Seseorang boleh bertayamum dengan tanah yang suci dan segala
sesuatu seumpama dengannya seperti pasir, kerikil dan debu. Firman Allah SWT :
“Maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah
debu yang suci.”
(An-Nisa : 43)
Menurut pendapat As-Sayid Sabiq di
dalam bukunya yang bertajuk Fiqh Sunah Jilid 1 mengatakan bahawa :
“Pakar bahasa bersepakat yang
dimaksudkan dengan perkataan sha’idan ialah tanah yang terdapat di permukaan
bumi, sama ada tanah mahupun benda-benda lain.”
Tayamum setelah Masuk Waktu
Tidak boleh bertayamum bagi orang yang telah cukup sebab-sebab
untuk melakukan tayamum bagi mendirikan solat fardu sebelum masuk waktu. Orang
tersebut perlu melakukan tayamum setelah masuk waktu solat fardu. Sabda
Rasulullah SAW :
“Sesiapa sahaja dari
kalangan umatku yang mendapati solat masuk waktu maka hendaklah dia bersolat.” (Riwayat Bukhari)
Tayamum Setiap Kali Solat Fardu
Satu tayamum yang dilakukan oleh seseorang
hanya untuk sekali solat fardu sahaja dan boleh digunakan tayamum tersebut
seberapa banyak solat sunat yang ingin dilakukan oleh orang tersebut.
Apabila dia hendak mendirikan solat fardu
yang lain, maka hendaklah dia bertayamum kembali walaupun dia belum berhadas
atau mengalami perkara-perkara yang boleh membatalkan tayamum.
Solat Yang Wajib Di Qadha
- Wajib qadha solat apabila anggota tayamum seseorang itu dibalut sama ada anggota tersebut masih suci atau berhadas.
- Hendaklah qadha solat bagi seseorang yang dibalut anggota tayamumnya atau anggota lain dalam keadaan tidak berwuduk.
- Perlu diqadha solat bagi seorang yang mengalami kecederaan dan dibalut melebihi had yang diperlukan sama ada ketika hadas atau suci.
Solat Yang Tidak Wajib Di Qadha
- Tidak wajib qadha solat bagi seseorang yang dibalut bukan dari anggota tayamum.
- Tidak wajib mengantikan solat bagi sesiapa yang dibalut anggotanya dalam keadaan suci dan berwuduk.
- Tidak perlu qadha solat apabila anggota seseorang dibalut tidak melampaui anggota yang sihat atau melebihi had yang diperlukan.


Salam Ustaz...
ReplyDeleteJika kakinya berbalut atas sebab2 perubatan..bolehkah dia bertayammum untuk solat dan perlukah dia mengqadha' solatnya selepas balutan itu dibuka nanti? Debu atau pasir jenis macam mana yang boleh digunakan untuk bertayammum?
Terima kasih..
Salam
ReplyDeleteBoleh baca di sini
http://www.ustaznoramin.com/2012/02/jom-belajar-tentang-tayamum.html
salam ustaz...adakah perlu seseorang yg bertayamum ketika dia sedang solat, tiba2 ada air..adakah dia perlu mgulangi solatnya itu?
ReplyDelete