Perkataan manhaj dan dakwah dapat dikatakan bahawa manhaj dakwah oleh sesiapa sahaja adalah aturan dakwah yang diikuti dan rancangan ilmiah yang berisi kaedah-kaedah dan dasar-dasar tertentu agar seseorang dapat menyampaikan ajaran Islam, mengerjakannya dan mempraktikkannya.
Dari segi bahasa metode
berasal dari dua perkataan iaitu “meta” (melalui) dan “hodos”
(jalan, cara). Dengan demikian kita dapat ertikan bahawa metode adalah cara
atau jalan yang harus dilalui untuk mencapai suatu tujuan. Sumber yang lain
menyebutkan bahawa metode berasal dari bahasa Jerman methodica ertinya
ajaran tentang metode. Dalam bahasa Yunani metode berasal dari kata methodos
ertinya jalan yang dalam bahasa Arab disebut thariq. Apabila kita
ertikan secara bebas metode adalah cara yang telah diatur dan melalui proses
pemikiran untuk mencapai suatu maksud.
Terdapat beberapa
perkataan dalam bahasa Arab yang sangat dekat pengertiannya dengan metode.
Perkataan-perkataan itu ialah uslub, manhaj dan juga wasilah.
Dalam bahasa Arab, uslub bererti jalan atau cara. Ia adalah cara membentuk atau
cara menggunakan sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu
pekerjaan.
Masalah yang
didakwahkan dalam Al-Islam adalah masalah yang teramat agung dan mulia. Islam
tidak memerintahkan pengikutnya dengan perkara-perkara kehidupan remeh, namun
Islam mewajibkan pemeluknya untuk mengabdikan seluruh hidupannya kepada Allah SWT
seperti firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 :
“Wahai orang-orang yang
beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala
hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan ; Sesungguhnya
Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
Seorang
yang hendak berdakwah mestilah mengetahui cara, teknik atau metode (uslub)
berdakwah. Tanpanya masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan menolak dan
menerima secara negatif.
Rumusan
yang dapat diambil, metode dakwah adalah satu kaedah atau cara untuk mengajak
manusia mendekatkan diri dengan mentauhidkan Allah secara benar dan sempurna.
Dalam erti kata yang lain, metode dakwah ini merupakan satu ilmu yang mengajar
pendakwah tentang cara untuk menyampaikan dakwah secara tepat dan sesuai pada
setiap keadaan dan masa yang ditempuhi. Ini juga secara tidak langsung mengajar
pendakwah mengetahui bagaimana keadaan subjeknya atau mad’unya. Setelah itu,
pendakwah dapat merancangkan cara atau teknik yang berkesan untuk mempengaruhi
mad’unya apabila ia menyampaikan dakwah.
Secara
umumnya, metode dakwah yang diguna pakai sejak zaman Rasulullah hingga sekarang
ialah berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 125 :
“Serulah ke jalan Tuhanmu
(wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat hidayah petunjuk.”
Rumusan yang dapat diambil oleh penulis ialah terdapat tiga asas
metode dakwah yang perlu diketahui dan dipelajari oleh para pendakwah, seperti
:
- Bil Hikmah
- Mau’izatul Hasanah
- Al-Mujadalah
Di bawah ini penulis akan menjelaskan setiap asas metode dakwah
secara lebih terperinci lagi dengan mengambil beberapa pandangan atau pendapat tokoh
ilmu dakwah. Dengan cara ini, kita akan lebih mendalami dan memahami setiap
asas terebut secara lebih kongkrit lagi.
Bil
Hikmah
Kata
Al-Hikmah diertikan sebagai Al-Adl (keadilan), Al-Haq (kebenaran)
Al-Hilm (ketabahan), Al-‘ilm (pengetahuan), terakhir An-Nubuwwah
(kenabian). Di samping itu, Al-Hikmah bermaksud sebagai penempatkan sesuatu
pada tempatnya. Selain dari itu, Al-Hikmah juga ialah pengetahuan yang
dikembangkan dengan tepat sehingga menjadi sempurna. Menurut pendapat ini,
Al-Hikmah termenifestasikan ke dalam empat hal seperti kecekapan
menguruskannya, kecermatan, kejernihan fikiran dan ketajaman fikiran.
Syeikh
At-Tusi Rahimahullah pernah menyebut perkataan hikmah ialah menyeru kepada
matlamat untuk membuat khibrah bagi menerima pahala dari pihak pendakwah dan
yang didakwah.
Satu
perkara yang sangat sukar untuk menentukan makna hikmah ialah secara teorinya.
Secara mudah, hikmah bererti bijaksana. Bijaksana bererti sesuatu yang sesuai.
Manakala sesuai pula bergantung kepada keadaan. Sesuatu tindakan boleh menjadi
sesuai bagi seseorang, tetapi tidak sesuai bagi orang lain. Ia menjadi sesuai
bagi satu masa, tetapi tidak sesuai dengan masa lain. Dengan itu, tindakan itu
hikmah bagi seseorang atau bagi masa tertentu, tetapi tidak hikmah bagi orang
lain atau masa yang lain. Maka, hikmah berkait rapat dengan keadaan untuk
menentukan ia bersesuaian.
Dapat
difahami bahawa perkataan hikmah ini ialah melaksanakan dakwah dengan cara yang
lebih baik agar mesej dakwah yang dijalankan akan lebih tertib dan relevan
kepada mad’unya. Selain dari itu, melaksanakan dakwah ini bergantung kepada
kebijaksanaan pendakwah untuk merangka atau merancang sesuatu kaedah bagi
menghadapi mad’unya, ini supaya segala mesej dakwah yang disampaikan dapat
diterima oleh masyarakat sekelilingnya.
Mengenali Golongan Sasaran
Di
antara adab-adab memberi nasihat adalah dengan mengetahui keadaan masyarakat,
memperhatikan jabatan dan kedudukan mereka. Iaitu seorang da’i harus memiliki
pengetahuan yang meyakinkan tentang keadaan mad’unya. Kerana informasi seperti
ini memungkinkan dia untuk memberikan perlakuan sesuai dengan keadaan mad’unya.
Dari segi kecekapan dan kedudukannya.
Salah
satu makna hikmah dalam berdakwah adalah menempatkan manusia sesuai dengan
kadar yang telah ditetapkan Allah. Ketika terjun ke sebuah komuniti atau
melakukan hubungan dengan seseorang mad’u. Da’i yang baik harus mempelajari
terlebih dahulu keadaan komuniti atau peribadi yang bersangkutan dengan
mad’unya.
Bila Masa Berbicara & Masa Diam
Seperti
Pribahasa “Diam itu emas dan berkata itu perak” mungkin lebih mengena pada
pembicaraan kita kali ini, tanpa menelusuri darimana asal-usul pribahasa
tersebut, yang jelas makna dan arah yang dituju sejalan dengan tuntutunan
agama. Sekian banyak pertunjuk agama yang mendorong agar seseorang selalu
menimbang-nimbang segala apa yang akan diucapkannya, kerana ini peringatan
Allah dalam Al-Quran :
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang
dilakukannya) melainkan ada di sisiNya malaikat Pengawas Yang sentiasa sedia
(menerima dan menulisnya).” (Al-Qaaf : 18)
Di dalam Sahih Tafsir Ibnu Katsir Jilid 8 telah mentafsirkan ayat
di atas ini, seperti tidak ada suatu kalimat pun yang dikatakan oleh manusia
melainkan ada malaikat yang selalu mengawasi dan mencatatnya. Tidak ada satu
kalimat pun yang tertinggal dan tidak ada satu gerakan pun yang tidak dicatat
oleh malaikat.
Rasulullah SAW mengundang ahli-ahli keluarga baginda yang terdekat
untuk makan bersama-sama di rumah beliau. Yang hadir ada kira-kira 40 orang, di
antaranya ialah bapa saudara baginda, Abu Lahab. Setelah selesai makan,
Rasulullah SAW bersiap-siap hendak menyampaikan risalahnya. Akan tetapi Abu
Lahab lantas memotong jalannya. Dia bangun lebih dahulu, lalu berkata dengan
suara lantang dan penuh nafsu.
Rasulullah SAW tidak menjawab
apa-apa. Orang yang meradang tidak ketentuan seperti itu tidak perlu dijawab.
Beliau diam, dan diam itulah jawapannya. Itulah jawapan yang tepat terhadap
cara-cara seperti itu dalam suasana yang demikian. Dipersilakannya para tetamu
makan.
Mencari Persamaan Di Dalam
Dakwah
Maksud
mencari titik persamaan dalam konteks metodologi dakwah adalah usaha dalam
mencari titik tolak di mana dakwah menemui jalan masuk untuk diteruskan secara
sistematis terhadap mad’u yang menjadi sasaran dakwah. Hal ini dapat
diibaratkan seperti pintu gerbang dari sebuah rumah besar yang dengannya kita
mampu memasuki rumah. Memasuki pintu gerbang bererti titik awal untuk dapat
masuk ke rumah tersebut.
Manhaj
ini juga telah dibuktikan oleh dakwah Wali Songo yang menggunakan kaedah
menyesuaikan dakwah Islam dengan budaya masyarakat tanah jawa ketika itu. Tidak
semua Wali Songo bersetuju bahawa Islam itu perlu disesuaikan dengan keadaan
setempat tanpa dihapuskan kepercayaan dan ikutan lama secara tuntas. Namun,
itulah usaha yang dilakukan oleh sesetengah Wali Songo, terutamanya Sunan
Kalijaga.
Upacara
persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman animisme dan
Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan, akan tetapi telah diubahsuai. Maka
adat-adat persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil
yang dimakan bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mantera kepada roh-roh
selepas mati diubah kepada upacara tahlil dan doa, dengan nada yang panjang dan
sedih.
Toleransi
Tanpa Kehilangan Sibghah
Maksud
toleransi di dalam bahasa Arab dikatakan ikhtimal, tasamuh menurut arti
bahasa adalah sama-sama berlaku baik, lemah lembut, saling memaafkan
(toleransi). Tasamuh dalam pengertian umum adalah suatu sikap akhlak terpuji
dalam pergaulan di mana rasa saling menghargai antara sesama manusia dalam
batas-batas yang telah digariskan Islam.
Toleransi
perlu ada pada pekerjaan dakwah, kerana dakwah merupakan pekerjaan untuk
mengajak manusia mengenali Allah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan
apa-apa kepentingan selain dari Allah. Berdakwah bukan untuk mencari kemenangan
hujah, menidakkan pandangan orang lain, menghina atau mengherdik kesalahan yang
telah dilakukan oleh orang yang hendak didakwahinya. Ini juga merupakan
sebahagian dari dakwah bil-hikmah yang perlu diketahui oleh setiap pendakwah.
Juru
dakwah tidak boleh memandang remeh atau menganggap hina seseorang, kerana
haknya hanya menyeru dan mengajak. Namun kadang-kadang juru dakwah terpengaruh
dengan dorongan emosinya sehingga menyebabkannya merasa dirinya lebih banyak
berkhidmat terhadap Islam dan meremehkan orang lain.
Sibghah
bererti warna celupan dan agama. Dalam hal ini, agama Islam sebagai dasar dan
tuntunan hidup, fungsi warna dan celupan tersebut mencemerlangkan barang yang
diberi celupan tersebut. Apabila dikaitkan ajaran itu kepada jiwa ia akan
bersinar memancar yang dalam realisasinya tampil dalam bentuk semangat, taat,
peduli dan toleransi.
Memilih
Kata Yang Tepat
Terlihat
hubungan yang erat antara hikmah dengan memilih kata yang tepat. Salah satu
sifat orang yang bijaksana (orang yang memiliki hikmah) adalah berfikir terlebih
dahulu sebelum berkata. Kata-kata yang keluar dari mulut seorang hakim adalah
dipertimbangkan dahulu, sehingga benar dan sesuai dengan keadaan human
oriented.
Pemilihan
isi dakwah yang sesuai akan memberikan maklum balas yang baik daripada sasaran.
Manakala, pemilihan isi dakwah yang tidak tepat akan mencetuskan pelbagai
kontroversi dalam usaha dakwah yang dilakukan.
Para
da’i mestilah mengetahui ilmu-ilmu semasa selaras dengan perkembangan dalam
masyarakat. Kadangkala berlakunya kegagalan dalam dakwah, justeru pendakwah
tidak menjiwai peranannya dan menghalusi permasalahan yang berlaku dalam
masyarakat. Kebijaksanaan pendakwah menguasai masyarakat dalam erti kata
memahami situasi yang ada dalam masyarakat menyebabkan pendakwah tidak akan
berasa terasing dan terpinggir. Ilmu-ilmu semasa harus ditekankan oleh
pendakwah kerana minat para mad’u cenderung untuk memperkatakan perkara yang
dianggap panas atau benda yang baru, contohnya seperti teknologi maklumat.
Jesteru itu, pendakwah harus mempelajarinya demi untuk memperkemaskan
pelaksanaan dakwahnya.
Cara
Berpisah
Setiap
pertemuan itu ada pula perpisahannya. Sudah menjadi pasti para pendakwah akan
melalui situasi seperti ini, kerana sebelum memulakan pertemuan pendakwah
bersedia dengan berbagai bahan untuk disampaikan kepada mad’unya, tetapi
apabila habis sahaja usaha dakwah, majlis tersebut habis begitu sahaja tanpa
ada apa-apa penyudahan atau kesimpulan, saranan dan nasihat yang boleh
menyebabkan mad’unya mengingat kembali apa yang telah disampaikan oleh
pendakwah.
Sementara
itu dalam dakwah materi atau topik hikmah merupakan salah satu esensi yang
sangat berharga dalam medan kehidupan, berapa jauh seorang dapat menyelami
pengertian hikmah, maka sejauh itu pula jiwa manusia akan membuka reaksi dan
emosinya tergugah. Berapa banyak seorang da’i yang memiliki pemikiran yang
jernih tetapi akhirnya terkandas secara sia-sia. Sehingga akhirnya ia tidak
memiliki pemikiran untuk disampaikan kepada para pendengarnya. Dan ini
merupakan suatu polemik di dalam dakwah Islam dalam konteks hikmah harus
diakhiri dengan sesuatu yang dapat menyentuh. Kerana jangan sampai dakwah yang
telah dibangun dengan susah payah akan kandas akibat akhir yang tidak
menyenangkan.
Selain
dari itu, dakwah yang disampaikan tidak membawa kesan apa-apa atau tdak menarik
minat orang yang didakwahnya, maka lebih elok majlis tersebut ditutupkan dan
memperbaiki segala kelemahan yang ada dan jalankan proses dakwah yang kedua
dengan lebih bersedia lagi agar dakwah itu berkesan kepada pendengarnya. Firman
Allah SWT di dalam surah Al-Kafirun 1-6 yang berbunyi :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!, Aku
tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah
(Allah) Yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Dan kamu pula tidak mahu beribadat seperti Aku beribadat.Bagi kamu agama kamu,
dan bagiku agamaku".
Di dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir jilid 9 menjelaskan Rasulullah SAW berlepas diri dari segala apa yang mereka perbuat. Kerana penyembahan itu harus mempunyai sesembahan yang ia sembah dan melakukan ibadah yang dia tempuh kepadanya. Rasulullah saw dan para pengikutnya menyembah Allah dengan apa yang Dia syariatkan. Dan itulah makna kalimat Islam, لا إله إلا الله محمد رسول الله iaitu tiada sembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, dan tidak ada jalan yang harus ditempuh untuk sampai kepadaNya kecuali melalui ajaran yang dibawa Rasulullah saw.
Di dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir jilid 9 menjelaskan Rasulullah SAW berlepas diri dari segala apa yang mereka perbuat. Kerana penyembahan itu harus mempunyai sesembahan yang ia sembah dan melakukan ibadah yang dia tempuh kepadanya. Rasulullah saw dan para pengikutnya menyembah Allah dengan apa yang Dia syariatkan. Dan itulah makna kalimat Islam, لا إله إلا الله محمد رسول الله iaitu tiada sembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, dan tidak ada jalan yang harus ditempuh untuk sampai kepadaNya kecuali melalui ajaran yang dibawa Rasulullah saw.
Uswatun
Hasanah
Dakwah dengan Uswatun
Hasanah adalah dakwah dengan memberikan contoh yang baik melalui perbuatan nyata
yang sesuai dengan etika dakwah. Bahkan, Uswatun Hasanah adalah salah satu
kunci sukses dakwah Rasulullah, salah satu bukti adalah bahawa pertama kali
tiba di Madinah, yang dilakukan oleh Rasulullah adalah membangunkan masjid
Quba, mempersatukan kaum Ansar dan Muhajirin dalam ikatan ukhwah Islamiah.
Dakwah Bi-Lisan Al-Hal
Dakwah berasal dari
kata da’a, yadu’u, dakwatan yang bermaksud memanggil, menyeru.
Kata lisan bererti bahasa sedangkan kata Al-Haal pula bermaksud
hal atau keadaan. Lisan Al-Haal mempunyai erti yang menunjukkan realiti
sebenar.
Dakwah bi-Lisan
Al-Haal merupakan sebuah metode dakwah, iaitu metode dakwah dengan
menggunakan kerja nyata. Sebagai sebuah metode, dakwah dengan lisan Al-Haal
juga terikat pada prinsip-prinsip penggunaan metode seperti :
- Hikmah
- Mau’idzah Hasanah.
- Mujadalah
Dakwah bi-Lisan
Al-Haal mempunyai beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti :
- Tujuan dengan pelbagai jenis dan fungsinya.
- Sasaran dakwah (masyarakat atau individu dari pelbagai segi.
- Situasi dan kondisi yang beraneka ragam.
- Media atau fasiliti yang tersedia dengan pelbagai macam kualiti dan kuantiti.
- Keperibadian dan kemampuan da’i.
Mauidzah Al-Hasanah
Perkataan mauizah al-hasanah membawa maksud sebagai jalan
untuk menyampaikan dakwah dan uslub berdakwah bertujuan untuk mendekati bukan
menjauhkan, memudahkan bukan menyusahkan, mengasihi dan bukan menakutkan.
Menurut Imam al-Ghazali, mauizah al-hasanah adalah beberapa pengajaran
dan nasihat yang berdasarkan kepada apa
yang terkandung dalam al-Quran dan aspek perkhabaran yang mengembirakan
dan ancaman yang menakutkan kemudian disertai dengan kesabaran dan keikhlasan
dalam nasihat yang diberikan.
Jenis-jenis
dakwah mauizah al-hasanah
mengikut pendapat Munzier Suparta dan Harjani Hefni (2003) telah membahagikan
dakwah mauizah al-hasanah
kepada :
Nasihat
Dalam berdakwah mengajak
manusia kepada akidah yang benar dan melarang mereka mengikuti akidah yang
rosak, seorang aktiviti dakwah sebaiknya lebih banyak menggunakan metode
memberi nasihat yang baik daripada metode berbantah, metode menyanyangi dan
berbelas kasih daripada metode mengingkari dan mencela. Dia memilih metode yang
disukai dan ucapan-ucapan yang beradab.
Tabsyir Wa Tandzir
Tabsyir dalam istilah
dakwah adalah penyampaian dakwah yang berisi kadar-kadar yang mengembirakan
bagi orang-orang yang mengikuti dakwah. Terminologi tabsyir dalam konteks
dakwah adalah informasi, berita yang baik dan indah sehingga boleh membuat
orang gembira untuk menguatkan keimanan sekaligus sebagai sebuah harapan dan
menjadi motivasi dalam beribadah serta beramal soleh.
Tandzir menurut istilah
dakwah adalah penyampaian dakwah di mana isinya berupa peringatan terhadap
manusia tentang adanya kehidupan akhirat dengan segala konsekuensinya. Menurut
penulis, tandzir adalah ungkapan yang mengandung unsur peringatan kepada orang
yang tidak beriman atau kepada orang yang melakukan perbuatan dosa atau hanya
untuk tindakan preventif agar tidak terjerumus pada perbuatan dosa dengan
bentuk ancaman berupa seksaan di hari kiamat.
Wasiat
What The Esence Of
Wasiat? Inilah pertanyaan yang harus dijawab dalam membedah apa sebenarnya inti
pokok wasiat dalam dakwah? Perlu diingat kembali berawal dari definisi wasiat
pada huraian sebelumnya, bentuk-bentuk wasiat dalam Al-Quran, Al-Hadis dan dari
ulama salaf dapat disimpulkan bahawa kata wasiat mempunyai terminologi yang
universal. Wasiat adalah kata yang padat makna. Ini kerana wasiat adalah sarana
untuk mencapai tujuan dakwah. Bila dikaitkan dengan kebenaran, wasiat adalah
profil paling cemerlang untuk tegak menjaga kebenaran dan kebaikan. Bila
dikaitkan dengan kesabaran, wasiat mampu mengerakkan potensi umat untuk semakin
kuat dan tegar dalam kebenaran, dalam mencapai tujuan kesatuan perjalanan
solidariti umat dalam semangat pantang menyerah. Bila dikatakan dengan kasih
sayang wasiat adalah upaya menyebarluaskan perasaan kasih sayang dan saling
mencintai sesama umat sehingga banggunan umat solid. Maka esensi wasiat dalam
dakwah adalah : Ucapan seseorang da’i berupa pesan penting dalam upaya
mengarahkan (taujid) mad’u tentang sesuatu yang bermanfaat dan bermuatan
kebaikan. Dan persoalan-persoalan yang disampaikan dalam wasiat berkaitan
dengan sesuatu yang belum dan akan terjadi.
Kisah
Bercerita tentang
kisah-kisah yang mengandung hikmah sangat efektif untuk menarik perhatian para
mad’u yang dapat membuat imaginasi yang atas peristiwa-peristiwa masa lampau mahupun
yang akan datang, bahkan hal ini adalah merupakan pola yang terbaik untuk
dilakukan para da’i dan akan dengan mudah merasuk ke dalam jiwa para
komunikan khusus pada anak-anak. Kerana
dengan mendengar cerita seperti ini telah dicontohkan kepada Rasulullah SAW
sejak dahulu, di mana ketika beliau berdakwah, beliau seringkali bercerita
tentang kisah kaum-kaum terdahulu agar dapat diambil hikmah dari pelajarannya.
Al-Mujadalah
Metode mujadalah
dengan sebaik-baiknya menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya Ulumuddin
menegaskan agar orang-orang yang melakukan tukar fikiran itu tidak beranggapan bahawa
yang satu sebagai lawan bagi yang lainnya, tetapi mereka harus menganggap bahawa
para peserta mujadalah atau diskusi itu sebagai kawan yang saling
tolong-menolong dalam mencapai kebenaran. Demikianlah antara lain pendapat sebahagian
Mufassirin tentang tiga prinsip metode tersebut. Selain metode tersebut Nabi
Muhammad Saw bersabda :
“Siapa di antara kamu melihat kemungkaran,
ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya, jika tidak
mampu, ubahlah dengan hatinya, dan yang terakhir inilah selemah-lemah iman.” (Riwayat
Muslim)
Al-Hiwar
Syariat Islam bersumber
dari dasar-dasar yang mulia, dimuatkan dengan moraliti yang tinggi dan sarat
dengan petunjuk luhur yang mengatur perselisihan, dialog dan perdebatan yang
terjadi di antara manusia. Syariat Islam berputar pada siklus logik yang benar,
pemikiran yang lurus, perdebatan yang lebih baik dan berorientasi pada
pencapaian kebenaran demi kebaikan dan kemaslahatan umat, dalam koridor yang
diperbolehkan Allah SWT. Berikut ini beberapa landasan dan etika berdialog
menurut Islam. Diantara etika yang dimaksudkan ialah :
- Kejujuran
- Thematik dan Objektif
- Argumentatif dan logis
- Bertujuan Untuk Mencapai Kebenaran
- Tawadhu
- Memberi kesempatan kepada pihak lawan
Langkah-langkah atau
cara dalam berdialog :
- Mempersiapkan Materi
- Mendengar pihak lawan dengan arif, bijak dan seksama
- Menggunakan ilustrasi/kiasan/gambaran
- Mematahkan pendapat/alasan dengan serang balik
- Apologetik dan elentika
- Jangan Marah
As-Ilah
Wa Ajwibah
Pembahasan tentang
metode As-Ilah Wa Ajwibah ini menjadi begitu sangat penting sekali untuk
diketahui dan dipelajari, terutama bagi para da’i, ketika berhadapan dengan
mad’u yang berbeza latar belakang agama, pendidikan, budaya dan sebagainya. Untuk
menghadapi mad’u yang bermacam ragam dan berbeza-beza ini, diperlukan persiapan
da’i baik persiapan isi mahupun persiapan mental sehingga ketika dia dihadapkan
dengan pertanyaan-pertanyaan yang diajukan mad’unya, dia bersiap untuk
menjawab.
Penutup
Metode
yang telah disenaraikan di atas ini boleh diaplikasikan oleh pendakwah untuk
mendekatkan diri atau menjalankan dakwah kepada mad’unya. Kaedah ini telah lama
diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW, kita sebagai penerus dakwahnya hanya
perlu menerapkan cara dakwah ini di dalam usaha dakwah zaman globalisasi ini.


link my site bro...tq
ReplyDeleteanda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
ReplyDeletelaman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
berharap anda jangan keberatan
Assalammualaikum ustaz.
ReplyDeleteSaya nak tanya.
Tanda 40 hari nak meninggal dunia akan merasai denyutan di pusat sesudah Asar.
Adakah sesudah Asar itu betul-betul selepas Asar? Atau sesudah Asar itu sehingga sebelum masuk waktu Asar seterusnya
Tolong email jawapan kepada saya di wanblue2@yahoo.com
soalan ini sepatutnya ditanya kepada pakarnya atau doktor, bukan kepada ahli agama.
ReplyDeletebetul tu huntur, saya memang tak tau tentang masalah ini...tanya kepada orang yang lebih pakar pada bidang ini...saya tidak ada buku atau kitab yang berkaitan dengan masalah ini....
ReplyDelete