dan buruk manusia itu bukan atas dasar kehendak diri sendiri dan itu semua
adalah dari kehendak Allah. Diantara pendapat mazhab ini ialah seperti :
- Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah.
- Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha, pilihan atau ikhtiar dalam melakukan semua perbuatan.
- Manusia diibaratkan seperti bulu dan kapas yang boleh ditiup angin ke mana sahaja.
- Syurga dan neraka tidak kekal, kerana yang kekal hanya zat Allah sahaja.
- Al-Quran itu adalah baru.
- Allah hanya mempunyai zat dan tidak mempunyai sifat.
- Allah tidak boleh dilihat pada hari akhirat nanti.
Mazhab Murjiah
Murjiah berasal dari
bekas-bekas ahli politik, mereka mengambil sikap berkecuali di dalam masalah
perselisihan umat Islam ketika itu mengenai perebutan jawatan khalifah diantara
puak Khawarij dan Syiah. Asal perkataan murjiah ini diambil dari Arja’ yang
membawa maksud menangguhkan. Mereka berpendapat iman itu adalah mengenal Allah
dan rasulNya. Sesiapa yang mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi
Muhammad itu pesuruh Allah, maka sudah cukup dikira sebagai beriman.
Ada juga dikalangan
mereka yang melampaui batas dengan mengatakan bahawa orang yang mengaku secara
terang-terangan dan menyembah berhala secara terang-terangan dan mati dalam
keadaan seperti ini dikira beriman, kerana iman itu adalah iktiqad di hati
sahaja.
Mazhab Muktazilah
Muktazilah adalah satu
mazhab akidah yang berpegang kuat kepada dasar kebebasan berfikir dan cuba
melepaskan umat Islam dari belenggu taqlik buta. Muktazilah diambil dari perkataan
I’tazala yang membawa maksud mengasingkan diri dari golongan pada masa itu.
Manakala dari segi istilah ia bermaksud golongan yang lahir dalam Islam pada
awal kurun kedua Hijrah. Pengasas mazhab ini bernama Wasil Ibnu Ata’ yang
mengasingkan diri daripada gurunya Hasan Al-Basri. Ketika itu Wasil keluar dari
halaqah gurunya kerana tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh
Hasan Al-Basri tentang hukum orang melakukan dosa besar. Beliau berpendapat
orang yang melakukan dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir, bahkan mereka
berada di satu tempat di antara dua tempat, iaitu Al-Manzilah Baina
Al-Manzilatain. Antara fahaman yang dibawa oleh mereka ialah :
- Allah tidak bersifat dengan mana-mana sifat bahkan segalanya dengan zat Allah sahaja.
- Allah itu bersifat Adil dan mesti membalas baik kepada orang yang membuat baik demikian juga sebaliknya.
- Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kehendak mereka.
- Allah wajib membuat sesuatu yang baik dan yang lebih baik.
- Al-Quran itu baru dan bukan qadim.
- Allah tidak dapat dilihat oleh manusia baik di dunia atau pun di akhirat.
Mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah mereka yang mengikuti perjalanan sunnah Rasulullah dan orang ramai. Ahli
Sunnah Wal Jamaah adalah berbeza dan menentang semua mazhab yang telah lahir
sebelumnya. Golongan ini diketuai oleh dua orang tokoh ilmu tauhid yang bernama
Abu Hassan As-Syaari di Basrah dan Abu Mansor Maturidi di Samarkhandi. Ada
lapan kelompok yang tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti :
- Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang akidah dan kerasulan. Mereka juga mengikut ulamak mutakallimin Safatiyyah, iaitu golongan yang tidak mentasybihkan Allah, ulamak ini juga berpegang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat tertentu dan sifat-sifat itu tidak menyerupai sifat-sifat makhluk.
- Orang Islam yang menjadi tokoh dalam fikah dan mengikut jalan safatiyyah dari sudut akidah dan pegangan mereka. Mereka terdiri daripada pengasas empat mazhab, iaitu Imam Malik, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Syafie serta semua pengikut mereka.
- Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud dan sebagainya.
- Orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang adab, nahu dan saraf atau dikenali sebagai kumpulan ahli bahasa.
- Kumpulan orang Islamyang mempunyai ilmu dalam bidang bacaan qaraat Al-Quran dan tafsirnya, mereka ini juga dikenali sebagai ahli qiraat dan ahli tafsir.
- Orang Islam yang mempunyai ilmu tasawuf, mereka juga dikenali sebagai orang yang zahud atau sufi.
- Orang Islam yang berjihad atau berjuang untuk menentang musuh-musuh Islam dalam peperangan.
- Orang Islam yang tinggal di negeri, tempat dan mengikti segala syiar yang terdapat dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mereka telah
memperbetulkan segala fahaman yang salah berkaitan dengan ilmu tauhid yang
diberikan oleh golongan terdahulu. Diantara pendapat mereka ialah :
- Allah telah menjadikan perbuatan manusia yang berbentuk usaha dan ikhtiar sendiri. Manusia bebas menggunakan segalanya sama ada hendak membuat sesuatu atau tidak. Manusia hendaklah mematuhi segala hukum yang telah diwajibkan ke atasnya.
- Allah bersifat dengan sifat kesempurnaan yang lain baginya, seperti kuasa, berkemahuan, berpengetahuan dan sebagainya. Sifat Allah berada pada zat Allah sejak azali lagi dengan sifat kuasa itulah Dia mengada atau mentiadakan segala yang mumkin. Manakala kemahuan Allah pula menentukan sesuatu perkara yang mumkin.
- Al-Quran adalah kalam Allah yang qadim dan azali (bukan baru) kerana segala isi dan maksud Al-Quran itu ialah kalam Allah yang qadim.
- Orang mukmin dapat melihat Allah di akhirat nanti.
- Orang mukmin yang melakukan dosa besar itu boleh gugur imannya dan mereka masih dianggap mukmin. Jenazah mereka boleh disembahyangkan dan mereka dimasukkan di dalam neraka dahulu sehingga bersih dari segala dosa yang telah dilakukan, kemudian mereka dimasukkan ke dalam syurga.


ziarah...
ReplyDeleteinfo bermanafaat, alhamdulillah...
ReplyDeleteKumpulan Wahhabi termasuk kumpulan mana? Mereka pastinya bukan dari Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana
ReplyDeleteberpegang kepada akidah yang reka oleh Ibnu Taimiyah yang asasnya daripada puak Mujassimah Hanabilah?
Universiti Azhar dan seluruh Ulama ASWAJA telah menolak wahhabi dan mengaskan bahawa Wahhabi sudah terkeluar dari ASWAJA.
Salam
ReplyDeleteSaya tak nak sentuh wahabi di sini, tapi masalah tauhid 3 serangkai yang direka oleh ibnu taimiah tu, lebih cantik kita berlapang dadalah, kita terima dengan keadaan bersangka baik, kalau betul tauhid tu tak betul, dah lama ulamak2 kita kita sesat...Jangan kita tuding menuding jari sesama sendiri..
Setelah zaman keemasan ilmu-ilmu Islam, pengkajian ilmu aqidah dikalangan ulamak Islam tidak berkembang. Keadaan ini berbeza berbanding dengan ilmu fiqh.
ReplyDeleteKeadaan ini berlaku berkemungkinan disebabkan sumber ilmu aqidah lebih terbatas. Dimana sumber ilmu aqidah berasas kepada Nas-Nas qati'e, sementara ruang penggunaan hukum logik dan akal yang amat terbatas.
Pendapat-pendapat(bukan mazhab)yang menyimpang dari landasan aqidah Islamiyyah yang sebenar, seperti pendapat pendapat Qadariah, Jabariah, Murjiah "mati selepas dilahirkan".
Sementara aliran Muktazilah dan Syiah masih mempunyai peminatnya yang tersendiri, namun perkembangan aliran ini terhad kepada kelompok-kelompok kecil umat Islam.
Dalam mazhab ahli Sunnah wal Jamaah pengkajian ilmu aqidah masih berkembang, walaupun perkembangannya agak terbatas. Dua kelompok utama dalam mazhab ASWJ, iaitu aliran Asyai'erah dan aliran Salafi masih lagi berusaha dan mengkaji untuk mempertahan pendapat masing-masing.
Walaupun aliran Salafi lebih konsevetif dan tradisional, namun aliran Salafi dan pendapat mereka lebih cepat berkembang dikalangan umat Islam.
Secara umum perbezaan wujud dalam pengkajian ilmu aqidah lebih berkisar kepada perbezaan dari segi lafaz, sedangkan mereka bersatu dari segi makna.
Suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan, ilmu aqidah dan ulamaknya mempunyai peranan paling penting dikalangan umat Islam sepanjang masa. Namun disebabkan kejumudan dan kelemahan para ulamaknya, perkembangan dalam pengkajian ilmu aqidah hanya terbatas kepada kitab-kitab usang berwarna kuning. Sementara tajuk perbahasan pula terundur 500 tahun terkebelakang, sedangkan persoalan aqidah semasa lebih mencabar dan lebih cepat berkembang.
tp ustazah saya pernah cakap, nikmat paling besar seorang mukmin adalah dapat melihat Allah di syurga nanti. takkan ustazah saya cakap tak betul kot. macam mane ye ustaz?
ReplyDeletesebelum tu...
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz.
Assalamualaikum . Ustaz , boleh ana tahu lebih lanjut tentng tajuk Jabariah ? Adakah pengasas Jabariah mempunyai sumbangan lain selain mangasas Ilmu Jabariah ini ? terangkan . dan bilakah tarikh beliau lahir dan wafat ? ana harap ustaz dapat memberi serba sedikit tentang tajuk ni . Syukran Ya Ustaz . :)
ReplyDelete