Assalammualaikum Ustaz,
Saya ada beberapa pertanyaan untuk Ustaz.
Harap Ustaz dapat beri pandangan .
Terima Kasih.
Saya ada beberapa pertanyaan untuk Ustaz.
- Suami saya seorang yang kuat mengusik. Kadang2 saya rasa geram dan sakit hati dengan usikan suami saya yang kadang2 terlebih. Tambahan pula, sekarang ni saya sedang mengandung, saya jadi lebih sensitif. Saya pernah bercakap dengan suami saya, bila saya dalam keadaan marah, biarkan saya tenang seketika dan jangan bercakap dengan saya. Kerana bila dia cuba nak berbual, saya hanya akan berdiam diri. Tetapi, sebelum tidur, saya akan kembali seperti sediakala. Berdosakah saya berkelakuan begitu sedangkan saya berdiam diri kerana saya tak mau mengeluarkan kata-kata yang akan menyebabkan terjadinya pergaduhan.
- Bolehkah suami makan dari bekas isteri? Maksudnya sebelum suami makan atau minum, saya akan mencicip sedikit untuk merasa sekiranya terkurang gula atau terlebih pedas dalam masakan.
- Kadang-kadang suami saya akan terlepas mengerjakan solat 5 waktu. Selalunya pada waktu Subuh. Bagaimakanah cara paling baik untuk menegur suami tanpa menyebabkan dia terasa hati.
Harap Ustaz dapat beri pandangan .
Terima Kasih.
Jawapan
Dalam rumahtangga banyak asam
garam yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri, memang pada zaman
bercinta dahulu, semuanya cantik dan sedap sehingga cacat cela pasangan dapat
diterima sepenuh hati. Zaman ini juga, banyak perkara yang dirahsiakan oleh
pasangan masing-masing supaya semua benda kelihatan cantik dan menyenangkan. Ada
pepatah melayu mengatakan kalau tidak dapat berhubung atau tengok pasangan,
jadilah dengan tengok gambar, rumah atau tempat kerja sebagai pengubat rindu.
Perkara ini semua hilang apabila
sudah berumahtangga dan waktu inilah semua keburukkan dan kelemahan pasangan
masing-masing dapat dilihat dengan jelas tanpa berselindung. Dari sinilah
berlaku ujian yang paling besar kepada mereka yang berumahtangga supaya
bersabar dan bertahan dalam melayari asam garam di dalam rumahtangga. Sebab itulah
Islam mengajar umatnya supaya ikhlas dan kahwin kerana Agama dan jangan kahwin
disebabkan nafsu dan kecantikan rupa semata-mata, kerana itu semua tidak kekal
lama. Pasti akan berjaya bagi sesiapa yang berkahwin kerana agama dan ia redho
segala kelemahan dan kecacatan yang ada pada pasangan masing-masing. Soal rupa
paras tidak menjadi masalah bagi mereka yang menjadikan agama sebagai ukuran
untuk memilih pasangan, agama juga telah menjamin seseorang itu memiliki
pasangan yang baik dan tidak akan mengecewakan.
Sebagai pasangan suami isteri,
kita harus sedar bahawa masa alam rumahtangga adalah masa untuk memastikan yang
terbaik buat pasangan kita, masa ini juga kurang sesuai untuk melakukan semua
benda secara sesuka hati tanpa mengambil kira pasangan kita. Jika ada sikap
seperti ini maka sudah pasti ia telah mengecewakan pasangannya. Cara yang
terbaik adalah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian apa yang kita suka
dan apa yang pasangan kita tidak suka. Perlu kita faham berbincang bukan mencari kemenangan peribadi. Setiap hasrat
dan keinginan yang ada di dalam hati harus dipendamkan jika pasangan kita tidak
bersetuju dengan keinginan tersebut. Setiap salah faham atau masalah yang
timbul cepat-cepat cari jalan penyelesaian dalam perbincangan, jangan biar
masalah itu berleluasa sehingga tidak bertegur sapa di antara pasangan. Hal ini
boleh membuatkan pasangan membuat kesimpulan yang salah dan sesat terhadap
kita, ini sudah pasti akan mengundang masalah yang lebih besar lagi pada masa
akan datang.
Suami Mengusik
Suami kuat mengusik adalah
perkara yang lumrah bagi lelaki, kadang-kadang suami itu nak menghiburkan
isterinya yang sedang marah atau itu caranya untuk memujuk isterinya. Isteri perlu
faham dan tahu cara suaminya. Jangan disebabkan masalah seperti mengusik ini
boleh menimbulkan masalah yang paling besar lagi. Sebagai isteri atau suami
perlu memahami dan menerima sikap atau tingkah laku pasangan masing-masing agar
setiap perkara yang dilakukan oleh pasangan dapat diterima dengan hati yang
terbuka. Selain dari itu, kita lebih bersedia untuk menghadapi tingkah laku
pasangan kita walaupun ia menyakiti hati kita.
Boleh juga dibawa berbincang
bersama dengan cara berhikmah tanpa menyakiti hati pasangan. Jangan mulakan
perbincangan pada waktu emosi tidak stabil seperti sedang sedih, marah atau
sebagainya. Ini akan mengundangkan masalah yang lebih besar dan tidak dapat
menyelesaikan masalah dengan cara yang baik. Mulakan perbincangan pada waktu bersantai,
berehat, makan atau berasmara kerana waktu sebegini lebih baik dan pasangan
masing-masing akan lebih terbuka untuk menerima keritikan dan pendapat kita.
Tidak pandai untuk menyusung
kata-kata dan takut pasangan terguris dengan teguran kita, boleh juga
menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), email atau surat sebagai alat
perantaraan untuk kita meluahkan segala isi hati dan perbuatan pasangan yang
tidak disenangi oleh kita. Mulakan dengan pembuka kata puji-pujian atau ayat
yang romentik agar pasangan senang hati membaca surat atau SMS tersebut. Jika tepat
penggunaan teknik ini, insyaAllah ia akan membuatkan pasangan rasa bersalah dan
akan terus memohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan kepada anda.
Makan Bekas Pasangan
Harus bagi suami memakan bekas
makanan isterinya, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah dari hukum agama atau
kesihatan. Pepatah orang tua-tua, makan dalam satu bekas atau sisa pasangan
boleh mendatangkan keserasian pasangan suami isteri dalam apa jua keadaan.
Lagipun perbuatan sebegini boleh menjadikan pasangan tersebut lebih romentis.
Sekali segala hidupkan suasana
makan sebekas dan suapkan antara satu sama lain dengan penuh keikhlasan,
perbuatan seperti ini dapat mendatangkan kembali kehangatan cinta kasih suami
isteri dan kenangan lama sewaktu hari pertama dan semasa awal perkahwinan akan diimbas
kembali. Memang ada setengah orang kekok untuk melakukan perbuatan seperti ini,
tapi percayalah jika dilatih, perbuatan ini tidak akan menjadi kekok lagi. Jangan
mempunyai perasangka yang negatif seperti apa kata orang yang lihat atau
kutukan orang sekeliling. Yang penting kita adalah pasangan yang sah dari sisi
agama Islam. Kalau malu juga, buatlah di rumah. Masa yang paling cantik untuk
melakukan perbuatan ini adalah waktu sambut hari perkahwinan, hari lahir
pasangan atau hari-hari yang indah pernah dilalui oleh pasangan masing-masing.
Tegur Suami Tidak Solat
Cara menegur suami tidak solat,
boleh juga dilakukan seperti yang telah saya nyatakan di atas seperti masa yang
sesuai dan boleh menyenangkan suami menerima teguran kita. Boleh juga pada
saat-saat indah bersama pasangan, seperti sambutan-sambutan tertentu atau makan
bersama. Masa yang sesuai ini boleh ditentukan oleh kita dan ini mengikut
kebijaksanaan kita. Jangan sesekali tegur pasangan semasa kita sedang emosi
atau ditimpa masalah. Sebab teguran kita bukan kerana Allah tetapi mungkin jadi
kerana untuk melepaskan masalah yang kita hadapi. Elakkan teguran yang
disampaikan oleh kita bercampur dengan perkara-perkara yang lain sehingga
pasangan kita tidak tahu apa maksud sebenar teguran kita.
Jangan pula kita redho dengan
apa-apa kesalahan yang dibuat oleh suami atau pasangan, kerana dalam agama
tidak ada ketaatan bagi setiap perkara yang haram dan maksiat. Terlepas dari
saham dosa apabila kita menegur kesalahan pasangan. Gerak atau kejut pasangan setiap
kali masuk waktu solat. Lakukan solat di dalam bilik tidur agar suami atau
pasangan dapat lihat dan merasa malu kepada kita yang sedang bersolat. Berdoalah
kepada Allah supaya suami atau pasangan diberi hidayah dari Allah untuk
mengubah segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.


salam ustaz sy nk tnya satu persolan yg ditnyakan oleh pensyarah saya iaitu, mengapa orang bukan islam boleh menukar agama dan memasuki agama islam tapi orang islam tidak boleh menukar ke agama lain. saya harp ustaz boleh bantu saya menyelesaikan masalah ini..terima kasih
ReplyDeletesalam ustaz,
ReplyDeletetentang masalah suami tidak cukup waktu solatnya ini memang dah biasa.. dulu saya tegur dgn cara yang kasar..tak menjadi, sekarang saya tegur dengan cara yang halus pun tak menjadi..kadang2 boleh solat dgn sendiri ..kadang2 dah penat bekerja, suami akan tertidur dan tinggal solat..jadi persoalannya saya sudah tegur dan selalunya akan jadi pergaduhan dan sekarang saya dah tak larat nak tegur hari hari... jadi adakah berdosa jika saya hanya berdiam diri jika tidak menegur suami tidak melakukan solat...
terima kasih
Salam ustaz
ReplyDeleteSuami sy skrg sedang bermain kasih dgn janda anak 2 dan ada yg mengatakan bahawa suami sy sudah berkahwin dgn janda tersebut dgn pengakuan bujang..masalah nye skrg sy ada anak 4 nafkah anak serta saya tidak pernah sy terima dari suami sy dan dengan berita perkahwinan ini buat saya lg tertekan selain itu suami saya juga tidak lg mengaku saya sebg isteri nye dimana kedudukan saya skrg ustaz. saya mohon nasihat dari ustaz