PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, March 24, 2012

Jawapan Orang Islam Tidak Boleh Tukar Agama


Salam ustaz saya nak tanya satu persolan yg ditanyakan oleh pensyarah saya iaitu, mengapa orang bukan Islam boleh menukar agama dan memasuki agama Islam tapi orang Islam tidak boleh menukar ke agama lain. saya harap ustaz boleh bantu saya menyelesaikan masalah ini..terima kasih.

Jawapan 

Satu soalan yang bagus dan jarang ditanyakan orang. Islam adalah satu agama yang mengandungi berbagai rukun, undang-undang yang perlu diterima oleh orang yang memeluk agama Islam. Jika orang tersebut ingkar dengan undang-undang agama Islam, maka Allah akan memberikan kepadanya balasan buruk iaitu dosa dan azab neraka. Undang-undang yang dimaksudkan di sini ialah seperti hukum-hukum syarak yang terkandung di dalam Islam perlu dipatuhi oleh semua umat Islam. Setiap umat Islam terlah melafazkan ikrar dengan kalimah penyaksian (syahadah) sebagai bukti akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang terdapat di dalam agama Islam. Firman Allah swt yang bermaksud :
 
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” (Al-Maidah : 3)

Ibarat yang saya boleh datangkan di sini ialah seperti seorang pelancung masuk ke dalam sebuah negara, di situ dia perlu mematuhi segala hukum dan peraturan yang terdapat di dalam negara tersebut, dia juga tidak boleh keluar dari negara tersebut sesuka hati dan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu seperti cop keluar dipasportnya. 

Pengajaran yang boleh diambil cari perumpamaan di atas ini, apabila seseorang tersebut memeluk agama Islam perlu mematuhi segala undang-undang dan dia tidak sama sekali dibenarkan menukar agama dan itu telah termaktub dalam hukum syarak. Bila dia keluar dari Islam, dia akan dikenakan tindakan undang-undang seperti yang digariskan oleh agama Islam. 

Masalah orang agama lain masuk Islam, itu tidak menjadi paksaan, kerana Islam tidak memaksa mana-mana umat agama lain memeluk Islam. Terpulang kepadanya, kalau dia ingin memeluk agama Islam dengan ikhlas dan hati yang terbuka, maka Islam menerimanya sebagai saudara baru. Firman Allah yang bermaksud :

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak  akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah : 256)

Jika dibandingkan agama Islam dengan agama lain, Islam lebih mudah dan bersifat fitrah dan sesuai kepada semua umat manusia untuk mengamalkannya. Tidak menjadi kepayahan dan kesulitan bagi sesiapa yang ingin bersama dengan Islam. Segala amalan yang dibuat dalam Islam ada kebaikkannya pada manusia seperti kesihatan tubuh badan, hubungan sesama manusia, hubungan manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan Allah. Semua amalan ini juga telah dibuktikan oleh sains.



4 comments :

  1. assalamualaikum Ustaz. saya ingin bertanya satu soalan yg tidak berkaitan dengan artikel ini. saya bakal berkahwin tidak lama lagi dan baru2 ini diberitahu bahawa saya adalah anak luar nikah. saya tidak tahu bagaimana tetapi saya dibintikan kepada bapa saya. saya akan menggunakan wali hakim, tetapi saya sepatutnya tidak boleh dinasabkan kepada bapa saya. sekiranya bakal suami menggunakan nama saya yg dibintikan kepada bapa saya dalam lafaz akad nikah, sahkah perkahwinan saya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustaz,

    Minta pandangan ustaz mengenai pandangan seorang kawan saya mengenai kenapa orang bukan islam kurang berminat dgn islam.
    a)Orang islam berpuak-puak
    b)Orang islam sendiri tidak mengikut ajaran islam
    c)Orang islam memperlecehkan hukum islam itu sendiri
    d)Orang islam menakut2kan orang bukan islam mengenai islam

    Sekian

    ReplyDelete
  3. salam ustaz...saya lahir sebagai agama hindhu ..lepas itu saya jatuh cinta dengan wanita melayau...dalam undang2 Malaysia saya kena masuk islam...so saya pun masuk islam...skrg lepas 8 tahun kita dah bercerai...skrg saya nak kembali ke agama asal saya hindhu...boleh ke dan bagaimana cara2....terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  4. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG