PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, September 4, 2012

Ucapan Presiden Mesir Dalam Persidangan NAM Di Tehran


Ucapan pembukaan sidang Negara-negara Berkecuali (NAM) di Tehran, Iran hari ini benar-benar telah melonjakkan nama Presiden Dr.Muhammad Mursi apabila ucapannya menjadi perhatian dan dipuji oleh dunia Arab. Keberanian dan kelantangan beliau yang melabelkan rejim Syria sebagai "pengganas" dan menyeru dunia agar bertanggungjawab menghentikan pertumpahan darah di Syria menyebabkan delegasi wakil Basyar yang hadir panas telinga lantas meninggalkan dewan persidangan.

Bukan itu sahaja, mukadimah ucapan Mursi turut menjadi perhatian apabila mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta seluruh para sahabat Rasulullah SAW di hadapan tetamu yang turut disertai para ulamak tertinggi Syiah yang dikenali sikap mencela dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW. 

Islammemo melaporkan berita dengan tajuk: "Mursi Meredhai Khulafa' Ar-Rasyidin Dalam Ucapannya di Tehran". 

Selepas mengucap tahmid kepada Allah, Mursi berselawat ke atas Rasulullah SAW yang bermaksud, "Ya Allah! Selawat dan salamlah ke atas Baginda SAW, ke atas Ahli Keluarga Baginda. Ya Allah! Redhailah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, serta para sahabat seluruhnya dan pengikut-pengikutnya hingga hari Kiamat." 

Menurut laporan ini, para ulamak Syiah yang mendengar ucapan turut berselawat meninggikan suara beramai-ramai (seperti selawat Syiah yang biasa dilaungkannya) ketika Mursi berselawat ke atas Nabi. 

Tindakan ini ternyata menggembirakan golongan agama, pendakwah dan ulamak Mesir yang mengikuti ucapan Mursi. Bagi mereka, mukadimah ucapan yang disampaikan di ibu negara Iran, Tehran (yang terkenal dengan penyebaran dan pengamalan Syiah, yang sering melaknat para sahabat Rasulullah SAW) menggambarkan pendirian Mursi yang menolak laknat dan cercaan ke atas para sahabat Rasulullah SAW. 

Tindakan berani yang penuh berhikmah Mursi ini dipuji oleh seorang pendakwah Kuwait, Syeikh Hamid El-'Ali melalui dua rangkap syair yang ditujukan kepada Mursi. 

Lawatan Mursi ke Iran sebelum ini mendapat tentangan dari aktivis-aktivis Islam khasnya pendirian Iran yang kuat menyokong rejim Syria akan tetapi nyata mereka mengubah pendirian setelah mendengar ucapan Mursi. 

Sumber : Facebook Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG