Adakah kita patut memaafkan seseorang jika dia pernah menghamburkan
kata-kata kesat kepada kita sedangkan dia tidak pernah berasa kesal dan
memohon maaf. Walaupun saya sangat marah dengan tindakannya itu tetapi
alhamdulillah, saya tidak pernah membalas balik atau mengeluarkan
kata-kata kesat terhadapnya.
Saya juga tidak pernah mengganggu hidupnya selama ini. Hal itu
terjadi kerana teman lelaki saya tidak berterus terang dengan saya.
Saya amat sayangkan dia dan tidak mahu melepaskannya kepada wanita lain.
Jawapan
Islam amat mementingkan hubungan baik sesama manusia. Setiap individu perlu menjaga tingkah laku dan kata-kata mereka.
Perbuatan mencaci, mengherdik atau menghina antara manusia amat dilarang dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
Jawapan
Islam amat mementingkan hubungan baik sesama manusia. Setiap individu perlu menjaga tingkah laku dan kata-kata mereka.
Perbuatan mencaci, mengherdik atau menghina antara manusia amat dilarang dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang yang
beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain,
mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak
yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu
mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu
sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik
sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah
orang
yang zalim” (Al-Hujurat : 11).
Islam menganjurkan supaya kita sentiasa bermaaf-maafan sesama sendiri lebih-lebih lagi jika ia membabitkan hubungan antara keluarga dan sahabat. Allah berfirman yang bermaksud :
Islam menganjurkan supaya kita sentiasa bermaaf-maafan sesama sendiri lebih-lebih lagi jika ia membabitkan hubungan antara keluarga dan sahabat. Allah berfirman yang bermaksud :
“Dan janganlah orang yang berharta
serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi
memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang
berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan
serta melupakan kesalahan orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah
mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.(Al-Nur : 22).
Mudah memaafkan kesalahan orang lain pastinya seseorang itu dapat hidup dengan tenang dan bahagia kerana kita percaya Allah itu Maha Adil.
Mudah memaafkan kesalahan orang lain pastinya seseorang itu dapat hidup dengan tenang dan bahagia kerana kita percaya Allah itu Maha Adil.
Sumber : Harian Metro Online


As'salam ustaz...tapi macam mana kalau kita dah lakukan kesalahan pada seseorang itu, dan telah minta maaf akan perbuatan kita itu, tetapi orang yang kita minta maaf itu, tidak memaafkan kita malah sering mengherdik kita apabila kita meminta maaf kepadanya. walaupun kita sudah benar2 insaf dan hendak bertaubat...sekian
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemohon izin share ustaz nak masukkan dalam blog saya. Tq
Assalammualaikum Ustaz,
ReplyDeleteSaya ada beberapa pertanyaan untuk Ustaz.
1) Suami saya seorang yang kuat mengusik. Kadang2 saya rasa geram dan sakit hati dengan usikan suami saya yang kadang2 terlebih. Tambahan pula, sekarang ni saya sedang mengandung, saya jadi lebih sensitif. Saya pernah bercakap dengan suami saya, bila saya dalam keadaan marah, biarkan saya tenang seketika dan jangan bercakap dengan saya. Kerana bila dia cuba nak berbual, saya hanya akan berdiam diri. Tetapi, sebelum tidur, saya akan kembali seperti sediakala. Berdosakah saya berkelakuan begitu sedangkan saya berdiam diri kerana saya tak mau mengeluarkan kata-kata yang akan menyebabkan terjadinya pergaduhan.
2) Bolehkah suami makan dari bekas isteri? Maksudnya sebelum suami makan atau minum, saya akan mencicip sedikit untuk merasa sekiranya terkurang gula atau terlebih pedas dalam masakan.
3)Kadang-kadang suami saya akan terlepas mengerjakan solat 5 waktu. Selalunya pada waktu Subuh. Bagaimakanah cara paling baik untuk menegur suami tanpa menyebabkan dia terasa hati.
Harap Ustaz dapat beri pandangan .
Terima Kasih.
Kepada Anonymous :
ReplyDeleteJawapan di sini
http://www.ustaznoramin.com/2012/03/masalah-remeh-dalam-rumahtangga.html
Assalamualaikum ustaz..
ReplyDeleteSaya ingin bertanya soalan tentang status wali dalam syarat sah nikah, kes saya ini agak rumit dan tidak terdapat dalam persoalan jawab yang telah saya baca
saya bakal berkahwin pada bulan julai ini, masalah saya adalah orang tua tunang saya telah pun bercerai
Saya dimaklumkan bahawa sewaktu perkahwinan mereka, mereka sering bercerai dan rujuk sehingga melebihi 3x, namun mereka tetap bersama, dikhuatiri kelahiran tunang saya adalah hasil daripada perhubungan selepas mereka telah bercerai 3x dan masih rujuk semula tanpa "cina buta"
maka dari itu saya ingin bertanya adakah tunang saya boleh diwalikan oleh ayahnya? dan seandainya pernikahan tetap diteruskan, adakah perkahwinan itu sah? dan apakah hukumnya sekiranya saya bersama dengan isteri saya selepas itu
mohon ustaz terangkan.... wasalam
Salam ustaz,saya ada soalan,saya ada kwn yg m'milik saka tnpa k'hendak dia,dia baik tpi kdg2 saya tak phm knpa dia ske mrah&hina saya tnpa sebb. Apa2 pun saya tak ambil hti yg saya plik ye cuma saya je yg dia suka hina&mrah.jdi mcm mna saya nk b'hdpn dgn dia??kdg2 trsa hti jugk tpi ada kta dia jdi mcm itu sbb saka dia
ReplyDelete