Saya berusia 31 tahun dan pernah kecewa beberapa kali dalam
perhubungan dengan wanita. Kini saya menjalin hubungan cinta dengan
seorang gadis berusia 22 tahun yang masih menuntut di institusi
pengajian tinggi awam.
Dua daripada hubungan cinta saya sebelum ini berakhir kerana
kecurangan kekasih saya. Akibatnya, saya menjadi trauma dan jika boleh
hubungan kali ini dapat disatukan dengan ikatan perkahwinan.
Teman wanita saya sekarang juga mempunyai masalahnya pada masa
silam kerana pernah dipermain-mainkan lelaki lain malah hampir terlanjur
dengan bekas kekasih lamanya.
Kami ingin membuang segala kisah lampau dan ingin memulakan hidup baru dengan perkahwinan dan merancang berkahwin pada pertengahan tahun depan.
Kami ingin membuang segala kisah lampau dan ingin memulakan hidup baru dengan perkahwinan dan merancang berkahwin pada pertengahan tahun depan.
Namun, ayah kekasih saya berpesan supaya menumpukan kepada pekerjaan dulu sebelum berkahwin. Kami berdua amat tertekan tambahan pula umur saya sudah 31 tahun.
Jika saya berkahwin empat tahun kemudian, saya risau menghadapi
kesulitan menimang cahaya mata. Malah saya juga takut peristiwa malang
berulang apabila bekas kekasih saya dulu dalam diam pernah menerima
pinangan orang lain.
Akibat masalah yang menimpa, kami merancang berkahwin secara rahsia dan hanya memaklumkan keluarga selepas semuanya sudah stabil.
Niat kami sebenarnya adalah untuk saling memperteguhkan pendirian dan mengelak daripada melakukan maksiat. Patutkah kami teruskan dengan berkahwin secara rahsia?
Jawapan
Akibat masalah yang menimpa, kami merancang berkahwin secara rahsia dan hanya memaklumkan keluarga selepas semuanya sudah stabil.
Niat kami sebenarnya adalah untuk saling memperteguhkan pendirian dan mengelak daripada melakukan maksiat. Patutkah kami teruskan dengan berkahwin secara rahsia?
Jawapan
Sebolehnya perkahwinan dipercepatkan sekiranya mampu. Rasulullah s.a.w menasihatkan pemuda supaya menyegerakan perkahwinan. Ini kerana perkahwinan dapat menjaga maruah diri dan memupuk rasa bertanggungjawab.
Memandangkan anda berdua sudah sepakat dalam soal penting ini, ada baiknya untuk anda atau wakil menyatakan hasrat kepada keluarga teman wanita dengan seberapa segera.
Mungkin dengan perbincangan secara baik akan membuka hati ibu bapa teman wanita anda untuk melangsungkan pernikahan anda nanti.
Dengan kedudukan anda yang sudah mempunyai pendapatan pastinya mereka akan bersetuju. Dengan berbuat demikian, anda berdua tidak perlu merancang untuk berkahwin secara rahsia.
Perkahwinan secara rahsia seperti di sempadan tidak digalakkan kerana boleh menimbulkan masalah kemudian hari. Dengan itu ia baik dielakkan sedapat mungkin.
Sumber : Harian Metro


Assalamualaikum w.b.t Uztaz,
ReplyDeleteDi sini saya mempunyai masalah di mana keluarga pihak lelaki tidak m'redhakan saya dan teman lelaki saya berkahwin. Teman lelaki saya muda 3 thn dr saya,abang sulung beliau adalah abg angkat saya ketika di kolej dulu namun sekarang abang beliau telah mempengaruhi ibu bapa mereka dgn kisah silam saya ketika saya bertemankan seorang guru di zaman kolej. Sekarang ini,ibu bapa saya mendesak supaya kami mempercptkan pernikahan kami namun di sebabkan tentangan drpd pihak lelaki,kami tidak dpt meneruskan niat itu. Kami tidak mahu menangguhkan lagi kerana kami telah berkawan hampir 4 tahun.Kami buntu. Saya pula adalah anak angkat kpd keluarga saya sekrang,tidak pernah tahu siapa keluarga kandung saya jd saya hanya memerlukan wali hakim. Teman lelaki saya pernah terfikir untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarga beliau namun saya tidak setuju namun dlm masa yg sama kami nak bernikah secepat yg mungkin. Bagaimana kami hendak menyelesaikan masalah ini uztaz??