Tuesday, July 31, 2012

Awas Buku Perosak Akidah Untuk Kanak-Kanak



Berkata Cikgu Rahmat :

Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian. 

Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini. Laporan polis telah dibuat oleh saya bersama Guru Besar di Balai Polis Majidi, Johor Bahru. 

Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya. Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu. Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri. 

Saya tak dapat menahan penjual buku ini yang menjual secara haram di hadapan sekolah kerana belum sempat anggota polis peronda sampai, mereka dengan segera telah melarikan diri. Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian.

Rujukan di sini

10 comments:

  1. semoga orang ramai careful pasal buku-buku ini.. untuk mengelakkan anak-anak kita terpengaruh dan akidah mereka terpesong...

    Ibu bapa patut memantau segala pembacaan anak-anak mereka untuk mengelakkan akidah anak mereka terpesong..

    ReplyDelete
  2. Mereka semakin berani sekarang ... kerana silap kita juga
    ... sila google:
    Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah

    ReplyDelete
  3. bkn silap kita,silap pemimpin dan pemerintah..

    ReplyDelete
  4. Memang jelas silap kita.tak habis-habis salahkan orang lain. Banyak benda yang tak betul kat luar, terlalu banyak sangat.pilihan kat tangan sendiri.Orang bijak tak akan salahkan orang lain. hanya orang yang anggap dirinya bijak yang suka salahkan orang lain

    ReplyDelete
  5. Pemerintah mesti tegas dalam menangani maksaalah ini..jgn denda sahaja malah kenakan penjara seumur hidup dan lakukan nya dgn bukti,supaya yg lain akan merasa gerun ....

    ReplyDelete
  6. layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers