Sebelum komen lebih panjang tentang isu ini, saya tegaskan dahulu,
segala hujah dan komen saya tidak memihak kepada mana-mana pihak, ini semua
pandangan berdasarkan agama dan hujah ulamak dan tidak kena mengena dengan
peribadi atau mana-mana parti politik. Doa datangkan bala atau balasan kepada
orang yang melakukan kejahatan kepada orang Islam lain. Sebelum kita
mengeluarkan komen atau pandangan, maka terlebih dahulu kita lihat mengapa
perwakilan pas meminta supaya didoakan turunnya azab atau musibah kepada pihak
parti lawan? Kalau kita lihat sebelah pihak sahaja memang tak patut sebab
kesimpulan yang kita buat tidak akan adil dan hanya memihak kepada sebelah
pihak sahaja.
Perkara pertama yang perlu dinilai ialah keadilan media masa, setiap
pandangan hanya diambil kepada pihak lawannya sahaja dan orang yang tidak
memihak kepada mana-mana pihak, tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan dan
individu orang tersebut tidak pernah diinterview. Kalau beginilah caranya kita
buat kajian, dah lama kajian kita ditolak sebab dia tidak tepat kerana tidak
mendapatkan data kepada responden utama. Di sinilah saya rasa kita kena adil
kepada semua pihak yang terlibat untuk membuat kenyataan di media sebagai
menjawab segala persoalan yang berlaku. Barulah di sini rakyat dapat memilih
mana yang betul dan mana yang salah sebab itu adalah hak rakyat.
Perkara kedua yang perlu kita nilai ialah seperti setiap hujah atau
kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab selalunya ada alasan
atau pasalnya. Kalau tak manakan pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya. Dari
segala pemerhatian yang dibuat oleh saya, pihak Pembangkang atau PAS merasakan
diri mereka tidak dilayan dengan adil seperti saluran media yang jelas berat
sebelah, kemudian mereka mendakwah sentiasa difitnah oleh pihak lawan, buktinya
akhbar dan media utama Negara sentiasa di saman fitnah dan malu. Kemudian tentang
royalti yang dituntut oleh Kelantan tiada jawapan dan tidak mendapat keputusan
yang adil, banyak lagi perkara yang kurang adil di lakukan oleh pihak UMNO
sebagai selaku pemerintah kerajaan pusat. Maka sebab semua inilah yang
mendorong mereka menyarankan kepada pihak atasan untuk melakukan doa
mendatangkan bala atau musibah kepada musuhnya.
Ketiganya
ialah hujah-hujah ulamak yang muktabar dan rujukan di dalam dua sumber utama
iaitu Al-Quran dan hadis. Sebenarnya ada banyak ayat Al-Quran dan hadis yang
menjelaskan kebinasaan kepada orang-orang Islam (munafik) yang melakukan
maksiat. Contohnya saya berikan di sini :
“Dalam
hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad
dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula
akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka
berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah : 10)
Dalil
hadis pula :
“Ada empat
perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.
Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah
satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu
ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila
berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.
(Menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)
Di sini
jelas bahawa Allah sendiri melaknati orang-orang yang munafik atau orang Islam
yang tidak mentaati perintah Allah seperti tidak menutup aurat, tidak mahu
melaksanakan hukum Allah, menentang usaha-usaha dakwah atau sebagainya. Memang
sebelum Allah melaknat orang-orang seperti ini, terlebih dahulu diberikan
pelbagai peringatan dan nasihat di dalam Al-Quran. Tetapi apabila mereka
berkeras kepala, maka balasan yang paling setimpal kepada mereka ialah neraka
dan azab Allah.
Dari apa
yang saya tahu, apabila semua sumber telah mereka lalui dan segala usaha lembut
yang telah mereka gunakan tiada juga tindakan dan respon yang baik diberikan
kepada mereka. Maka jalan terakhir ialah berdoa supaya diberikan pertunjuk sama
ada dengan bencana atau kesedaran agar pihak musuh menyedari akan kesilapan
yang dilakukan oleh mereka.
Perkara
ini juga pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mana ada sahabat yang
berpatah balik dan tidak menyertai Peperangan Uhud. Baginda memulau mereka
sehingga wajah mereka tidak mahu dilihat oleh Rasulullah. Ini semua berlaku
adalah kerana sifat kemunafikkan yang ada di dalam diri sahabat-sahabat
tersebut. Akhirnya mereka menyesali akan segala kesalahan yang telah dilakukan
dan mereka bertaubat kepada Allah sehingga Baginda kembali mahu bersama dan
memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Rumusan dari
segala cerita dan hujah di atas, berdoakan mendatangkan bala atau bencana
kepada orang Islam yang melakukan kesalahan dan zalim itu tidak bercanggah
dengan Islam, kerana secara psikologinya manusia tidak akan sedar selagi ia
tidak ditimpa dengan musibah. Contohnya seperti sebuah keluarga yang dirompak
oleh beberapa penyamun dengan mengikatkan bapa, ibu dan anaknya, kemudian semua
harta dirampas, setelah itu isteri dan anak-anak daranya dirogol secara
bergilir. Tidak cukup dengan itu dibunuh pula isteri dan anak-anaknya. Tidak ada
daya dan upaya untuk si bapa mencegah kejahatan dan kezaliman yang dilakukan
oleh penyamun tersebut, ketika itu hanya ada satu senjata yang sering digunakan
oleh orang beriman iaitu doa. Beliau pun berdoa “Ya Allah Kau laknatlah
penyamun yang mencuri, merogol dan membunuh isteri dan anak-anak ku”. Padahal
waktu itu beribu rayuan dan nasihat diberikan kepada penjenayah tersebut agar
tidak di apa-apakan isteri dan anak-anaknya.
Tidak ada
manusia yang dizalimi seperti contoh di atas mendoakan kebaikan kepada orang
yang menzalimi. Cuba kita bayang dan renung, kalau peristiwa ini berlaku kepada
kita seperti orang merogol isteri, kakak dan adik kita. Apa yang kita buat,
tidak normal la kalau kita doa “Ya Allah kau berilah kesihatan kepada perogol
tersebut, kau berilah rezeki kepada dia” mestilah kita doakan supaya diberikan
balasan yang setimpal atau petunjuk.
Satu lagi
kita kena ingat, orang Islam tidak semestinya mukmin atau beriman. Ramai orang
Islam dicampakkan Allah ke dalam nerakanya. Orang seperti ini di dalam Al-Quran
dikenali sebagai orang kufur dan munafik. Jadi kita kena faham bahawa banyak
ayat yang melaknat orang-orang munafik di dalam Al-Quran dan hadis. Rasulullah
sendiri menyimpang kawasan-kawasan yang dilalui oleh orang munafik. Jangan kita
hairan dan teruja apabila ada orang mendoakan bala kepada orang Islam yang lain
yang didakwa melakukan kejahatan dan kezaliman. Gunakan akal yang dianugerahkan
Allah dengan sepenuhnya seperti mengkaji dan menilai hujah-hujah kedua belah
pihak, kemudian kita buat kesimpulan yang baik.
Pihak UMNO
juga boleh menggunakan tindakan yang sama iaitu mendoakan bala kepada PAS apabila
mereka rasa di zalimi dan tidak diadili. Tetapi apa-apa pun gunakanlah 3 asas
kaedah dakwah iaitu hikmah, mauizatul hasanah dan mujadalah di dalam masalah
ini agar ia lebih cantik dan molek. Kalau tidak boleh barulah digunakan cara
yang keras bagi membenteras kezaliman yang berlaku. Semasa pemerintahan
Khalifah pertama Abu Bakar As-Sidiq dahulu pernah mengarahkan tenteranya supaya
memerangi golongan munafik dan mereka tidak boleh dibiarkan kerana ia akan
memesongkan umat Islam yang lain.

