Salam, sebelum ini banyak soalan yang
dikemukakan oleh pengunjung sama ada bertanya di dalam blog saya dan emailkan
kepada saya mengenai menggunakan ibu duit untuk menarik duit dari segala
penjuru. Soalan yang dikemukakan bolehkah seseorang itu menggunakan ibu duit
dan adakah itu perbuatan syirik?
Jawapan Ustaz
Saya sebenarnya kurang tahu tentang ibu duit
ini, bila saya lihat dari beberapa laman web yang mempromosikan ibu duit ini, kebanyakan
mereka terkait rapat dengan amalan-amalan tertentu untuk memujarabkan fungsi
ibu duit itu bagi menarik duit dari segala sudut dengan berlipat kali ganda.
Secara logik saya berfikir kalaulah Allah
berikan kepada manusia dengan cara mudah seperti ini untuk memperoleh rezeki
dan duit, maka tidak perlulah Rasulullah menggembala kambing, berdagang dan
berniaga. Rasulullah hanya cukup dengan menggabungkan ibu duit dengan duit
biasa dan dibaca pula dengan zikir-zikir tertentu untuk mendapatkan duit secara
berganda. Sudah pasti para sahabatnya tidak susah-susah untuk menghabiskan
harta mereka untuk memartabatkan Islam.
Sebagai umat Islam yang baik, sepatutnya
selidiki dahulu perkara tersebut, jangan mudah percaya dengan apa yang
disampaikan oleh orang. Takut-takut perbuatan ibu duit itu tahyul dan boleh
memesongkan akidah kita.
Islam menuntut umatnya berusaha mencari rezeki
yang halal dengan titik peluhnya sendiri bagi memenuhi segala keperluan ahli keluarganya.
Selain dari itu, elakkan diri dari meminta bantuan orang lain jika kita
mempunyai kesihatan dan mampu untuk berusaha mencari rezeki. Kerja yang
dilakukan mestilah halal dan tidak bercampur dengan benda-benda yang haram. Ini
bertujuan untuk memastikan rezeki yang diberikan kepada anak dan isteri memperolehi
keberkatan. Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
“Meraka yang mencari harta
dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari
meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk
keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya,
nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya
berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)
Sepatutnya kita kena tahu dahulu
latar belakang orang yang menjual dan membuat ibu duit itu, bagaimana peribadi
dan keluarganya. Adakah mereka insan yang mentaati perintah Allah. Kalau tidak
bagaimana Allah hendak memberikan kelebihan kepada mereka, kerana mereka bukan
orang yang dekat dengan Allah.
Saya rasa ini mesti ada hubungan
dengan makhluk qaib, bagaimana secara tiba-tiba orang yang memiliki ibu duit
dapat menambahkan duit sebab itu kertas biasa yang dijampi sahaja. Islam
melarang umatnya bersahabat dengan makhluk qaib kerana takut ditipu oleh
makhluk tersebut. Selain dari itu, kalau ada pantang larang tertentu yang perlu
diamalkan, maka lebih baik rujuk dahulu kepada orang yang alim untuk
mendapatkan penerangan yang lebih jelas dengan segala pantang larang tersebut. Kebanyakkan
amalan tertentu yang tidak ada nas selalunya ada kaitan dengan makhluk halus. Contohnya
asap kemian, kain kuning, pulut kuning, sembelih ayam jantan hitam atau
sebagainya.
Dalam masyarakat melayu masih banyak
amalan-amalan kurafat dan tahyul. Takut-takut amalan ibu duit ini sebahagian
dari amalan kurafat yang mempunyai mantera atau zikir tertentu. Mana logik
Allah berikan duit terus kepada manusia. Banyak dalil-dalil Al-Quran yang
menceritakan Allah turunkan hujan kepada manusia sebagai sumber rezeki, bukan
turunkan duit dari langit. Firman Allah SAW yang bermaksud :
“Dan juga Kami telah menurunkan
dari langit air (hujan) Yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan Dengan air
itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian Yang dituai, serta
pohon-pohon kurma Yang tinggi menjulang, Yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis,
lagi lebat putiknya, (semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba kami. dan
lagi Kami telah hidupkan Dengan air itu bumi Yang mati; Demikianlah pula
keadaan keluarnya (orang-orang Yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup
semula).” (Al-Qaaf : 9-11)
Manusia berusaha dengan bercucuk
tanam atas sumber air yang diberikan oleh Allah. Dalam kehidupan manusia tidak
terlepas dari 2 sumber ini iaitu air dan tanah, kalau tiada salah satu sumber
ini, pasti kehidupan manusia akan mengalami masalah.
Sudah-sudahlah kepada mereka yang
mencari atau berkeinginan untuk mendapatkan ibu duit, carilah rezeki
sepertimana yang dikerjakan oleh para Nabi dan Rasul, jadikan mereka sebagai
tauladan dan contoh kepada kehidupan kita. Biar susah mencari rezeki, tetapi
rezeki yang diperolehi berkat dan selamat di dunia dan di akhirat.



carilah rezeki yg halal, walaupun mungkin ia agak susah untuk di cari, tapi ia adalah diberkati Allah.
ReplyDeleteTeksi Pelik Di Manila
Salam...ustaz, sy ada kemusykilan tentang infinity downline yg hanya bermodalkan rm100, biz dlm fb..sy nk tahu apa hukumnya ust?
ReplyDeleteinfinity tak silap saya ust zaharuddin kata tak boleh sebab sumber tak jelas dan ada beberapa keraguan..
ReplyDelete