Akhlak mencorak tingkah laku
Akhlak
memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan
seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah
cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali
: "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota
badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".
Maka
dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan
melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.
Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan
Neraca
akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya
dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini
bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya.
Akhlak mencerminkan keimanan
Akhlak
adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan
memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata
bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W :
"Di kalangan mu'minin yang paling
sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya”.
Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.
Tamadun
sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian
sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya
sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak
nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang
dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang
menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya.
Contohnya tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain,
jatuh satu persatu kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.
Akhlak adalah mangkin perubahan
Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian
perlulah diambil berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan
setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin
perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai
"tongkat perubahan". Ini kerana krisis yang dihadapi oleh dunia
adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis
ekonomi dan politik.
Begitulah
pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di saat-saat
kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa
keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah
akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi
genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika
kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara
faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak
di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.
Kesimpulan
Kesimpulan
Dapatlah kita nyatakan bahawa akhlaklah merupakan sumber
kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana
seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi
ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya.


Assalamualaikum.
ReplyDeleteUstaz, Ibu seorang Ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak. Kesemua anak-anak telah bekerja. Ayah meninggal dunia sejak usia Ibu 35 tahun dan Ibu yang membanting tulang empat kerat menyara kami adik beradik, tak pernah kahwin lain. Kini, kesemua anak telah berkerja dan Ibu berusia 55 tahun.
Ibu di Kelantan dan anak-anak di negeri2 lain.
Abang saya telah pulang ke kelantan bersama 5 orang anaknya yang kesemuanya masih di sekolah rendah kerana ingin mencuba peluang berniaga di negeri itu. Walaubagaimanapun, isterinya enggan pulang bersama kerana ingin berkerja sebagai promoter di sebuah butik pakaian di KL.
Ibu telah meluahkan perasaan dan kepenatan yang dialami. Ibu saya tak larat nak bangunkan anak-anak kecil tersebut pagi-pagi, siapkan segala makan pakai dan macam-macam karenah anak-anak yang dalam proses nak besar. Ibu juga pernah mengalami darah tinggi yang teruk sebelum ini ketika menjaga anak-anak tersebut selama 2 tahun lebih di Kelantan juga, sebelum abang dan kakak ipar saya mengambil balik anak-anak tersebut untuk dijaga. Ibu kini menghidap darah tinggi dan kencing manis. Ibu juga meluahkan kepada adik-beradik lain bahawa dia penat dan tak larat. Ibu cakap dia nak luangkan masa mengaji di surau, belajar mengaji dan mendalami ilmu agama tetapi tak sempat sebab abang keluar rumah pukul 12 tengahari, balik rumah pukul 2-3 pagi setelah tutup kedai. Jadi, segala keperluan, kelengkapan dan urusan anak-anak kecil itu dibuat oleh Ibu seorang diri.
Soalan saya adalah:
1)Apakah hukum apabila abang saya membuat Ibu sedemikian.
2)Adakah kami (adik-beradik lain) turut berdosa apabila tiada siapapun yang memberitahu Abang saya tentang keadaan tersebut kerana tidak mahu kami berpecah belah
3)Apa hukum seorang suami apabila membiarkan si isteri mengabaikan tanggungjawab selayaknya ke atas anak-anak dan suami sendiri
4)Ustaz, saya buntu. Apa yang perlu saya lakukan.
selain itu, abang saya kadang-kadang ada bagi duit untuk belanja tapi duit itu tak cukup untuk perbelanjaan. Kami adik beradik lain juga bagi duit kat ibu, contohnya, saya akan masukkan duit rm200 dalam bank ibu untuk insurans Takaful setiap bulan. Kakak-kakak saya akan bagi duit setiap minggu dalam RM50 setiap kali mereka pulang ke kampong (setiap hujung minggu). Abang saya yang paling tua juga akan bagi duit dalam RM500 (Ibu bayar sewa rumah RM450). Jadi, duit memang tak cukup untuk Ibu tampung perbelanjaan bersama cucu-cucu kecilnya itu. Kalau Ibu seorang sebelum ni, duit tu cukup.
ReplyDeleteSaya pernah SMS abang saya untuk menegur tentang apa yang dia buat. Mungkin dia tak sedar. Tapi memang tak ada perubahan, Ustaz. Saya juga telah post kat Facebook artikel2 tentang hormati Ibu, layan Ibu sebagaimana yang sepatutnya tetapi semuanya tidak ada perubahan.
Pada Ibu, ibu tak kisah mereka nak tinggal bersama tapi Ibu berharap agar kakak ipar saya berubah dan menjaga, memelihara dan menguruskan rumahtangga dan anak-anaknya sendiri. Tolonglah bagi alternatif lain pula untuk saya ringankan beban ibu.