PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, October 30, 2012

Dah Fikir Panjang Sebelum Hina Hukum Allah


Sejak akhir-akhir ini sering telinga kita didendangkan dengan hudud, ada yang menghina dan ada yang menyokong. Hati saya berbisik dan bertanya “ehs… tak takut ka depa nie dengan Allah, cakap sesuka hati perut depa je. Semua benda nak ikut logik akal tanpa didinding dengan dalil Al-Quran dan hadis. Tak takut ke akidah tu rosak, tak takut ke azab Allah.” Beginilah jadinya apabila hujah tidak disandarkan kepada dalil Al-Quran, hadis dan hujah ulamak. Tiada manusia yang tidak perlukan sandaran atau pedoman kerana ia pasti akan terpesong. Di jalan raya juga ada papan tanda penunjuk arah, di pasaraya atau mana-mana tempat ada penunjuk arah untuk ke tandas, surau, tempat makan atau sebagainya. Logiknya manusia tidak boleh terlepas dari perlembagaan yang digubal oleh Allah iaitu Al-Quran dan hadis. Bila datang daripada Allah, maka pasti kita sebagai hamba wajib menurutinya walaupun perintah tersebut tidak menepati logik akal kita.


Saya kurang risau apabila orang bukan Islam memberikan komen yang negatif tentang hudud, sebab mereka jelas-jelas tidak percaya tentang ketauhidan Allah, tidak yakin dengan Al-Quran dan hadis dan jelas mereka menolak ajaran Islam itu secara mentah-mentah kerana mereka bukan Islam. Apabila di hari perhitungan nanti mereka tetap juga akan dicampakkan ke dalam neraka Allah dulu, kini dan selamanya. Firman Allah yang bermaksud :


Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) Iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di Dalam azab (neraka).” (Al-Maidah : 80)


Janganlah disebabkan mulut yang celupar mengeluarkan komen yang bukan-bukan tentang hukum Allah dapat mengundangkan kemurkaan Allah. Sangat malang bagi mereka yang biadap kepada Allah, kerana hidup mereka tidak akan memperolehi keamanan di dunia dan di akhirat. Kalau pun mereka rasa senang di dunia disebabkan harta yang melimpah ruah serta kekuasaan, maka ingatlah itu adalah balasan Allah untuk mereka yang derhaka agar mereka memperolehi sebanyak mungkin kenikmatan dunia agar mereka lupa akan perintah dan larangan Allah. Makin lama hidup di dunia, semakin banyaklah dosa yang mereka lakukan. Apabila di hari perhitungan nanti, Allah akan siksa mereka dengan siksaan yang pedih dan dahsyat. Ketika itu tiada siapa yang mampu menolong mereka, masa itu juga mereka memekik dan berteriak kesakitan akan azab Allah. Kemudian mereka merayu kepada Allah supaya dikembalikan mereka ke dunia untuk melaksanakan segala suruhan dan perintah Allah, tetapi jawapan Allah disebalik apa yang mereka harapkan.


Jadi jelas, kalau diri itu tidak mempunyai ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam, maka janganlah memberikan komen, kerana komen tersebut boleh mengundang padah. Alangkah cantiknya hal-hal yang berkaitan dengan agama diserahkan kepada orang yang lebih tahu untuk memberikan ulasan dan pandangan. Inilah baru dinamakan disiplin ilmu. Contoh saya berikan di sini kalau kita sakit, mesti kita rujuk kepada doktor, bukan rujuk kepada pomen kereta. Sebab doktor lebih layak untuk memberikan perkhidmatan di atas kesakitan yang kita alamami. Tidak ada alasan lagi bagi semua manusia, permasalahan agama mestilah dirujuk kepada orang yang alim tentang agama. Firman Allah yang bermaksud :


“Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl : 43)


Menjadi masalah apabila orang agama merahsiakan perkara kebenaran, mereka sanggup menjual agama semata-mata kerana duit, harta pangkat dan perut sahaja. Mereka ini dikenali sebagai ulamak suk (jahat). Walaupun jelas perkara tersebut jahat dan bercanggah dengan Islam, mereka boleh memusing hujah-hujah tersebut dengan bersandarkan kepada dalil Al-Quran dan Hadis sehingga menjadikan perkara yang bertentangan dengan Islam itu menjadi betul. Contoh yang dapat kita lihat, ada seorang tokoh agama bergelar Doktor Falsafah dan sekarang bergelar senator mengeluarkan hujah bahawa “hukum hudud tidak lagi relaven pada zaman sekarang, kerana ia sudah kuno.” Banyak lagi hujah cacian dan pandangan yang tidak betul diberikan oleh beliau. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


“Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat.” (Riwayat Abu Daud)


Sedarkah kita, menghina atau mempersendakan hukum Allah boleh menyebabkan iman menjadi rosak, erti kata lain terkeluar dari Islam atau murtad. Segala amalan ibadah kebaikan dan pahala yang dibuat selama hidup di dunia ini dihapuskan oleh Allah dan dikekalkan sahaja perbuatan kejahatan dan dosa yang telah mereka lakukan selama ini.


Kepada sesiapa yang sering berhujah dengan mengatakan begitu dan begini tentang hukum Allah hanya berbekalkan logik akal dan nafsu semata-mata, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, beristiqfar, bersyahadah dan kembali ke pangkal jalan kerana pintu taubat masih terbuka kepada sesiapa yang insaf dan kembali kepangkuan Islam yang sebenar. Bagi mereka yang tidak mahu bertaubat walaupun diberikan nasihat, apabila sampai ke suatu tahap dia boleh ditahan dan boleh dihukum bunuh (rujuk kepada kitab fiqh bab jenayah).


Ada orang kata “kami tidak terlibat dengan mereka yang menghina hukum Allah, tetapi kami hanya menyokong sahaja”. Jawapan daripada saya, sokong diibarat bersubahat dan mereka ini akan menerima saham dari segala kesalahan atau dosa yang dilakukan oleh orang yang menghina hukum Allah. Jadi berhati-hatilah sebelum menyokong mana-mana individu, jangan disebabkan dia, kita yang menyokong dihumban ke dalam neraka Allah.


Jangan dijadikan soal politik itu ke hadapan, jadikan Islam itu dihadapan, kerana politik itu tidak menjamin syurga kepada kita. Boleh dijamin syurga apabila sesuatu politik itu menjadikan Islam sebagai teras atau perlembagaannya. Setiap apa yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis dilaksanakannya tanpa ada apa-apa bantahan. Maka ini barulah dinamakan “dengar dan taat”. Jika kita tidak memihak ke mana-mana badan politik, maka lebih baik kita berdiam dan jangan mengeluarkan apa-apa komen yang berkaitan hukum Allah. Takut nanti komen kita jadi tidak betul, tak pasal-pasal sesat dan menghina hukum Allah. Awas sebelum berkata-kata…


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG