Sebut sahaja tentang kahwin, semua orang suka
dan tidak ada satu pun manusia yang tidak suka tentang kahwin. Ramai orang yang
memulakan perancangan perkahwinan sejak dari bangku sekolah, remaja dan
menjejak kaki ke menara gading. Apabila tamat sahaja pengajian di universiti,
mereka bekerja dan terus mengutuskan rombongan peminangan ke rumah gadis
pilihan hati. Betapa bahagianya saat bergelar tunangan orang dan semasa itu
juga gaya penampilan diubah supaya nampak seperti orang yang telah bersedia
untuk berkahwin. Saat ini juga bakal pengantin lelaki bertungkus lumus membanting
tulang untuk mencari belanja bagi membiayai kos perkahwinan yang akan
dilansungkan nanti.
Masalah yang akan dihadapi bagi mereka yang
bercinta semasa bergelar mahasiswa adalah halangan ibu bapa yang mengharapkan
mereka tamat pengajian dengan cemerlang.
Sekiranya mereka berkahwin semasa belajar pula, mungkin mereka akan menghadapi
masalah kewangan untuk menyara kehidupan berumahtangga. Sebenarnya banyak
perkara yang perlu mereka pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk
berkahwin.
Malahan segelintir daripada mereka sanggup
bergelumang dengan dosa bagi merealisasikan perasaan cinta terhadap pasangan
mereka. Tidak kisah dengan tohmahan masyarakat yang penting bagi mereka ialah
dapat melepaskan perasaan rindu sehingga menyebabkan berlakunya perbuatan
sumbang.
Ada di antara mereka sanggup bernikah dahulu,
demi untuk mengelak berlakunya perbuatan keji di dalam percintaan mereka. Maka timbullah
istilah kahwin gantung. Istilah sebegini sangat popular di kalangan remaja dan
pelajar IPT.
Nikah Gantung
Mengikut kefahaman saya, nikah gantung adalah majlis
pernikahan dibuat dahulu dan majlis perkahwinan dibuat kemudian (tarikh yang
belum tahu). Alasan mereka melakukan nikah gantung ini adalah bertujuan untuk
mengelakkan zina. Selain dari itu, nikah gantung dilakukan kerana takut
pasangan mereka dirampas orang lain.
Sebenarnya dalam Islam tidak ada istilah nikah
gantung. Sesiapa yang mempunyai kemampuan dari segi zahir, batin dan memiliki
hasrat untuk berkahwin, maka kahwinlah dan perbuatan tersebut merupakan sunnah
Rasulullah SAW. Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa
yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (Riwayat Al-Bukhari)
Islam sangat melarang perkahwinan bagi umatnya
yang tidak mempunyai kemampuan. Kerana perkahwinannya nanti pasti akan
mendatangkan masalah yang besar dan ia tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya
sebagai ketua keluarga dengan baik. Hadis Rasulullah SAW :
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja
diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana
dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)
Baca artikel sepenuhnya di dalam Majalah VIC edisi Nikah dan Kawin



