PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, May 8, 2012

Awas! Taktik Menculik Budak Di Pasaraya...


Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
 
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

10 comments :

  1. Perkara ini mungkin berlaku TETAPI cerita ini telah berlegar di dalam e-mail semenjak tahun 2000 lagi dan kisah pertama yang saya baca ianya konon berlaku di JUSCO IOI MALL, Puchong. Apakah ianya kisah benar atau kisah rekasaya? Sekadar untuk maklumkan takut ianya hanya kabar angin/fitnah yang disebarkan oleh mereka yang berseronok-seronok sebagaimana mulanya kisah hantu kum-kum pada tahun 70an (semasa kebangkitan Al-Arqam - Hantu Kum Kum - hantu beri salam - Assalamualaikum)

    ReplyDelete
  2. Salam

    Dalam cerita di atas tidak ada nama dan pelakonnya..cerita ini boleh diambil iktibar dan sebagai tindakan berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu musibah... apa2 pun terimakasih mahaza..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Ustaz..

    Pertama kali saya rasa syukur kerana ada ruangan semacam ini dan terima kasih ustaz kerana mengambil initiative sebegini..

    Saya minta nasihat ustaz..saya dan kawan saya telan melakukan dosa(mengambil/mencuri hp) pada tahun 2002,masa tu kai umur baru 14 tahun

    Kawan saya telah jumpa hp atas kerusi,dia suruh saya pass hp tu pat dia sambil dia kepung.

    1) adakah saya juga dikira berdosa sama dgn mencuri walaupun saya hanya tlg pass hp tu pat kwn saya saja,padahal hp tu saya tidak pernah pakai pun kemudian??


    Tetapi akhir2 ini,saya rasa amat kesal dan mahu menebus kesalahan ustaz..


    saya amat serius sehinggakan walaupun kejadian tu sudah 10 tahun tetapi saya sanggup mencari kawan saya tu kalau2 dia masih simpan hp tu atau kenal tuan hp tu tetapi tidak berhasil,kami tak kenal dan hp kawan saya tak simpan


    2)ramai yang sekadar cakap suruh bertaubat tetapi bagaimana caranya ustaz..?adakah cukup sekadar istighfar dan solat??

    Mohon nasihat uztaz..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Kisah benar yang pernah terjadi kepada saya di carrefour Alamanda, saya kehilangan anak dalam carrefour tu. Saya pergi ke kaunter dan minta mereka buat annoucement atau buat sesuatu tetapi bahagian kaunter tak nak buat apa2. Dia suruh saya cari lagi. Katanya, untuk keselamatan dan dia tak boleh buat announcement. Begitu frustnya saya. Husband saya masuk cari dalam carrefour dan hampir setengah jam manakala saya tunggu kat pintu luar dan akhirnya jumpa juga ditempat permainan. Di sini saya nak beritahu bahawa tak semua pasaraya ambik tindakan jika berlaku kes hilang macam ni. Biar anak hilang dulu, masuk paper baru rakyat Malaysia perihatin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka takut, sekiranya buat announcement nanti pasaraya itu dikira tak selamat, dan sudah tentu impaknya ramai orang tak nak datang lagi tempat itu.

      Delete
  5. Kes penculikan kanak-kanak memang berlaku sebagaimana yang kita sering baca di dada akhbar. Apa yang penting kita mesti memastikan anak sentiasa berada dalam pandangan mata. Mereka masih kecil dan mudah tertarik & leka dengan dunia luar terutama permainan.

    ReplyDelete
  6. sya share di fb ye..trma kasih

    ReplyDelete
  7. meluat dah aku baca cerita ni dah barapa kali tokok tambah

    ReplyDelete
  8. berlagaknya yg kata meluat baca kisah ni. kalau ye pun ditokok tambah, jadikan laa iktibar. budak2 skrg mmg mudah jadi sasaran diculik. terkena anak sndiri kang jgn bising mintak tlg org pulak yea..

    ReplyDelete
  9. Besnis produk kesihatan myherb2u-goji,tricajus,susu kambing,mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam,selangor,malaysia
    Rakan kongsi/penyewa/pekerja diperlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG