Sejarah perkembangan ilmu tauhid ini
berkembang seiring dengan perkembangan agama Islam. Ajakkan pertama dalam
dakwah Rasulullah ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah dan meninggalkan
segala sembahan berhala yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Ayat-ayat
Al-Quran sebelum berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah banyak berkisarkan
kepada mengEsakan Allah. Dari pada masa inilah ilmu tauhid itu berkembang dan
menjadi satu perbahasan asing yang merangkumi aspek-aspek ilmu tauhid sahaja.
Tauhid Zaman Rasulullah
Zaman Rasulullah SAW merupakan asas kepada ajaran tamadun
Islam. Segala aspek kehidupan bagi umat Islam berpunca dari teras yang satu
iaitu kalimah syahadah. Zaman ini juga merupakan zaman model tamadun Islam
hampir semua prinsip pada zaman awal Islam berasal dari zaman ini. Selain dari
itu, ia dinamakan sebagai zaman kegemilangan Islam.
Pada zaman Rasulullah para sahabat menerima
segala ajaran Islam terus daripada Rasulullah, sekiranya ada persoalan,
permasalahan atau perkara yang tidak difahami mereka akan terus menemui
Rasulullah dan meminta penjelasan sehingga mereka memahami semua kemusykilan
yang timbul dalam diri mereka. Setiap
persoalan tauhid yang timbul ketika zaman Rasulullah akan diselesaikan melalui
Al-Quran dan Hadis sehingga para sahabat menerima dan memahami segala isi
kandungan Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan tauhid. Dari hal ini juga,
kepercayaan sahabat dan umat Islam ketika ini sangat teguh tanpa sebarang
keraguan.
Rasulullah telah menyatukan umat dan kaum
muslimin serta menjaga kedaulatan Islam. untuk itu juga semua kaum muslimin
mengembalikan apa sahaja masalah mereka kepada Rasulullah. Antara lain juga,
para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayah dan Al-Quran dan mereka
sentiasa dipantau oleh Rasulullah daripada berlakunya perpecahan dan
perselisihan pendapat.
Perdebatan dan perpecahan dalam masalah
tauhid merupakan suatu perkara besar dan masalah yang sangat ditakuti. Dari
itulah, kaum muslimin sentiasa diingatkan supaya mentaati Rasulullah dan
ditegah daripada berselisih faham. Firman Allah :
“Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang
kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati);
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.” (Al-Anfal : 46)
Tauhid Zaman Sahabat
Setelah Rasulullah SAW
wafat, berlakulah perlantikan Khalifah Islam yang pertama, kedua, ketiga dan
keempat. Zaman ini juga boleh dikenali sebagai zaman pemerintahan Khulafa
Ar-Rasyidin. Pada masa ini umat Islam sibuk menghadapi peperangan, pergaduhan
dan perbalahan diantara umat Islam. Ketika ini juga umat Islam tidak ada
perselisihan faham dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid. Mereka
membaca dan memahami Al-Quran tanpa adanya takwil. Mereka mengikuti Al-Quran
dan menjauhi apa yang ditegah. Mereka mensifatkan Allah dengan apa yang Allah
sifatkan sendiri seperti mereka mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang
tidak layak bagi kemuliaan dan keagungan Allah. Apabila mereka berdepan dengan
ayat yang mutasyabihat mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan
penta’wilan kepada Allah sendiri.
Berlaku perselisihan
pendapat dikalangan para sahabat hanya berkisarkan kepada perkara yang
berkaitan dengan ijtihad di dalam masalah furu’ sahaja. Namum tidak
berselisihan dalam masalah usul. Sebenarnya perselisihan pendapat dalam masalah
furu’ berlaku sejak zaman Rasulullah lagi. Berkaitan dengan perkara usul dan
tauhid, para sahabat menerima sahaja apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Mereka
tidak gemar membahas atau mencaritakan perkara-perkara yang berkaitan atau
berhubung dengan tauhid. Tujuan mereka dari hal tersebut adalah untuk
mengelakkan dari berlakunya perselisihan dan perpecahan dikalangan umat Islam.
Setiap perkara yang timbul mereka akan terus merujuk kepada Al-Quran dan hadis
untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sekiranya masalah yang timbul itu tidak
terdapat dalam Al-Quran atau Hadis, mereka akan membuat perbandingan dengan
menggunakan kaedah qiyas dengan apa yang telah berlaku pada zaman Rasulullah
dahulu.
Tauhid Zaman
Pemerintahan Bani Umaiyyah
Semenjak berlakunya
pembunuhan keatas Saidina Usman Bin Affan, maka mulalah timbul perpecahan
dikalangan umat Islam dan lahirlah golongan-golongan yang dinamakan Khawarij,
Syiah dan lain-lain lagi. Walaupun pada asalnya perselisihan mereka itu
mengenai politik dan jawatan khalifah, tetapi akhirnya berlarutan kepada
perselisihan hukum-hukum dan akidah Islam.
Pada akhir zaman
pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah, timbul pula golongan-golongan yang membawa
pegangan yang salah dan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Ini semua
berlaku adalah disebabkan negara Islam mempunyai jajahan takluk yang luas
sehingga diluar kawasan tanah arab. Zaman ini juga telah lahir tokoh-tokoh
Islam yang berjuang untuk menolak kepercayaan-kepercayaan yang salah ada masa
ini. Mereka membicarakan kepercayaan yang benar menurut Al-Quran dan Sunnah dan
pada masa ini juga mula timbulnya perbicaraan ilmu tauhid secara khusus.
Tauhid Zaman
Pemerintahan Bani Abasiah
Pemerintahan Islam ketika zaman Abasiah bertambah
luas kawasan jajahannya sehingga masuk ke wilayah Parsi dan Rom. Ramai
orang-orang Ajam (bukan Arab) memeluk agama Islam, kebanyakkan mereka ini dari
bekas-bekas agama Majusi, Brahman, Kristian dan sebagainya. Segala
fahaman-fahaman yang terdapat di dalam agama terdahulu menular di dalam agama
Islam.
Untuk membenteras fahaman-fahaman yang salah ini,
maka timbullah tokoh-tokoh ilmu tauhid yang membahaskan dan menentang segala salah
faham yang terdapat di dalam agama Islam pada ketika itu. Hujah mereka terdiri
daripada dalil Al-Quran, Hadis, akal dan adat digabungkan untuk memberi
kefahaman yang jelas kepada umat Islam agar mereka faham dan sentiasa mempunyai
akidah yang dituntut oleh syarak.
Ilmu akidah ketika zaman ini sangat berkembang
pesat, banyak kitab-kitab dalam pelbagai bahasa telah dihasilkan oleh ulamak
ketika itu. Umat Islam ketika itu juga sangat gemar mempelajari ilmu ini dan
mereka dapat mengembangkan ilmu ini mengikut hasil kajian yang telah diperolehi
oleh mereka. Sebagai sokongan kerajaan ketika itu terhadap perkembangan tamadun
ilmu, telah diwujudkan universiti dan perpustakaan yang besar sebagai pusat pengumpulan
dan penyebaran ilmu-ilmu yang tumbuh di dalam Negara Islam pada ketika itu.


salam
ReplyDeletelebih tepat digunakan istilah "ilmu akidah" dalam pengkajian ini, dimana perkataan "tauhid" merujuk hanya sebahagian dari asas-asas akidah Islamiyah. Sedangkan perbincangan ilmu ini lebih meluas dan meliputi semua pengetahuan mengenai asas-asas akidah dalam perundangan Islam.
ReplyDeletewalaupun terdapat sesetengah pengkaji mengunakan istilah "ilmu Kalam" dalam pengkajian ilmu ini, namun istilah ini tidak bersifat menyeluruh kepada kehendak ilmu ini.
Dimana tidak semua asas-asas akidah islamiyah boleh dibahas berkonsepkan akal, bahkan kebanyakan asas-asas akidah islamiyah bersifat qati'e yang diperolehi daripada dalil-dalil mutawatir.
- pencerahan ilmu -
Salam
ReplyDeleteBenar apa yang disampaikan oleh paktehpas..saya hargai ini satu perkongsian yang baik..
sejarah ilmu mentauhidkan Allah ni dari nabi adam lagi.zaman nabi muhammad tu yg dah tak tauhid lagi,bercambah2 tuhan sbb tu digelar musyrikin.nabi muhammad betulkan balik je apa yg dah ada start dari nabi adam.ke guane
ReplyDelete