PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, January 15, 2013

Analisis Ustaz Tentang Amanat Presiden PAS




Tergerak hati saya untuk mencari apa sebenarnya amanat DS Haji Abdul Hadi yang asli dan tulen, cari dan terus mencari, ada seorang sahabat saya saran “ustaz boleh tengok dalam blog PM Dr Asri Zainal Abidin ada amanat yang asli yang dibuat oleh DS Haji Abdul Hadi pada tahun 1981”. Waktu ini saya pun belum lahir lagi. Lama betul cerita ini baru panas dan hangat dibincangkan dalam media massa sekarang. Ini biasa dan lumrah dan menandakan bahawa pilihanraya umum sudah tidak lama lagi..



Seperti biasa saya menegaskan di sini, sebarang komen dan pandangan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pertubuhan politik dan individu-individu terbabit. Semua huraian tentang amanat ini dibuat berdasarkan sedikit ilmu yang ada di dalam dada saya untuk santapan masyarakat awam yang terkiai-kiai mencari hujah yang sebenar.


Sebelum itu, saya datangkan dahulu amanat asal DS Haji Abdul Hadi yang berbunyi :


Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,


Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.


Analisis dari Amanat DS Haji Abdul Hadi


“Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.”


Sebagaimana kita semua maklum, DS Haji Abdul Hadi menyatakan bahawa pihak PAS menentang UMNO adalah disebabkan mereka mengekalkan perundangan penjajah dan tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai sumber utama dalam perlembagaan Negara. Jadi dimana yang dikatakan oleh media massa dan sebahagian tokoh politik yang mengatakan beliau mengkafirkan orang UMNO. Jelas bahawa tidak ada isu kafir mengkafir di sini.


“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.”


Mari lihat petikan amanat ini pula, bagi saya memang benar apa yang dikatakan oleh DS Haji Abdul Hadi bahawa usaha mereka adalah jihad dan bergantunglah kepada Allah. Perlu kita lihat pada maksud ayat ini yang mengarahkan bahawa perjuangan mereka ini adalah untuk menegakkan Islam untuk semua lapisan masyarakat termasuk juga kepada orang bukan Islam. Keyakinan mereka membawa Islam, maka amat patut mereka bergantung dengan Allah kerana segala ketentuan dan ketetapan itu hanya datang daripada Allah bukan manusia dan fenomena alam. Lagi sekali kita dapat lihat tidak ada hujah yang mengkafirkan UMNO. Jadi datang dari mana dakwaan amanat DS Haji Abdul Hadi mengkafirkan UMNO. Ini persoalan yang belum terjawab…


“Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”


Analisis yang terakhir dapat saya buat di sini ialah “Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku dan agama suku”. Di sini jelas dan telah ditegaskan oleh Islam. Sekiranya seseorang menolak sebahagian hukum atau ajaran Islam secara tidak langsung ia menjadi kufur yang membawa maksud kafir (Terkeluar dari Islam). Buktinya dalam firman Allah :


 “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu, mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.” (An-Nisa : 150-151)


Berdasarkan kepada firman Allah di atas ini sudah ternyata bahawa orang yang menolak keseluruhan atau menerima sebahagian dan menolak sebahagian dianggap sebagai kufur dan diazab oleh Allah di dalam neraka Allah yang amat dahsyat. Bukti ini tidak ada pertikaian lagi kerana ia jelas daripada Allah SWT.


Lagi Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Baqarah : 85)


Ayat di atas ini dijelaskan oleh Ibnu Abbas bahawa barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim dan fasik.


Jadi hujah itu bukan bermaksud mengkafirkan UMNO seperti yang didakwa. Ia hanya teks dan ucapan yang umum dan semua orang maklum dengan maksudnya. Saranan daripada saya, berhentikanlah mainan politik yang kotor dan tidak berpaksikan kepada Islam, kerana ia amat merugikan kita semua. Kesian kepada orang awam yang tidak tahu apa-apa, takut-takut ia boleh menyesatkan akidah mereka. Ingat soal akidah bukan perkara yang boleh dipermainkan.


Mungkin hujah-hujah mengkafirkan orang datang daripada segelintir ahli-ahli atau ustaz-ustaz PAS, ada juga ahli UMNO mengkafirkan PAS dan menganggap PAS menjual agama disebabkan bekerjasama dengan DAP atau dikenali sebagai Tahalluf As-Siasiah. Sebagai tindakan yang baik dan digalakkan oleh Islam jangan cepat menuding jari dan sering-seringlah memberikan peringatan atau dakwah demi memberikan kefahaman Islam kepada orang yang dianggap bersalah dan melanggar syariat Islam. InsyaAllah mungkin suatu hari nanti diberikan hidayah daripada Allah untuk mereka menerima Islam yang syumul.


Lagipun kesalahan ahli sebegini sering berlaku dalam mana-mana pertubuhan atau jemaah, amat tidak elok kalau kita menuding jari dan menuduh itu datang dari pertubuhan tersebut. Bersikap terbuka dan jaga mulut kita, jangan disebabkan mulut berlaku fitnah kepada sesebuah jemaah. Fitnah yang berlaku lebih dahsyat dari dosa seorang anak berzina dengan ibu kandungnya sendiri.




4 comments :

  1. ustaz..
    analisis ini betul shga ke nokhtah terakhir posting ustaz...

    namun ustaz jg harus buat analisis ucapan TGHH slps jd MB TRG sedikit waktu dlu...
    polisi TGHH thadap perlembagaan berubah sebaik shj mndpt mandat rakyat pd waktu itu..
    soalnnya..adakah perlembagaan telah berubah..??
    isu disini ialah..polisi dan nilai mana yg digunapakai oleh TGHH? Mgkin perlu kajian dan analisis dr ustaz jg...agar menepati makna analisis..
    sekian...mohon maaf jk ada silap dan salah...

    ReplyDelete
  2. ustaz boleh search AMANAT HAJI HADI 2003... ini mgkin org tak boleh pggl amanat sbb tiada penyokong PAS yg tampal kat dinding rumah..tp ini jelas UCAPAN dr mulut TGHH...
    Mohon ustaz buat analisis....

    ReplyDelete
  3. Tghh hnya manusia biasa..yg dikurnikan sdkit kelebihan..
    tak mengapa..kdg2 dia pn tsilap..
    yg tbaru isu kalimah ALLAH..
    dia mendahului Majlis Syura..

    dlm FAM dh kene pecat tu...hehe..

    skrg..isu tggl isu... Tghh tak betulkan statement die bsama anwar.. so..ape pendirian die?

    itu isu baru..isu lama...lglaaa..die takkan btolkan if die silap.. bdasarkan kajian kes isu kalimah ALLAH..

    Ape yg majlis syura putuskan betul...tp tghh masih diam..
    tgna dh buat statement..tghh bile lg???

    ReplyDelete
  4. Peperangan Jamal antara Saidatina Aisyah dan Khalifah Ali pun sudah tercatat dalam Loh Mahfuz.
    Haji Hadi (PAS) sanggup bersekutu dengan PKR dan DAP serta UMNO Barisan Nasional dipihak yang satu lagi pun sudah termaktub dalam Loh Mahfuz.

    Jika kita rasa diri kita yang paling mulia serta alim dan menganggap manusia lain selayaknya ahli neraka. Maka orang yang ego dan takabur tersebut yang sebenarnya ahli neraka.

    Kita umat manusia serta semua makhluk ciptaan Allah diciptakan dari Dzat yang sebesar bulan purnama di malam hari yang terbentang luas diangkasa raya. Kenapa kita sanggup sangka buruk sedangkan kita mengakui bahawasanya kita wajib beriman dengan Qada dan Qadar.

    Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Allah Maha Bijaksana.

    Sesungguhnya umat Islam wajib bersaudara manakala Iblis, syaitan dan Kafir harbi yang selayaknya menjadi musuh bagi umat Islam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG