Assalamualaikum.
Saya terkilan dengan ramai Imam hari ini yang membaca surah Fatihah terlalu laju dalam rakaat 3 & 4 sehingga para makmum di belakang mereka bertaburan dan kelam kabut mengejar untuk bersama dalam solat. Ada segelintir makmum yang masih rukuk sedang Imam sudah pun duduk antara dua sujud. Peliknya, dalam rakaat 1 & 2, bacaan Imam2 ini amatlah mendayu2, berlagu, bertajwid, dan sempurna pula makhraj huruf-hurufnya. Para tahfiz juga tidak terkecuali dari tergolong dalam Imam-imam yang terlebih fasih ini. Harap dapat penjelasan dari Ustaz.
Saya terkilan dengan ramai Imam hari ini yang membaca surah Fatihah terlalu laju dalam rakaat 3 & 4 sehingga para makmum di belakang mereka bertaburan dan kelam kabut mengejar untuk bersama dalam solat. Ada segelintir makmum yang masih rukuk sedang Imam sudah pun duduk antara dua sujud. Peliknya, dalam rakaat 1 & 2, bacaan Imam2 ini amatlah mendayu2, berlagu, bertajwid, dan sempurna pula makhraj huruf-hurufnya. Para tahfiz juga tidak terkecuali dari tergolong dalam Imam-imam yang terlebih fasih ini. Harap dapat penjelasan dari Ustaz.
Jawapan
Saya rasa dalam
masalah ini kita jangan bersangka buruk terhadap imam-imam tersebut, apa kata
bagi mendapatkan kepastian anda berjumpa terus dengan imam tersebut dan
ceritakan segala perkara yang anda terkilan terhadapnya. Dengan cara ini anda
akan mendapat jawapan direct darinya.
Ada tiga
kategori bacaan Al-Quran yang ada yang boleh diaplikasikan oleh kita pada
setiap hari seperti :
- At-Tartil iaitu bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan.
- At-Tadwir adalah bacaan pertengahan iaitu antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar. Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan tajwid.
- Al-Hadar ialah bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini kebiasaannya adalah untuk mereka yang telah menghafal Al-Quran. Ini supaya mereka dapat mengulangi hafalan bacaan Al-Quran dalam masa yang singkat.
Bacaan yang paling baik menurut saya ialah
At-Tadwir kerana ia tidak laju dan tidak terlalu lambat dan ia sangat sesuai
mengikut mud makmum yang ada di belakang imam. Bukan semua makmum yang ada
dibelakang imam itu mempunyai keinginan yang sama, ada sebahagian makmum suka
pada bacaan lambat dan ada juga suka pada bacaan cepat. Kadang ada juga makmum
yang mempunyai masa yang singkat seperti orang musafir. Di sinilah imam perlu
memainkan peranannya untuk memastikan segala makmum suka solat berjamaah
bersamanya. Maka tindakan yang baik adalah bacaan secara Tadwir dan bacaan ini
sering dipraktik oleh imam-imam yang ada.
Imam mempunyai tugas yang besar lagi dari penghulu kampung, kerana imam
menjadi pemimpin dalam hal agama dan juga hal-hal keduniaan terutamanya urusan
kampung. Imam juga adalah seorang yang dipercayai oleh masyarakat kampung jika
dibandingkan dengan penghulu kampung. Bukan mudah menjadi seorang imam kerana
dia dipertanggungjawabkan untuk memimpin masyarakat qariah menjadi insan yang
baik selain dari menjadi imam di dalam solat. Dalam solat juga imam mestilah
memiliki bacaan yang baik dan sempurna. Selain dari itu, imam juga perlu diiktiraf
oleh penduduk qariah tersebut bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan
permusuhan. Kalau baik solat imam itu
maka baiklah solat makmumnya, kalau buruk solat imam itu maka buruklah solat
makmumnya. Dari Sahal bin Saad ra
diriwayatkan bahawa dia menceritakan :
“Aku
pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : Imam itu memiliki tanggungjawab.
Kalau dia melakukan sembahyang secara baik, maka dia dan para makmumnya
mendapatkan pahala. Dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa,
sementara makmumnya tidak.” (Riwayat Ibnu Majah)
Setiap
Imam menanggung solat makmumnya. Saidina Ali Bin Abi Talib pernah menjadi imam
dan terlupa untuk berwuduk. Selepas itu beliau dan makmumnya mengulangi solatnya
kerana bimbang dia akan memikul kesalahannya menjadi imam tanpa wuduk.
Rasulullah sendiri pernah terlupa mandi junub dan ketika itu juga baginda hendak
menjadi imam di dalam solat. Semasa Rasulullah hendak takbiratulihram, Baginda
baru teringat bahawa dia terlupa mandi junub dan memerintahkan makmumnya supaya
menunggu Baginda mandi junub dahulu. Setelah selesai mandi junub, Baginda
datang untuk meneruskan solatnya secara jemaah.
Sebaiknya tugas imam ini dipikul oleh orang yang paling alim dan paling
baik dan mempunyai kemampuan dari aspek kesihatan. Ini penting kerana imam yang
uzur sedikit sebanyak akan menyusahkan makmumnya. Saya sendiri pernah menjadi
makmum di sebuh masjid yang diimamkan oleh seorang tua. Bacaannya tidak
menepati hukum tajwid kerana mungkin giginya sudah tiada, kemudian bacaannya
putus-putus disebabkannya penat. Sebagai makmum sudah pasti resah dengan keadaan
imam tersebut. Tidak mengapalah kalau dalam qariah itu tidak ada yang lebih
layak darinya.
Ada juga imam yang dilantik dalam keadaan sakit dan tidak boleh bangun
dari tidurnya da nada juga imam yang dilantik tidak pernah dating masjid dan
makmumnya sendiri tidak pernah mengenalinya. Jadi dalam hal ini fikir-fikirlah
dan saya tidak mahu mengulas panjang.
Dalam masalah yang dibangkitkan dalam pertanyaan di atas, tidak
mengapalah kalau imam itu bacaannya secara biasa ataupun tadwir (tidak laju dan
tidak lambat) kerana itu yang terbaik dan ia sudah memenuhi kehendak makmumnya.
Kalau lambat sangat takut makmum yang tua dan uzur bermasalah kerana ada
diantara mereka tidak mampu berdiri lama. Cepat sangat bermasalah juga bagi
mereka. Jadi yang terbaik adalah pertengahan di antara kedua bacaan tersebut. Bagi
saya tidak bermasalah imam cepat sedikit dalam rakaat 3 dan 4 kerana rakaat itu
imam hanya membaca surah Al-Fatihah sahaja. Apa-apa pun imam berdiri mencukupi
kadar masa bacaan surah Al-Fatihah sudah memadai dan boleh dianggap baik. Saya nasihatkan juga kepada semua pembaca
janganlah mempunyai sangkaan yang buruk terhadap orang lain dan apa-apa pun
rujuk kembali kepada orang tersebut.


assalammualaikum ustaz! ni nak tanyan komen dari ustaz bab solat taraweh masjid dan surau suka ambik imam hafiz so baca ayat alquran pun panjang dan lama saya nampak macam tak sesual kerana tak mesra makmum lebihlebih lagi budakbudak {yg tua pun sama tak habis lagi dah belah}dulu imam baca surah lazim yang tersusun baik waktu itu saya hafal surah lazim dan seronok berjamaah kat surau tapi sekarang ni kanakkanak dah kurang ada berjamaah Imam hafiz ni patutnya jadi ketua tadarus dan betulkan bacaan ahli kariah .Lagi yang saya tau surah lazim yg dibaca imam lama ada kafiat dan kelebiahnya
ReplyDeleteBoleh nak ambik imam hafiz, tapi pendekkan bacaannya..semua ayat Al-Quran baik dan ada kaifiatnya, sebab firman Allah yang bermaksud Al-Quran itu adalah penyembuh atau penawar bagi manusia...
ReplyDeleteassalamualaikum. Apa yang nak diutarakan di sini tentang jenis bacaan. Imam perlu melihat kepada makmum yang dibawanya. Sederhana adalah paling sesuai, tidak laju dan tidak terlalu perlahan, Surah tambahan yang tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
ReplyDeleteSalam ustaz,, nak tanya dulu2 kita telah meninggalkn solat dengan sengaja... dan kita telahpun buat solat taubat. . moga Allah mengampunkan kita.. dalam hal ini.. perlukah kita qada solat yang dulu2....?ada ustaz yang mengatakan .. kita tidak boleh buat solat terawih kerana kita masih ada hutang solat? kalau kita buat qada di bulan lain tapi tidak di bulan ramadhan .. boleh tak? sebab kita pun nak cari pahala terawih.. setahun sekali saja..Ada yang mengatakan kalau qada solat tak di buat, solat sunat terawih tidak di kira... bagaimana kalau kita sudah minta ampun pada Allah( taubat nasuha) yang kita tidak akan melakukan lagi kesalahan ini.. perlukah jua kita qada solat yang lepas2...? harap ustaz dapat terangkan.. tq
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteSalam ustaz.
ReplyDeleteSaya nk tanye berkenaan dgn bernazar.
Saya ada bernazar dlm beberapa perkara.dan nazar saya tu dlm bntuk duit.
Tapi apa yg saya doa pohon pada Allah masih blm dmakbulkn.bola tak jika saya byar dahulu nazar saya wlwpn doa saya blm dmakbulkn?dan jika doa saya tu x dmakbulkn saya anggap je nazar sya tu sbgai sedekah.bole tak?harap ustaz dpt beri peneragn scara detail.terima kasih
Ustaz.. Apakah hukum kalau berniaga depan pintu masjid.. Saya minta maaf jika ada yg terasa.. Saya lihat kebanyakkan masjid2 pas banyak berniaga depan pintu masjid.. Dan lagi satu apa hukum masjid dijadikan tempat untuk kepentingan diri sendiri dan untuk parti politik.. Saya bercakap begini sebab kampung saya pernah terjadi nasib imam kampung cepat bertindak..
ReplyDelete