PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, January 16, 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Bank Susu Ibu



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan bahawa cadangan penubuhan bank susu ibu adalah haram.

Ini kerana tindakan itu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.

“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” kata kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu dan dipetik akhbar berkenaan.

Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu mengakui bahawa tabung susu itu diperlukan bagi bayi pra-matang yang memerlukan rawatan dan juga bayi yang ibunya kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi.

Bagaimanapun muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Bagaimanapun menurut laporan dalam Berita Harian itu kecualian diberikan  dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan.

Muzakarah juga memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

4 comments :

  1. sediakan akaun bank susu untuk baby premature.
    sediakan utk anak sendiri je kecuali dgn pengetahuan & keizinan ibu baby tersebut. ibu baby tu pulak kena knal dgn penerima susu badan dia...
    klu cmni cdgan saya cmne plak ya uztaz...?

    ReplyDelete
  2. As salam ustaz

    saya ada beberapa soalan ingin bertanya

    1. jika seorang suami keluar rumah tanpa memberitatu isteri, apakah hukumnya?

    2. jika si suami hendak membantu abg nya contoh memberi wang belanja untuk keperluan asas, perlukan si suami berbincang dengan isteri dahalu atau tidak perlu? dan boleh tak isteri itu tidak bersetuju kerana si suami kurang berkemampuan?

    2. Jika isteri tidak membuat kesalahan, dan suami menjatuhkan hukum yg isteri bersalah dan mengatakan isteri itu derhaka, adakah jatuh hukum itu? Adakah isteri wajib minta maaf? sedangkan kesalahan itu berpunca daripada si suami sendiri, kerana ego, si suami menyalahkan si isteri.

    3. jika suami ingin meminjam barangan si isteri, dah si isteri tidak membenarkan, adakah si isteri berdosa? adakah si isteri melanggar perintah suami?

    4. jika si suami hendak menjaga anak sedara nya (menjadi penjaga, menggantikan kedua ibu bapa budak tersebut), tanpa berbincang dgn si isteri, boleh kah si suami berbuat demikian? sebenarnya si isteri tidak bersetuju untuk menjaga anak sedara suami kerana suami tidak berkemampuan, bolehkan isteri membantah permintaan tersebut?

    ReplyDelete
  3. salam Ustaz;

    sy pernah dengar ada saudara mara bagitau yg ASNB tu dah diharamkan. betul ke Ustaz? boleh jelaskan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG