PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, June 30, 2012

Artikel Nikah Gantung Ustaz Di Dalam Majalah VIC


Sebut sahaja tentang kahwin, semua orang suka dan tidak ada satu pun manusia yang tidak suka tentang kahwin. Ramai orang yang memulakan perancangan perkahwinan sejak dari bangku sekolah, remaja dan menjejak kaki ke menara gading. Apabila tamat sahaja pengajian di universiti, mereka bekerja dan terus mengutuskan rombongan peminangan ke rumah gadis pilihan hati. Betapa bahagianya saat bergelar tunangan orang dan semasa itu juga gaya penampilan diubah supaya nampak seperti orang yang telah bersedia untuk berkahwin. Saat ini juga bakal pengantin lelaki bertungkus lumus membanting tulang untuk mencari belanja bagi membiayai kos perkahwinan yang akan dilansungkan nanti. 

Masalah yang akan dihadapi bagi mereka yang bercinta semasa bergelar mahasiswa adalah halangan ibu bapa yang mengharapkan mereka tamat pengajian  dengan cemerlang. Sekiranya mereka berkahwin semasa belajar pula, mungkin mereka akan menghadapi masalah kewangan untuk menyara kehidupan berumahtangga. Sebenarnya banyak perkara yang perlu mereka pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Malahan segelintir daripada mereka sanggup bergelumang dengan dosa bagi merealisasikan perasaan cinta terhadap pasangan mereka. Tidak kisah dengan tohmahan masyarakat yang penting bagi mereka ialah dapat melepaskan perasaan rindu sehingga menyebabkan berlakunya perbuatan sumbang. 

Ada di antara mereka sanggup bernikah dahulu, demi untuk mengelak berlakunya perbuatan keji di dalam percintaan mereka. Maka timbullah istilah kahwin gantung. Istilah sebegini sangat popular di kalangan remaja dan pelajar IPT.

Nikah Gantung

Mengikut kefahaman saya, nikah gantung adalah majlis pernikahan dibuat dahulu dan majlis perkahwinan dibuat kemudian (tarikh yang belum tahu). Alasan mereka melakukan nikah gantung ini adalah bertujuan untuk mengelakkan zina. Selain dari itu, nikah gantung dilakukan kerana takut pasangan mereka dirampas orang lain. 

Sebenarnya dalam Islam tidak ada istilah nikah gantung. Sesiapa yang mempunyai kemampuan dari segi zahir, batin dan memiliki hasrat untuk berkahwin, maka kahwinlah dan perbuatan tersebut merupakan sunnah Rasulullah SAW. Telah bersabda Rasulullah SAW :

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (Riwayat Al-Bukhari)

Islam sangat melarang perkahwinan bagi umatnya yang tidak mempunyai kemampuan. Kerana perkahwinannya nanti pasti akan mendatangkan masalah yang besar dan ia tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan baik. Hadis Rasulullah SAW :

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)



Baca artikel sepenuhnya di dalam Majalah VIC edisi Nikah dan Kawin

1 comment :

  1. salam ustaz,,
    saya baru lagi mengikuti blog ustaz,menarik dan bnyak info yang bergna untuk motivate dri sendri dan org lain..terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG