Apa hukum meninggalkan solat Jumaat jika saya bekerja di kawasan cari
gali minyak dan terpaksa berada di sana sekurang-kurangnya sebulan. Adakah dibolehkan untuk saya meninggalkan solat Jumaat?
Jawapan
Hukum Solat Jumaat adalah fardu ain sama dengan solat fardu lima waktu yang lain. Ia ditunaikan dalam waktu Zohor pada hari Jumaat oleh setiap Muslim yang cukup syaratnya.
Syarat wajib Jumaat ialah Islam, baligh, berakal, lelaki tetapi bagi perempuan adalah sunat, merdeka, tidak uzur dan bermukim iaitu tidak bermusafir.
Antara halangan Jumaat ialah sakit, hujan lebat, cuaca sangat panas, terlalu lapar atau dahaga dan lain-lain halangan yang tidak dapat dielakkan (Haji Mohamed bin Jusoh 1990).
Umumnya, bekerja tidak dikira sebagai halangan Jumaat. Ini termasuk bekerja di platform cari gali minyak dan terpaksa berada di sana sekurang-kurangnya sebulan apabila dijadualkan bertugas.
Anda masih wajib menunaikan solat dengan cara mengadakannya bersama dengan rakan Muslim yang berada di platform berkenaan secara berjemaah termasuk berkhutbah Jumaat.
Ia boleh dilakukan di surau atau bilik khusus. Bilangan makmun tidak semestinya 40 orang dan boleh dilaksanakan walaupun hanya berdua. Seterusnya ia boleh dilakukan secara baik apabila majikan anda bersetuju dan membenarkan solat Jumaat diadakan.
Sumber : Harian Metro


Assalamualaikum Ustaz.
ReplyDeleteBoleh ustaz tolong terangkan tentang bilangan makmum tidak perlu sehingga 40 orang. Kerana setakat yang saya belajar, wajib ada 40 orang yang bermastautin.
Pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh para ulama fiqh dalam menentukan bilangan ahli jemaah yang sah untuk didirikan solat jumaat.
ReplyDeleteHakikatnya solat jumaat merupakan perhimpunan yang diadakan untuk mengingati Allah. Ibadah ini boleh ditunaikan tanpa mengira jumlah bilangan penyertaan ahli jemaah. Syarat asas sesuatu perhimpunan hanya meliputi dua orang ahli jemaah atau lebih.
Penambahan jumlah bilangan jemaah daripada dua orang tidak mempunyai sandaran dalil yang rajih dan kuat.
Sementara mazhab Imam as-Syafie berpendapat bahawa jumlah bilangan ahli mesti 40 atau lebih.
ReplyDeletemantab banget nih blog nya
ReplyDeletesemuanya sangat bermakna
ReplyDeletelumyan deh jadi nambah nambah pengetahuan
ReplyDeletemakasih ya , good luck !!
makasih infonya..
ReplyDeleteBagaimana pula dengan pekerja yg bekerja di atas tren berjadual..??terpaksa mengikut tren komuter setiap masa...tiada masalah untuk solat lima waktu tetapi bagaimana dengan solat jumaat..blh tergkan permasalahan ini..??
ReplyDeleteBagaimana jika hanya seorg muslim shj di atas kapal? Bgmana caranya?
ReplyDelete