PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Thursday, May 31, 2012

Buku Ustaz Toolkit Fardu Ain Telah Diterbitkan



Toolkit Fardu Ain adalah panduan fardu ain yang ringkas. Ilmu fardu ain merupakan ilmu yang membincangkan segala amalan-amalan yang wajib dilakukan oleh umat Islam pada setiap masa. antara topik yang dimuatkan dalam buku ini ialah taharah, najis, istinjak, darah wanita, air manusia, mandi, sunat fitrah, wuduk dan tayamum.

Segala kandungan yang terdapat dalam buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat. Gaya bahasa yang mudah dan senang difahami oleh golongan biasa. Dilengkapi juga dengan gambar, jadual dan peta minda bagi memudahkan pembaca memahami segala topik yang dibahaskan. Buku ini sesuai digunakan sebagai :

  1. Rujukan peribadi dan keluarga
  2. Hadiah kepada orang tertentu
  3. Modul pelajaran sekolah dan IPT
  4. Bahan kuliah atau ceramah surau dan masjid
  5. Bahan usrah pertubuhan, kumpulan atau NGO
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pustaka Azhar yang sudi menerima skrip yang tidak seberapa ini. Jutaan terima kasih juga kepada editor-editor Pustaka Azhar serta kawan-kawan yang bertungkus lumus memerah idea bagi menghasilkan buku ini.Tidak lupa juga kepada isteri, ibu bapa, mertua, kakak dan adik yang banyak memberi semangat bagi menyiapkan penulisan buku ini. Mudah-mudahan segala jasa dan usaha anda mendapat balasan yang setimpal dari Allah.


1 comment :

  1. Usaha yang dibuat untuk menerbitkan sebuah buku merupakan sumbangan yang amat bernilai untuk masa depan ilmu umat Melayu.
    Saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih terdapat manusia di negara kita yang berusaha untuk memberi kefahaman agama kepada bangsanya.
    من يرد الله ان يهديه يفقه في الدين
    Dengan terbitnya buku ini, saya mengharapkan penulis mendapat semangat baru untuk meneruskan usaha menerbit buku-buku seterusnya.
    Walaupun saya boleh membaca buku ini, saya merasa kagum dengan jihad yang penulis lakukan.
    واتمنى ان يلحقنى الله بك مع الحبيب المصطفى فى الفردوس الاعلى

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG