Imam
Ar-Raghib Al-Ashfahani mengatakan bahawa dalam istilah syarak taubat adalah
meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan. Berkeinginan
kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang boleh diulangi. Jika
keempat hal itu telah terpenuhi bererti syarat taubatnya sempurna.
Iman
An-Nawawi berkata para ulamak berkata bertaubat dari setiap dosa hukumnya
adalah wajib. Jika maksiat itu antara hamba dengan Allah yang tidak ada sangkut
pautnya dengan hak manusia, maka syaratnya ada tiga seperti :
- Hendaklah ia menjauhi maksiat tersebut.
- Ia harus menyesali perbuatannya
- Ia harus berkeinginan untuk tidak mengulangi lagi.
Jika salah
satu hilang, maka taubatnya tidak sah. Dalil dari hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud :
“Aku memohon
ampun kepada Allah yang Maha Agung tiada tuhan selain darinya yang Maha Hidup
dan aku bertaubat kepadanya.” (Riwayat Tirmizi)
Dalil
Al-Quran yang bermaksud :
“Dan Allah
tidak sesekali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada di
antara mereka, dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristiqhfar.”
(Al-Anfaal : 33)
Zun-Nun
Al-Masri ra menjelaskan Allah memiliki hamba-hamba yang menanam pohon-pohon
kesalahan dan menyiramnya dengan taubat hingga berbuah duka dan penyesalan. Mereka
gila, tetapi sebenarnya tidak. Bahkan merekalah yang mengenal Allah dan
rasulnya. Lalu mereka meminum segelas air kesucian membuatnya agar sabar atas
bala. Hati mereka menerawang, fikiran mereka menjulang antara bintang, bernaung
di bawah penyesalan. Membaca lembaran kesalahan, membuat jiwanya terketar
hingga sampai ke tinggian zuhud dengan tangga warak.
Ciri-Ciri
Orang Beristiqhfar
- Agar memperoleh pengampunan Allah
- Agar mendapat kesenangan dan terlepas dari kerisauan.
- Agar dapat dimakbulkan doa.
Dalil Allah
yang bermaksud :
“Aku berkata
: pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun.”
(An-Nuh : 10)
Kesimpulan
- Manusia wajib bertaubat dari segala dosa yang telah dilakukan.
- Bertaubat hendaklah dengan cara yang betul dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.
- Bertaubat hendaklah dengan ikhlas dan mempunyai sifat bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan maksiat tersebut.


salam ustaz, macam mana nak sedarkan kawan-kawan lain yang die ade dosa dan macam mana nak bagitau secara berhemah..
ReplyDeletemohon info ustaz
Salam ustaz...kawan baik di tempat kerja saya telah terlibat dengan dosa besar iaitu berzina dgn beberapa suami orang sedangkan dia isteri orang. Nauzubillah.. sekarang dia telah bertaubat dan berusaha memohon keampunan Allah swt dgn mengerjakan segala syarat2 taubat. masalahnya suami dia tidak mengampunkan dosa2 berzina dia dengan semua suami orang itu. Bagaimana nasib dia di akhirat kelak? Adalah dia dimasukkan ke neraka disebabkan suami dia tidak mengammpunkan dosa2 dia?
ReplyDelete