Friday, January 11, 2013

Kalimah Allah Pun Modal Politik




Asalamualaikum ustaz, disini saya ada pertanyaan tanpa bersifat politik dan komen dari ustaz tidak akan saya terbitkan ke mana mana penerbitan. Apakah hukumnya orang kafir menggunakan kalimah Allah? Saya harap ustaz dapat membantu saya disebabkan saya berasa keliru

Jawapan

Sebenarnya Allah itu untuk semua, pada asasnya ia tidak menjadi masalah penggunaan nama Allah itu, hal ini juga dibuktikan di dalam firman Allah "Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam". Maksudnya Allah itu bukan dihadkan kepada umat Islam sahaja tetapi untuk semua makhluk yang dijadikan olehnya.

Cuma di sini kita tengok kepada keadaan semasa, kebanyakkan umat Islam sekarang tidak benar-benar mendalami ilmu Islam itu sendiri, malah dalam hal-hal yang remeh juga gagal difahami oleh umat Islam dengan baik. Sebab itulah berlaku pergaduhan dan pertikaian dalam masalah-masalah yang remeh seperti membid'ahkan dan mengkafirkan orang lain.

Untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dan salah faham, maka ada sebahagian ulamak mengeluarkan pendapat penggunaan kalimah Allah kurang tepat digunakan oleh orang bukan Islam, kerana ia boleh mengundang salah faham di kalangan umat Islam seperti yang ada sekarang.

Perkara ini menjadi besar dan malang lagi apabila pandangan dan hujah itu dikeluarkan atas dasar politik dan kepentingan masing-masing. Sepatutnya kita kena biarkan ulamak yang berfatwa dan menangani masalah ini. Jangan mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan pihak yang bertanggungjawab seperti majlis fatwa atau orang yang pakar dalam bidang agama.


Boleh kita berhujah dengan syarat positifkan keadaan dan elakkan dari menyalahkan orang lain, kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada kita dan ia lebih memeningkan kepala masyarakat yang mencari jawapan-jawapan yang tepat mengikut lunas-lunas agama. 

Lagipun kita kena ingat sekarang ni musim politik, jadi mereka tak hairan lagi sama ada soal agama ataupun tidak. paling penting adalah modal untuk menghentam antara satu sama lain.

Kesimpulannya..Pada asas tidak menjadi masalah kerana Allah itu untuk semua. cuma dari keadaan masyarakat dan masa tidak mengizinkan kerana ia boleh mengundang kekeliruan dikalangan masyarakat. takut-takut murtad berleluasa dan makin menjadi-jadi.



9 comments:

  1. ustaz..
    majlis syura dh buat keputusan...
    siapa yg berpolitik ni ustaz??
    ustaz nak ikut TGhh atau majlis syura???
    kepimpinan ulama harus ikut majlis syura...
    bukan TGHH (baca DSAI)

    ReplyDelete
  2. Saya tak mau ikut sapa-sapa saya hanya iku Islam sahaja...hehehehe kalau begitu Islam begitulah saya..guna akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir secara yang benar dan berlandaskan konsep Islam..undang2 kita Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas..

    ReplyDelete
  3. Ustad ckp saje sedap..ustad lebih terror lar lg dari Ahli2 majlis syura kalo bagitu..

    ReplyDelete
  4. Ahli Syura sebahagian juga dari Islam..betul la saya cakap ikut Islam..bukan saya kata saya terror dari orang yang lebih alim..cuma cakap berpandukan apa yang ada dalam Al-Quran dan alim ulamak..cuba faham betul2 jangan suka menyalahkan apasalahnya kalau bersangka baik..itu lebih baik..

    ReplyDelete
  5. Kesian...komen saya tak appear. org bertanya terang2 sebut takde kene mengene dgn politik tp ustaz buat tajuk "kalimah Allah pun modal politik". saya berdoa Allah memberi hidayah pada semua.
    fadzlyazad@yahoo.com.

    ReplyDelete
  6. masalah komen awak itu saya tak tahulah, Yalah sebab sekarang ni modal politik adalah kalimah Allah, cuba tengok dalam TV n surat khabar, orang itu menyalahkan yang ini, orang ini menyalahkan yang itu...

    Apa-apapun semoga semua orang mendapat hidayah...artikel saya hanya untuk menerangkan..cuba baca tak ada saya masukkan atau menyalahkan mana-ama parti politik, tajuk itu biasa sebab nak menarik orang baca agar faham akan keadaan yang sebenar...

    ReplyDelete
  7. Dalam kitab bible, ade menyebut pasal trinity, kebanyakkn penganut kristian percaya dgn ideologi trinity ni. Apa tu trinity, percayai bahawa 3 tuhan dalm satu iaitu Father(1), holy ghost(2), the son(3)(Hastrat Isa a.s/Jesus). Jadi isu yang berlaku di Malaysia sekarang pengunaan kalimah Allah dalam kitab bible. Sekiranya, kalimah ALLAH ini diluluskn dalam kitab BIBLE dlm versi BAHASA MELAYU, secara logik nya apa yg akan berlaku? Any verse dalam kitab bible salah satu contoh nya berkenaan JESUS? Setiap verse yg menerangkan JESUS(Hasrat Isa A.S) diganti dengan kalimah ALLAH.. Kalau verse tu mnerangkn Jesus petik buah dari pokok, maksd nya ALLAH(ganti dalam versi bahasa) petik buah dari pokok? Look, ini salah satu strategi dakyah Kristian untuk menyesatkn anak muda melayu kita yang tambah lagi Cetek ilmu agama. Pada pengalaman saya sendiri especially kwn2 di Universiti, mcm2 jenis orang sya jumpa terutamanya anak mlayu yg beragama Islam, Ada di antara mereka pengtahuan agama yg sgt2 cetek, zero, tambah lagi dri keluarga yang tiada pendedahan agama langsung. Bagi diorang ne ALLAH tu tuhan, semua sama.


    Kesan pada golongan anak muda ne bila berlaku CONFUSION dalm kalimah ALLAH dgn tuhan/jesus dalam kitab bible.. apa yang akan berlaku? Isu macam ni sangat berat sbenarnya, kamu tak perlu jadi ustaz, ulama' ataupun prof dlm bidang agama nak fikir masalah yg tak rumit spt ni.. Kalimah dipolitikan? Mmg kalimah Allah dipolitikan(pengunaan kalimah ALLAH dalam bible), pada mula isu ni dikeluarkan stengah pihak berdiam diri and certain dari golongan 'ulama'' mengeluarkan statemnt tak salah pengunaan kalimah ALLAH. Sedih sebab kepentingan politik jati diri kita yg berstatuskan 'islam' diperkotak katikn. Saya tak menyeblah mana2 pihak baik kaler biru atau hijau.. tapi penaykit berpolitik kita lupa asas sebenar Islam.. itu yang berlaku di negara kita.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas pandangan yang diberi, memang betul apa yang anda katakan.. cuma dalam hal ini jangan salahkan sesiapa, yang patut salahkan diri sendiri kenapa kita tidak berusaha menjadikan keluarga dan masyarakat kita sebagai orang yang celek ilmu agama agar ia faham dan tahu menanggapi setiap isu yang timbul. Sebab itulah kita perlu mewujudkan jenerasi khairul ummah agar ia menjadi kuat dan contoh kepada umat yang lain, tidak mudah dipesongkan dan disesatkan..

    Kunci utama menjadi khairul ummah ialah belajar ilmu agama, kerana dengan ilmu kita akan faham asas yang sebenar..

    ReplyDelete
  9. Saya tidak menyokong dengan kesimpunan ini. "Kesimpulannya..Pada asas tidak menjadi masalah kerana Allah itu untuk semua. cuma dari keadaan masyarakat dan masa tidak mengizinkan kerana ia boleh mengundang kekeliruan dikalangan masyarakat. takut-takut murtad berleluasa dan makin menjadi-jadi. "

    Sebagai Umat ISLAM, Saya masih pertahankan penggunaan nama Allah hanya untuk Agama Islam sahaja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Comment

Followers