PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, November 26, 2012

Boleh Atau Tidak Doa Bala Kepada Orang Islam




Sebelum komen lebih panjang tentang isu ini, saya tegaskan dahulu, segala hujah dan komen saya tidak memihak kepada mana-mana pihak, ini semua pandangan berdasarkan agama dan hujah ulamak dan tidak kena mengena dengan peribadi atau mana-mana parti politik. Doa datangkan bala atau balasan kepada orang yang melakukan kejahatan kepada orang Islam lain. Sebelum kita mengeluarkan komen atau pandangan, maka terlebih dahulu kita lihat mengapa perwakilan pas meminta supaya didoakan turunnya azab atau musibah kepada pihak parti lawan? Kalau kita lihat sebelah pihak sahaja memang tak patut sebab kesimpulan yang kita buat tidak akan adil dan hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja.



Perkara pertama yang perlu dinilai ialah keadilan media masa, setiap pandangan hanya diambil kepada pihak lawannya sahaja dan orang yang tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan dan individu orang tersebut tidak pernah diinterview. Kalau beginilah caranya kita buat kajian, dah lama kajian kita ditolak sebab dia tidak tepat kerana tidak mendapatkan data kepada responden utama. Di sinilah saya rasa kita kena adil kepada semua pihak yang terlibat untuk membuat kenyataan di media sebagai menjawab segala persoalan yang berlaku. Barulah di sini rakyat dapat memilih mana yang betul dan mana yang salah sebab itu adalah hak rakyat.


Perkara kedua yang perlu kita nilai ialah seperti setiap hujah atau kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab selalunya ada alasan atau pasalnya. Kalau tak manakan pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya. Dari segala pemerhatian yang dibuat oleh saya, pihak Pembangkang atau PAS merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil seperti saluran media yang jelas berat sebelah, kemudian mereka mendakwah sentiasa difitnah oleh pihak lawan, buktinya akhbar dan media utama Negara sentiasa di saman fitnah dan malu. Kemudian tentang royalti yang dituntut oleh Kelantan tiada jawapan dan tidak mendapat keputusan yang adil, banyak lagi perkara yang kurang adil di lakukan oleh pihak UMNO sebagai selaku pemerintah kerajaan pusat. Maka sebab semua inilah yang mendorong mereka menyarankan kepada pihak atasan untuk melakukan doa mendatangkan bala atau musibah kepada musuhnya.


Ketiganya ialah hujah-hujah ulamak yang muktabar dan rujukan di dalam dua sumber utama iaitu Al-Quran dan hadis. Sebenarnya ada banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menjelaskan kebinasaan kepada orang-orang Islam (munafik) yang melakukan maksiat. Contohnya saya berikan di sini :


Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah : 10)


Dalil hadis pula :


“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)


Di sini jelas bahawa Allah sendiri melaknati orang-orang yang munafik atau orang Islam yang tidak mentaati perintah Allah seperti tidak menutup aurat, tidak mahu melaksanakan hukum Allah, menentang usaha-usaha dakwah atau sebagainya. Memang sebelum Allah melaknat orang-orang seperti ini, terlebih dahulu diberikan pelbagai peringatan dan nasihat di dalam Al-Quran. Tetapi apabila mereka berkeras kepala, maka balasan yang paling setimpal kepada mereka ialah neraka dan azab Allah.


Dari apa yang saya tahu, apabila semua sumber telah mereka lalui dan segala usaha lembut yang telah mereka gunakan tiada juga tindakan dan respon yang baik diberikan kepada mereka. Maka jalan terakhir ialah berdoa supaya diberikan pertunjuk sama ada dengan bencana atau kesedaran agar pihak musuh menyedari akan kesilapan yang dilakukan oleh mereka.


Perkara ini juga pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mana ada sahabat yang berpatah balik dan tidak menyertai Peperangan Uhud. Baginda memulau mereka sehingga wajah mereka tidak mahu dilihat oleh Rasulullah. Ini semua berlaku adalah kerana sifat kemunafikkan yang ada di dalam diri sahabat-sahabat tersebut. Akhirnya mereka menyesali akan segala kesalahan yang telah dilakukan dan mereka bertaubat kepada Allah sehingga Baginda kembali mahu bersama dan memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka.


Rumusan dari segala cerita dan hujah di atas, berdoakan mendatangkan bala atau bencana kepada orang Islam yang melakukan kesalahan dan zalim itu tidak bercanggah dengan Islam, kerana secara psikologinya manusia tidak akan sedar selagi ia tidak ditimpa dengan musibah. Contohnya seperti sebuah keluarga yang dirompak oleh beberapa penyamun dengan mengikatkan bapa, ibu dan anaknya, kemudian semua harta dirampas, setelah itu isteri dan anak-anak daranya dirogol secara bergilir. Tidak cukup dengan itu dibunuh pula isteri dan anak-anaknya. Tidak ada daya dan upaya untuk si bapa mencegah kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh penyamun tersebut, ketika itu hanya ada satu senjata yang sering digunakan oleh orang beriman iaitu doa. Beliau pun berdoa “Ya Allah Kau laknatlah penyamun yang mencuri, merogol dan membunuh isteri dan anak-anak ku”. Padahal waktu itu beribu rayuan dan nasihat diberikan kepada penjenayah tersebut agar tidak di apa-apakan isteri dan anak-anaknya.


Tidak ada manusia yang dizalimi seperti contoh di atas mendoakan kebaikan kepada orang yang menzalimi. Cuba kita bayang dan renung, kalau peristiwa ini berlaku kepada kita seperti orang merogol isteri, kakak dan adik kita. Apa yang kita buat, tidak normal la kalau kita doa “Ya Allah kau berilah kesihatan kepada perogol tersebut, kau berilah rezeki kepada dia” mestilah kita doakan supaya diberikan balasan yang setimpal atau petunjuk.


Satu lagi kita kena ingat, orang Islam tidak semestinya mukmin atau beriman. Ramai orang Islam dicampakkan Allah ke dalam nerakanya. Orang seperti ini di dalam Al-Quran dikenali sebagai orang kufur dan munafik. Jadi kita kena faham bahawa banyak ayat yang melaknat orang-orang munafik di dalam Al-Quran dan hadis. Rasulullah sendiri menyimpang kawasan-kawasan yang dilalui oleh orang munafik. Jangan kita hairan dan teruja apabila ada orang mendoakan bala kepada orang Islam yang lain yang didakwa melakukan kejahatan dan kezaliman. Gunakan akal yang dianugerahkan Allah dengan sepenuhnya seperti mengkaji dan menilai hujah-hujah kedua belah pihak, kemudian kita buat kesimpulan yang baik.


Pihak UMNO juga boleh menggunakan tindakan yang sama iaitu mendoakan bala kepada PAS apabila mereka rasa di zalimi dan tidak diadili. Tetapi apa-apa pun gunakanlah 3 asas kaedah dakwah iaitu hikmah, mauizatul hasanah dan mujadalah di dalam masalah ini agar ia lebih cantik dan molek. Kalau tidak boleh barulah digunakan cara yang keras bagi membenteras kezaliman yang berlaku. Semasa pemerintahan Khalifah pertama Abu Bakar As-Sidiq dahulu pernah mengarahkan tenteranya supaya memerangi golongan munafik dan mereka tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memesongkan umat Islam yang lain.


9 comments :

  1. btol ustaz... pndgn yg baik...
    tp bgmana jika masing2 pihak asyik berdoa kehancuran... A doa B.... B doa A.. adkah itu mndtgkan kbaikan @ kmdratan...?
    pd pdgn sy...ia lbh kpd fktr politik semasa... msg2 pihak guna mcm2 strtgi...asal menang pru...
    pokoknya...adakah Islam mkin cmlang?
    - pak tua

    ReplyDelete
  2. Sebab itu kena ada uslub dakwah dalam hal ini, doa pun sebahagian dari cara dakwah..lagi satu kalau letakkan Islam di hadapan, sudah pasti ia tidak akan terpesong...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Ustaz...pas kata umno zalim...tapi setiap pemimpin pas semuanya makan kenyang, harta melimpah ruah.Kereta 2 - 3 bijik. Ada yg beristeri lebih dari satu sebab mampu.dari situ tak nmpk pun kezaliman. Dari segi media, umno tak mengharamkah harakah, suara keadilan, malaysiakini walaupun kdg2 harakah ada jugak memfitnah kerajaan..Itu yg dikatakan zalim?..tentang royalti pula ianya termaktub dengan perjanjian 1975..Tak kan disebabkan royalti pun nak mendoakan kehancuran sesama Islam?..lain la klu dirogol dibunuh sepeti yg Ustaz jelaskan td...cuma sy rasa lebih afdal sekiranya pas mendoakan supaya umno di beri hidayah ataupun perpaduan sesama islam..itu lebih dituntut..kezaliman tu patut kena pd caranya...maaf sekiranya percakapan saya ni salah. Sy jahil ilmu..sy cuma mahukan perpaduan sesama Islam. sekarang ni semuanya lebih tertumpu kepada nafsu politik..andai benar perjuangkan Islam, Islam itu akan menang.Itu janji Allah. Tapi smpai sekarang, tak berjaya..Renung2 kan...Apa yg penting sekarang ni Sy doakan Islam akan terjamin di negara ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dsini bukan tempatnya adalah lebih bermuzakarah tunjukkan apa itu islam @ pengikut islam @ pengamal islam.bukan mcm ni yg lebih menguntung musuh islam.dan pasti akan timbul dahulu sblm kebangkitan islam sebenar.islam pendamai bkn perpecahan.doa juga x terbuka bg musuh bkn nyata.kerana sifat bkn perlakuan

      Delete
    2. Saya rakyat Kelantan yg menyokong pimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan PAS di Kelantan. Rakyat Kelantan melihat, mendengar dan menganalisa drp pelbagai sumber terutamanya media pro-kerajaan kerana ia paling mudah didapati di Malaysia. Kami beri peluang pada pimpinan yg paling utamakan rakyat dan PAS adalah pilihan tepat. Malangnya, kerajaan pusat menekan kerajaan negeri drp pelbagai sudut semata-mata utk mendapat kuasa di Kelantan. Ini bukan fitnah dan buktinya nyata. Saya takkan biarkan parti politik yg banyak menyusahkan pemimpin pilihan kami dan akan terus menentang kezaliman terhadap Kelantan. Bagi balik hak petroleum yg dijumpai di Kelantan. Bagi lah perjanjian apa pon utk justify perbuatan mencuri kamu tapi pencuri tetap pencuri. MB BN mana yg tandatangan perjanjian yg tak memberi keuntungan langsung pada rakyat Kelantan? Laknatlah manusia sebegitu. Sebab tu kami pilih PAS kerana mereka tak macam kerbau cocok hidung mcm MB BN semasa zaman pimpinan BN di Kelantan. Ingat! BN akan hancur disebabkan doa rakyat2 Kelantan yg tiada hijab dgn Allah SWT.

      Delete
  4. Makan kenyang sebab Allah berikan rezeki dan Allah tak zalim kepada hambanya. kena faham maksud zalim, tak solat juga dikatakan zalim, hasad dengki juga zalim, kena buka luas sikit.. Umno tak haramkan harakah sebab dia tak ada kuasa, yang pernah sekat dulu adalah kerajaan yang dipimpin oleh umno..lagipun itu media pas punya memang la dalam tu dia cerita tentang dia..media massa yang tidak memihak mana-mana tak salah cerita semua pihak termasuk umno dan pas..kan cantik adil. biar rakyat yang fikir dan buat kesimpulan mana yang betul dan mana yang salah..kalau tak cerita orang pas punya, tetapi yang jawab umno, memang la semua salah..

    Satu lagi saya nak jelaskan, tiada masalah untuk mendoakan bala untuk orang lain..itu poin dia, jadi janganla dok buat fatwa kata tak boleh..Sebab ini masalah khilaf dan ada pendapat yang kata boleh dan tak boleh..so sepatutnya jangan la dok kempen tak boleh n salah doakan orang bala..

    Kan cantik bagi cadangan dengan mengatakan supaya doa diberikan hidayah..Perpaduan hanya boleh terdiri apabila dua-dua belah pihak menegakkan hukum Islam.. Itu jelas dan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah semasa memulai sahabatnya yang munafik termasuk Abdullah Bin Ubai.

    Ada hadis yang menyatakan perkara yang halal itu jelas dan haram itu jelas, kalau terdapat perkara yang subhat maka kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah..Jadi dalam hal ini boleh terwujud jika keduanya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah..Maksudnya terima hukum Allah.

    ReplyDelete
  5. Assalammu'alaikum wr, wb.

    Bagaimana niat hadas besar, kalau keluar air mani/sperma?

    Terima kasih.
    Wassalammu'alaikum wr, wb.

    ReplyDelete
  6. senang citer..smuanya psl politik ni....hihii
    ade jgk penyokong satu parti buat kejam...tak smpai gtu plk doa...
    time lain kaler bendera...kene doa...
    politik oh pplitik......

    ReplyDelete
  7. "ini semua pandangan berdasarkan agama dan hujah ulamak dan tidak kena mengena dengan peribadi atau mana-mana parti politik."

    Alahai ustaz, mukadimmah dah bagus tapi akhirnya memesong juga. Kita patut doa yg baik sahaja, bukan doa KO, kalau orang kafir tu kita doa biar dia hati terbuka masuk islam, bukan kita doa dia masuk neraka terus.
    kalau orang islam tak sehaluan dengan Pas, tak perlulah doa yang tak baik, sebab tu la sampai ni cina ketawa berdekah2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG