Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini, sejak
kebelakangan ini saya kurang update post blog ini kerana urusan kerja hakiki,
namun urusan dakwah tetap berterusan kerana ia menjadi kewajipan kepada saya
dan setiap muslim. Sejak akhir-akhir ini kita sering didengari dan didendangkan
pelbagai isu terutamanya penghinaan musuh Islam terhadap umat Islam. Mejoriti
umat Islam marah dan keluar beramai-ramai dengan hasrat membantah penghinaan
yang dibuat oleh musuh Islam terhadap Islam. Ada juga segelintir kecil yang
mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri kononnya menyokong kebangkitan
umat Islam menentang penghinaan tersebut, tetapi malang semua pekerjaan, masa,
tenaga, duit dan apa sahaja tidak ada nilai di sisi Allah malah itu semua
ibarat sampah yang dicampak di dalam tong sampah.
Adakah kita fikir sebelum ini kenapa berlaku ini semua?jawapan saya
tidak lain tidak bukan kerana umat Islam sangat lemah dari segi penghayatan dan
pegangan Islam yang sebenar. Perkara ini tidak pernah berlaku semasa zaman
kegemilangan Islam dahulu, kerana Islam sangat kuat dari segala aspek. Bila
berlaku sahaja penghinaan atau peperangan, maka khalifah pada waktu itu terus
mengirim ribuan pasukan tentera untuk memerangi ancaman tersebut. Setiap kali
perancangan jahat dibuat oleh musuh Islam, mereka akan mempertimbangkan dahulu
resiko dan musibah yang akan dilalui oleh mereka.
Zaman sekarang tidak, mereka
bersuka ria membuat penghinaan itu dan ini, kerana mereka kurang mendapat
tentangan dan banyak lagi negara-negara umat Islam yang berkiblatkan mereka.
Mereka juga sedar, semua ini berlaku hanya seketika sahaja dan tiada industri
mereka yang rugi dan bangkrap kerana dipulai oleh masyarakat Islam. Contoh yang
dapat diperhatikan sekarang ialah rokok dari produk mereka masih diambil oleh
umat Islam, perdagangan, urusan ekonomi dan banyak lagi.
Asas Pengangan Umat Islam
Bagi mengatasi masalah ini, kita semua perlu kembali semula kepada asas
pengangan umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat
segala asas pembentukkan jati diri umat Islam dan juga terdapat asas
pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar
yang jelas merosakkan umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Aku
tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan
sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan
sunnah Rasulullah SAW,". (Riwayat Imam Malik)
Sangat tidak betul bagi mereka yang mengatakan bahawa Al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW itu tidak sesuai lagi diamalkan dan ia sesuai pada zaman
dahulu sahaja. Sesiapa yang berkata dan berniat sedemikian rupa, maka
cepat-cepatlah bertaubat, beristiqfar dan syahadah kembali kerana ia jelas
merosakkan akidah.
Tuntut Ilmu Allah
Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu
sentiasa mempunyai pedoman hidup. Setiap apa yang dilakukan olehnya akan
dinilai dahulu adakah pekerjaan ini baik dan mendatangkan manfaat kepadanya.
Jika baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, ia akan tinggalkannya.
Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan manfaat
kepada seluruh umat manusia dan Islam. Tetaapi bukan inovasi yang direka
olehnya untuk menjahanamkan manusia. Ini semua berlaku apabila ia faham tentang
Islam, jikalau tidak ia akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam
seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak dan sebagainya. Contoh
apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan akademik menjalankan tugas
sebagai pegawai bank. Beliau tidak akan melakukan pecah amanah, kerana
fikirannya akan ingat Allah marah, perbuatan tersebut dosa, haram dan
dimasukkan ke dalam neraka Allah yang sangat pedih azabnya.
Wujudkan Rasa Persaudaraan Sesama Islam
Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan,
bangsan dan warna kulit, selagimana ia berada di bawah akidah yang sama, maka
selagi itulah ia bersaudara dengan kita walaupun berbeza Negara. Firman Allah
yang bermaksud :
"Sesungguhnya
mukmin itu bersaudara" (Al-Hujuraat : 10)
Pernah perlaku pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang cedera di
dalam peperangan, beliau meminta segelas air untuk diminum, setelah dibawakan
air kepadanya untuk diminum, ada seorang sahabat yang cedera juga disebelahnya
meminta air, lalu diberikan air itu kepada sahabatnya untuk diminum lalu
ia berkata awak lebih memerlukan dari
saya. Sahabatnya menerima air darinya untuk diminum, kemudian ada pula
disebelah sahabatnya sahabat yang lain memerlukan air untuk diminum. Sabahatnya
juga melakukan perbuatan yang sama dan diserahkan air tersebut kepada sahabat
yang lain itu. Kemudian sahabat tersebut tidak sempat untuk minum dan meninggal
dunia, lalu air itu dibawa semula kepada sahabat-sahabat tersebut dan mereka
juga telah meninggal dunia tanpa meminum air yang diminta oleh mereka.
Pengajaran dari cerita di atas ini ialah kehebatan sifat bersatu dan
bersaudara yang ditunjukkan oleh sahabat Rasulullah sehingga waktu ajal tiba
juga sanggup mengutamakan orang lain. Dengan sifat ini jugalah terdirinya
Negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Sifat ini jugalah tentera Islam menang
di dalam medan peperangan kerana semua tentera Islam bergandingan tangan,
seorang mara mesti yang lain juga ikut mara tanpa menghiraukan ajal maut dan
bahaya. Sifat ini jugalah musuh Islam tidak berani meyentuh atau membuli
orang-orang Islam. Kalau berlaku penindasan umat Islam, Khalifah mengirimkan satu
grombolan tentera untuk memerangi mereka sehingga ke lubang cacing.
Matikan Sikap Pentingkan Diri Sendiri
Buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan
diri sendiri ini adalah orang yang rugi dan orang yang tidak bertamadun. Orang
sebegini sepatutnya kembali ke zaman batu, duduk di dalam gua-gua bersama keluarganya
sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku di luar sana. Selalunya mereka ini
bila ada kepentingan peribadi barulah mereka bersama dengan orang lain tunjuk
baik dan buat itu dan ini. Tetapi malangnya apa yang mereka buat itu bukan
semuanya kerana Allah malah kerana untuk mengenyangkan perut masing-masing.
Sebab itulah masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu kerana
kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah. Sebenarnya
inilah senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam, mereka yakin
selagimana umat Islam bersikap individual, maka selagi itulah Islam menjadi
lemah. Kuatnya Islam adalah berjamaah kerana bersatu dalam jemaah itulah
senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak mudah untuk ditumpaskan oleh
musuh-musuh Islam.
Perkara ini semua telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat,
setiap apa-apa keputusan Baginda akan bermusyawarah dahulu bersama para
sahabatnya, setiap keputusan yang baik akan digunakan oleh Baginda walaupun
keputusan itu bukan dari dirinya. Keputusan-keputusan yang wujud dalam rapat
tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan pembangunan ummah dan tidak ada
langsung kepentingan peribadi.
Betapa hebatnya sirah-sirah Rasulullah mendidik para sahabatnya dalam
semua bab terutamanya persatuan umat Islam. Ibarat kata cubit paha kanan paha
kiri pun turut terasa, inilah kekuatan sebenarnya umat Islam. Pernah suatu
ketika pemimpin Yahudi berikrar dengan berkata “Selagimana umat Islam tidak
bersatu dibawa satu panji Al-Quran dan Sunnah, maka selagi itulah umat Islam
boleh dibuli dan boleh diperangi dan mereka tidak sesekali akan memenagi
peperangan tersebut”.
Kesimpulannya
Bila ada semua perkara yang saya berikan di atas ini, maka ia tidak akan
berlaku penghinaan terhadap Islam, kerana mereka sedar Islam adalah satu kuasa
yang besar dan ajaib. Apabila umat Islam marah, ia boleh membinasakan semua
musuh-musuh Islam yang terlibat di dalam penghinaan tersebut. Selain dari itu,
semua perkara ini adalah senjata dakwah fardi’ah kita kepada semua orang bukan
Islam, kerana mereka melihat betapa hebatnya perpaduan umat Islam. Malah umat
Islam juga dijadikan contoh umat yang terbaik kerana sukses ke semua bidang
kehidupan yang meliputi aspek dunia dan akhirat. Sangat hebat sebenarnya Islam
ini, ia menjadi tidak hebat apabila kita tidak faham hakikat sebenarnya.


salamun 'alaikum...
ReplyDeleteBi-ismiiLLAHi, Alhamdu-LILLAH!
Hari Nahr (Raya Korban) tahun 2012 jatuh pada hari Jum'at 26 0kt, menandakan Haji Akbar 10 Dhulhijjah 1433H.
Umat Islam takkan hidup melebihi 1500H. Yaumalqiyamat sepatutnya telah berlaku pada 22 Muharram 1431H, tetapi telah ALLAH lanjutkan sehingga 1477H dengan menghentikan As-Sa'ati pada Jam ALLAH di Akhirah...tetapi saat di bumi masih berdetik. Al-Mahdi telah diislahkan dalam satu malam ALLAH pada malam itu juga, 22 Muharram 1431H dan dibai'at oleh Nabi Isa dan Al-Khaidhr pada sebelum subuhnya. Bai'at Suara dari Langit Ke-7 pada 3 Dhulhijjah 1433, maka setiap anak Adam akan mendengar dan memahami "Asmahu si Polan bin si Polan adalah KhalifatuLLAHi Muhammadun 'AbdALLAHu An-Naas Al-ImamMahdi wa Khatamun Rasulin" maka bersujudlah menyebut SubhanALLAH seberapa banyaknya. Tetapi awas! Pada masa sebelum bai'ah dari Langit Ke-7 akan ada bai'ah palsu dari Langit Pertama yang akan dipancarkan oleh Projek Blue Beam...imej wajah Al-Masikh-ud-Dajj'al yang buta Mata Kanannya akan dipancarkan dengan tubuhnya yg amat besar di Langit Pertama dengan kedua belah tangannya berhias gelang besar berkilat menyentuh kita di bumi seraya akan berkata, "Akulah tuhan, maka sembahlah aku!"...lalu sesatlah sesiapa yg menyembahnya. Seterusnya Al-Mahdi akan dibai'ah oleh para Abdaal dan umat Islam pada 10 Dhulhijjah 1433H, antara Rukn dan Maqam 'Ibraahim.
Tolong sebarkan yaa mukminin wa mukminat..wa salam.
salam..betul ke info nie ustaz?
ReplyDeletesenang beginilah perumpamaannya..diri kita sendiri pun kita tak tahu bagaimana, malah apa yang ada dalam kepala n hati kita pun tak tahu, yang penting kita buat apa yang mendatangkan faedah..kalau baik maka baiklah keputusannya..
ReplyDeletejadi jangan dok kira benda2 yang Allah punya..nabi sendiri pun tak tahu bila kiamat..jadi kita jangan pandai lagi pada nabi untuk mengagak dan menentukan tarikh2 nie..cukup jadikan pedoman dengan petanda2 yang Allah beri..tugas kita menjadi hamba yang baik kepada Allah sahaja, soal tu biar Allah yang uruskan, kita tidak ada hak untuk campur...