Friday, January 13, 2012

Layakkah Isteri Nusyuz Menerima Nafkah



Bagaimanakah seseorang isteri itu dianggap nusyuz dan bolehkah dikatakan nusyuz bagi isteri yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti digariskan Islam? Apakah hukum dan hak bagi isteri nusyuz? Bolehkah dia menuntut apa-apa sekiranya berlaku perceraian, seperti harta sepencarian, hak untuk menjaga anak dan nafkah selepas perceraian? Bolehkah isteri menuntut harta seperti tanah, rumah atau apa-apa harta yang dibeli dalam perkahwinan atas nama isterinya, sekiranya mahkamah menjatuhkan seseorang isteri itu nusyuz atau diserahkan kepada suami?

Jawapan

Nusyuz bermaksud derhaka iaitu enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami, iaitu antara lain : 
  1. Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya.
  2. Meninggalkan rumah suaminya.
  3. Enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.” (Ahmad Ibrahim, 1999: 75)
Sekiranya perkara itu berlaku, suami hendaklah terlebih dulu mengambil tindakan dengan menasihati isterinya secara baik, jika tidak berjaya suami memulaukan isteri di tempat tidur atau tidur berasingan dan seterusnya kalau isteri masih berdegil dipukul dengan berpada. (Surah An-Nisa’, ayat 34).

Hakim boleh menjatuhkan hukuman nusyuz kepada isteri apabila suami bertindak sedemikian dan terbukti isteri bersalah. Hukum isteri nusyuz ialah dia tidak berhak mendapat nafkah sebagaimana kebiasaan.

Apabila isteri bertaubat haknya akan dikembalikan. Sekiranya berlaku perceraian, isteri tetap mendapat hak yang lain seperti mutaah, pembahagian harta sepencarian sewaktu perkahwinan dan hak penjagaan anak mengikut ketetapan hukum syarak. Harta yang dibeli atas nama isteri boleh dituntut suami sebagai sebahagian harta. 

Sumber : Harian Metro


9 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz,

    minta maaf ustaz sbb sy ingin btanya soalan yg kurang berkaitan ngan isu di atas.

    sy ingin tau apakah hukum seorang isteri sms dengan lelaki lain (teman sekerja) tanpa pengetahuan suami malah menipu suami?

    ReplyDelete
  2. Salam

    Atas urusan apa, kalau soal pekerjaan tak jadi masalah, kalau atas suka-suka, boring tak ada keje itu salah, sebab boleh menimbulkan fitnah..

    ReplyDelete
  3. isteri sms ajak lelaki bkenaan pergi mkn...tidak bkenaan dngan urusan kerja. apa yg perlu dibuat ustaz? sbb isteri jg ada menipu walaupun akhirnya mengaku...

    ReplyDelete
  4. Itu tandanya nusyuz la....Bagi nasihat, sediakan keperluannya, mungkin ada apa-apa yang suami tak beres dengan dia...cuba tanya n selidik...

    ReplyDelete
  5. As salam ustaz

    saya ada beberapa soalan ingin bertanya

    1. jika seorang suami keluar rumah tanpa memberitatu isteri, apakah hukumnya?

    2. jika si suami hendak membantu abg nya contoh memberi wang belanja untuk keperluan asas, perlukan si suami berbincang dengan isteri dahalu atau tidak perlu? dan boleh tak isteri itu tidak bersetuju kerana si suami kurang berkemampuan?

    2. Jika isteri tidak membuat kesalahan, dan suami menjatuhkan hukum yg isteri bersalah dan mengatakan isteri itu derhaka, adakah jatuh hukum itu? Adakah isteri wajib minta maaf? sedangkan kesalahan itu berpunca daripada si suami sendiri, kerana ego, si suami menyalahkan si isteri.

    3. jika suami ingin meminjam barangan si isteri, dah si isteri tidak membenarkan, adakah si isteri berdosa? adakah si isteri melanggar perintah suami?

    4. jika si suami hendak menjaga anak sedara nya (menjadi penjaga, menggantikan kedua ibu bapa budak tersebut), tanpa berbincang dgn si isteri, boleh kah si suami berbuat demikian? sebenarnya si isteri tidak bersetuju untuk menjaga anak sedara suami kerana suami tidak berkemampuan, bolehkan isteri membantah permintaan tersebut?

    ReplyDelete
  6. salam ustaz..saya ingin bertanyan mengenai kemusykilan yang saya dan keluarga hadapi sekarang.adakah seorang isteri yang nusyuz boleh mendapatkan hak penjagaan anak? ini adalah tuntutan sang suami kerana beliau tidak mahu penceraian lagi2 memikirkan tentang masa depan anak, tetapi sang isteri tetap dengan keputusan untuk menuntut penceraian.untuk pengetahuan ustaz, sang isteri tidak bekerja.

    ReplyDelete
  7. as salam ustaz. saya ingin mendapat pandangan ustaz dalam perkara ini. bolehkah isteri ber sms dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami? apakah hukum isteri memberi no h/fon nya pada lelaki yang ingin berkawan dgnnya? isteri bersms dgn lelaki yg sebaya dgn anaknya dan mengatakan ianya macam adik saja, walhal sms nya berjela panjang dan kerap berhubungan. dan pada suami ia menyatakan tidak salah disisi agama kerna tiada apa yg berlaku. dan jika sms lelaki lain mempunyai kata sayang, rindu terhadap isteri, apakah hukumnya? apa yang perlu dilakukan oleh suami? sekian

    ReplyDelete
  8. Salam Ustaz... saya ada beberapa persoalan yang agak sensitif untuk diperbincangkan tetapi amat merunsingkan saya ketika ini. Perkara ini bukannya perkara baru dan boleh dikatakan antara beberapa kali merupakan punca perang dingin antara saya dan isteri saya.

    1. Isteri saya seringkali menolak untuk bersama dengan alasan penat dan banyak kerja padahal setiap kali itu juga alasan yang diberikan walaupun kadangkala last bersama sudah lebih satu bulan dan pernah ada ketikanya lebih setahun tidak bersama (alasan mengandung 9 bulan + pantang 100 hari + hari2 mengelak untuk bersama) walaupun ketika itu saya akur atas sebab2 alasan yang diberikan..

    2. Saya terfikir jugak mungkin saya yang tidak normal samada saya ini tergolong di dalam kategori yang melampau kerana bagi saya seminggu kalau boleh sekurang-kurangnya sekali untuk bersama. Betulke ustaz ianya tidak normal? Umur saya dan umur isteri saya 39 tahun.

    3. Maaf ustaz, saya seringkali melepaskan nafsu saya sendirian walaupun saya cuba juga untuk mengawalnya dan berazam untuk tidak mengulanginya tapi saya tidak mampu.. Malah yang menyakitkan hati saya isteri saya tahu akan perkara ini dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti mengiyakan perkara itu berlaku dan saya amat sedih ustaz..

    Ustaz... apa yang perlu saya lakukan? Saya dah beberapa kali nasihatkan isteri saya serta dosa tidak mengendahkan permintaan suami namun tidak diendahnya dan tetap memberi alasan2 yang sama.

    Banyak lagi yang hendak saya bertanyakan pada ustaz tetapi biarlah ustaz respon dulu pasal persoalan di atas. Utk pengetahuan ustaz saya berkahwin dah 13 tahun dan 7 tahun baru mendapat cahaya mata dan mempunyai 3 orang anak setakat ini. Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak saya...

    Terima kasih.. (mat0224)

    ReplyDelete
  9. Salam Ustaz,

    saya inginkan pandangan ustaz,
    si isteri dan suami sedang bermasalah rumahtangga kerana punca dari isteri serta keluarganya,
    1) si isteri tidak menjalankan tanggungjawab seperti makan pakaian lelaki tidak di urus
    2) Memakai pakaian seksi tanpa pengetahuan suami
    3) Masuk ke kelab, minum arak & merokok
    4) ingkar cakap suami demi mentaati cakap ibu bapa
    5) Ibu bapa si isteri juga meminta supaya anak mereka dikembalikan dan diceraikan atas alasan yg tidak munsabah & mengatakan mereka tidak mahu cucu tetapi kembalikan si isteri.

    sekarang si isteri menuntut Fasakh dan mahukan hak penjagaan anak, adakah si isteri layak apabila pihak mahkamah tahu keadaan si isteri ini? apakah caranya agar si suami dapat hak penjagaan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers