Assalamualaikum
Salam Ukhwah Fi Allah kepada semua pembaca blog ini. Walaupun sibuk dengan berbagai aktiviti harian disebabkan tugas sebagai seorang murabbi. Tetapi itu tidak bererti kita boleh meninggalkan segala amalan yang diwajibkan oleh Allah kepada kita semua. Tujuan hidup di dunia ini adalah untuk mencari satu tujuan iaitu 1 akidah, 1 Allah, 1 saudara dan 1 Islam. Di sini Islam telah membuktikan sebuah agama yang tidak hanya berteraskan bangsa sahaja, namun pada hakikatnya Islam itu adalah sesuai untuk semua bangsa dan warna kulit yang terdapat di dalam dunia pada hari ini dan hari akan datang. Jadi perjuangan Islam itu tidak hanya terbatas kepada satu bangsa atau satu cara sahaja seperti difahami oleh sebahagian umat Islam. Islam boleh dikembangkan dengan berbagai cara, manhaj dan kaedah yang boleh digunakan oleh pejuang Islam pada bila-bila masa tanpa menghadapi masalah disebabkan keadaan tempat atau budaya masyarakat tersebut.
Di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang bersusah payah mengulas, mengedit dan memasukkan buku pertama saya di dalam Ruangan Iqra Akhbar Berita Harian pada hari Rabu bertarikh 08 Febuari 2012. Jasa anda semua sangat berharga buat diri saya dan saya doakan anda semua sentiasa berada dibawah rahmat Allah agar anda semua dalam keadaan yang penuh ceria, sihat dan bahagia bersama keluarga, sahabat dan seluruh masyarakat disekeliling anda semua.


Salam ustaz,
ReplyDeleteapapun tahniah utk ustaz jga... moga terus maju jaya dalam bidang yg diceburi.
tarbiyah sambil beramal..sy ucapkan ustaz maju jaya dlm bidang yg diceburi. Amin......
ReplyDelete