PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Wednesday, January 16, 2013

Lagi Analisis Amanat Presiden PAS Tahun 2003


Assalamualaikum…

Atas dasar permintaan daripada pembaca blog saya, saya berbesar hati untuk menganalisis dan membuat sedikit komen atau pandangan tentang amanat atau ucapan DS Haji Abdul Hadi tahun 2003. Antara ucapannya yang berbunyi :


“Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!

Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.

Sebelum saya memberikan pendangan tentang ucapan ini, saya telah membuat pemantauan beberapa buah blog. Kalau yang pihak lawan PAS punya segala komen berbentuk hujah politik dan memburukkan, seolahnya seperti kata pepatah “tembak betul-betul dahi”. Malangnya di sini mereka tidak lihat dari sudut dakwah, keadaan semasa dan Islam.

Contoh yang dapat diberikan di sini ialah kejayaan Ikhwan Muslimin memerintah Mesir dengan terlantiknya DR. Mursi sebagai Presiden Mesir. Ikhwan tidak meletakkan melaksanakan hukum jenayat Islam dan Negara Islam itu sebagai poin yang pertama dalam pentadbiran mereka, kerana mereka beranggapan bahawa masyarakat yang faham benar-benar Islam sekitar 30% sahaja. Buat masa ini mereka perlu mempergiatkan usaha-usaha tarbiah agar lebih ramai rakyat Mesir lebih memahami.

Apabila telah faham, maka mudah untuk melaksanakan hukum dan perundangan Islam tanpa ada ganguan dan salah faham. Walaupun begitu, masih ada juga masyarakat Mesir yang berfahaman Sekular membuat bantahan dan melebelkan bahawa ada unsur-unsur Islamisasi dalam pemerintahan Mesir. Hujah yang saya hendak sampaikan di sini ialah hendak buat kerja-kerja dakwah itu bukan perkara yang mudah, ia memerlukan kebijaksanaan yang tinggi dan memerlukan masa yang cukup panjang. Hal ini semua telah terbukti dalam sirah Rasulullah SAW semasa menyebarkan dakwah. 

Mungkin juga sebelum PAS membuat perubahan dalam dasarnya, mereka menggunakan konsep kekerasan dan tidak berkompromi dengan mana-mana melainkan untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Berdasarkan rekod yang lepas dan pertubuhan-pertubuhan Islam luar negara. Maka mereka mengambil sikap berlembut atau hikmah dalam merialisasikan penubuhan sebuah negara yang berlandaskan hukum syariat. Ini tidak boleh dijadikan hujah mengatakan bahawa PAS mengadaikan prinsipnya untuk menegakkan negara Islam.

Tetapi setelah kita menilai Negara demokratik yang berpaksikan kepada punggutan suara rakyat dan kebebasan untuk rakyat. Memang ada persamaan dengan ciri-ciri Negara Islam, kerana Islam bukan konsep kuku besi tetapi ia berkongsepkan Negara yang bebas untuk rakyat dan Negara yang memberikan hidayah untuk rakyat berlandaskan syiar Islam.

Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!”


Apa maksudnya perlembagaan Negara yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan? Secara logiknya Islam itu merujuk kepada semua yang diturunkan oleh Allah melalui Al-Quran dan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW melalui Hadisnya. Kita tidak perlu lihat yang besar-besar lagi, mari kita lihat syariat yang kecil-kecil ini dahulu seperti solat lima waktu, menutup aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan itupun belum beres. Jadi bagaimana mungkin kita hendak buat yang besar-besar. Maka sebab itulah perlukan proses tarbiah untuk memberikan kefahaman kepada seluruh masyarakat termasuk juga masyarakat bukan Islam. Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Hassan Al-Banna dan ia adalah salah satu usul 20 yang digariskan oleh beliau. 

Hujah saya ini bukan bermaksud saya menyokong DS Haji Abdul Hadi, tetapi bila dinilai apa yang salah. Perkara ini boleh kita faham dengan cara apabila kita faham akan konsep yang terdapat di dalam Islam. Timbul masalah apabila kita tidak faham agama, kalau begini lebih baik berdiam diri. Kerana berdiam diri itu lebih baik.

Apa bezanya dengan ucapannya pada tahun 1981 dengan ucapannya tahun 2003. Nak kata tidak menggadaikan Islam, tidak juga, Cuma ia gantikan Negara Islam itu dengan Negara Demokrasi yang jelas perinsip dan ciri-cirinya mempunyai persamaan dengan Negara Islam. Boleh kata perkataan berbeza tetap prinsip tetap sama dan tidak ada satupun gugur.

Nasihat saya jangan baca pandangan saya sahaja, anda semua boleh juga lihat hujah-hujah yang diberikan oleh tokoh-tokoh agama yang lain seperti PM Dr. Asri Zainal Abidin dan banyak lagi. Saya juga akui bahawa setiap manusia tidak sepi dari melakukan kesalahan kerana kita ini manusia biasa dan bukan maksum seperti para nabi dan rasul. Jadi kalau anda dapati hujah saya ini salah dan ada hujah yang lebih relevan dan lebih positif, maka ambillah hujah mereka dan tinggalkan hujah saya ini. 



16 comments :

  1. ustaz..
    kat sini kite blh buat pelbagai analisis..dan menggunakan pelbagai hujah agar menepati analisis kita..

    akal yg waras pasti memahami amanat tghh tak kira samaada amanat lama atau baru. itu menggambarkan pendirian tghh...

    ketila jd pembangkang secara total...pasti lain hujah dan dalil yg digunakan...dan jelas ketika menjadi kerajaan lain intonasinya....sdkit kendur malah 360..

    persoalannya...adakah tghh menjadi dominan jika ditakdirkan pr mengusai putrajaya.. trend semasa tidak menggambarkan tghh (baca pas) mnjadi tonggak pr..
    jika tdk dominan..apa lg yg blh diharapkan?

    isu salon di kb (sgt bagus jk dpt dilaksanakan) mggambarkan suasana yg bakal berlaku dlm kerajaan pr.. (jelas ia kuasa kerajaan negari..blh baca akta kerajaan tempatan di kb)
    terbaru isu etika pakaian di kedah... karpal SOUND lg.....isunya..WHO IS KARPAL??
    usah kita bercakap soal polisi dan dasar jika pelaksanaan perkara kecil (baca cegah maksiat) hnya di JELING mata shj..kerajaan negeri berkenaan tangguh (baca tarik) pelaksanaannya..

    jelas..kerajaan di kb yg LANGSUNG tiada wakil DAP mudah sahaja DI USIK....inikan pula nanti kerajaan persekutuan yg pasti ramai wakil mereka...
    soalnya...masih boleh lgkah kita berharap???

    isu kalimah ALLAH...pelik bin ajaib masih ada mggunakan dalil2 menyokong permintaan khalifah LGE...termasuklah TGHH....
    tp tidak bagi majlis syura pas sndiri...dan kerajaan skrg jg menolak sekerasnya..wlau ia pasti menjejaskan undi mreka..(soalnya...siapa yg guna agama utk undi duniawi?
    azmin blh plk tempelak majlis syura pas... WHO IS AZMIN ALI???

    ya...pasti org berkata...yg ada skrg tidak amalkan ajaran Islam sepenuhnya... saya yg hina ini tidak mahu ulas isu ini.. mgkin tuan ada sandaran dan cth negara TERBAIK yg blh mnjadi inspirasi... sy hnya mahu yg terbaik utk anak cucu kita...

    siapa shj psti mahu yg terbaik...walau yg tbaik itu mgkin pahit...

    sekian..smga kita beroleh kebaika bersama..

    ya..kita boleh berkata...ia utk kebaikan bersama... soalnya...bersama siapa?? PR??
    Wassalam...
    -pak tua-

    ReplyDelete
  2. tuan..
    jika diteliti analisis tuan...seolah ia merujuk apa yg telah kerajaan skrg laksanakan..

    betulke? tidak mgunakan istilah Islam..namun bpksi demokrasi bplimen...

    smga dpt pncerahan.

    ReplyDelete
  3. betul...

    Cuma dalam hal ini kita kena tengok yang mana terbaik dari semua yang ada..tak nafikan setiap orang ada kesalahannya..tetapi kita ambik yang kurang kesalahan..

    Betul semua terlaksana dalam pemerintah yang ada, tetapi kita kena tengok golongan yang faham dan tahu tentang agama..yang terbaik adalah ulamak bukan umarak..

    Payah kalau nak berbicara dalam hal ini, ia kena rujuk banyak benda..lagi satu jangan campurkan sentimen politik sebab ia payah dan sulit untuk diperjelaskan..

    ReplyDelete
  4. politik suku...agama suku? ni kalau TGNA dpt tau sure dia naik angin...

    sbnrnya memang btol...smtimes kite kena asingkan sentimen tu...tapi time tu jg org duk kata tak boleh asing2 politik dgn agama..
    tp bila kena ataih dahi..mula nak pusing... tak boleh campor..
    saya setuju sgt..

    bab umara ulama...pjg jenuh nak cerita ni..len kali noo...

    tapi tu laaa...apabila sentimen dah mengatasi akal...
    buat saya makin paham...APA ITU POLITIK....
    Belaja la tinggi mana pun...ilmu dah duk tanam dalam2...
    takda pula orang nak pi kalut hamun KARPAL tu... mmg salute. SBB JGN CAMPURKAN SENTIMEN POLITK SEBAB IA PAYAH DAN SULIT UNTUK DIERJELASKAN (mohon copy yaa)

    dlm bab ni..
    jelas..KARPAL HANYA BUAT KESALAHAN LEBIH KECIL BERBANDING YG LAIN..

    -budak sekolah tak tinggi-

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya awak salah, Islam adalah agama yang memenuhi semua hal kehidupan manusia..waktu Rasulullah sebarkan islam pun banyak tentangan dari orang kafir qurish..

    Sebenarnya yang lebih pening bila orang tolak Islam..orang kafir memang jelas tolak Islam, memang tempat dia di neraka..masalah orang Islam yang yakin Allah nie tak nak Islam..

    Politik tak boleh pisah dengan Islam sebab dia pasti akan sesat seperti yang dok ada sekarang, orang anggap baik tapi pada hakikat tak tutup aurat, jadikan isu-isu agama sebagai mainan politik dan sebagainya..Jangan jadi sikular ambik separuh-separuh..

    Awak tau mana TGNA akan naik angin..jadi jangan menyangka buruk..selidik dahulu pada orang yang berilmu..jangan ikut akal tanpa bekal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas ulamak..cuma kena ingat ulamak pula ada 2 iaitu ulamak jahat dan ulamak pewaris nabi..jangan tersalah pilih..

    Satu lagi masa terluang dan masa yang ada, elok2lah pi mengaji menadah kitab kat mana-mana kuliah agar kita lebih faham apa itu Islam..kerana hati ini boleh diterangi dengan hadir pada mana-mana taman-taman syurga seperti ceramah dan kuliah agama..

    ReplyDelete
  6. ustaz menilai saya dr sindirin sinis. ..sabar ustaz.... saya mmg mengaji tak tinggi mana pun..tp saya masih waras...

    Tgna pun sy sinis saja.umpan saya mcm nk kena.. tak boleh sentuh ni...

    mmg benar ada jenis2 ulama yang ustaz kata tu..
    masalhnya khalifah LGE jgk yg disanjung...
    dan mmg parti2 politik mainkn isu agama utk laba masing2..

    ustaz belaja mana? tak kisahla tang mana pun..yg pasti adala dimana2...
    kalau kat mesir memang ada jemaah student tajaan tak rasmi oleh parti bulan...walhal penaja rasmi jpa etc...
    dari awal smpai bumi mesir...diasuh ditanam dlm kepala utk sanjung parti itu... ya mmg tak salah...tp apa makna ni?

    pembentukan pendakwah sebenar dimana? smuanya demi kepentingan duniawi... saya kata dunia sbb parti tu takdak kat negara lain..takdak...tp iti yg kene sanjung...
    tak semua begitu..
    adik saya salah sorang yg menolak pembentukan pendakwah berasaskan doktrin ini... Islam paling atas!! bukan puak2 lain... betul ttp betul... salah ttp salah... tak kira dia tok guru mana pun...sbb dia tak maksum..jelas....begitu jg pemimpin..

    tp kalau pendakwah telah didoktrin kan..mmg jelas sangat haluan mereka.. tuan pun boleh kenal... sbb tu saya kata umpan mcm nak kena (baca dah kena) ..mulut boleh kata tak herot parti mana2... tp ia sbnrnya jelas... mengaku kat hati pun ok..

    ini yg paling risau bila ahli agama lebih condong pd parti berbanding Islam itu sendiri.. smua dalil mmg blh sgt manipulasi demi keadaan dan kpntgan..ni yg plg byk berlaku.

    kpd siapa lg umat Islam nak mengharap bila smua ahli agama ada kepentingan? usah kata la boleh ketepikan kpntgan diri.. manusia ttp manusia...hamba yg lemah..

    group YB hijau dr kelantan pun pgi main golf di bandung... toksah kata puak biru...tu mmg lg laa...dunia... ustaz tau ka main golf kt bandung tu camna? malas nak citar.. yg jelas..ia bkn tmpt sesuai...ustaz blh kaji knpa tak sesuai main golf di bandung..ni kisah dr mulut pak supir saya... ni selingan aja..

    maksud sy disini.. jdla pendakwah yg betul2 bebas.. demi Agama Islam yg suci...bkn kerana puak2 tertentu atau sbb mkn gaji..elaun...yg itu akan dtg sndiri..

    saya mohon maaf jk ada trsalah kata.. sy rs ni last posting sy.. sbb dh nk outstation ke bandung n jakrta..(bkn main golf)... negara yg plural agamanya... sedih.. dh cmpor aduk mcm rojak..

    minta diri dlu...

    -budak sekolah tak tinggi- (pondok buruk ja)

    ReplyDelete
  7. soal parti politik saya tak nak campur..so kalau nak hujah soal parti boleh ke mana-mana blog yang saji berita tentang parti..

    Saya rasa awak silap, awak hanya syok sendiri..gunakan otak yang ada dan pandukan kepada 4 prinsip perundangan Islam yang ada..

    Saya pun tak nak melayan panjang, bukan tunduk kepada hujah awak, tetapi mengelak dari orang leber saya sebagai memihak mana-mana politik..

    Pasai TGNA, awak memang silap, sebenarnya awak yang dah tunjuk diri awak bagaimana? so saya tahu awak bagaimana? jadi saya tak nak berhujah panjang sebab Allah sendiri pernah tegur nabi berdakwah kepada pembesar2 Quraish yang belum pasti nak Islam..sedangkan orang buta yang serah diri nak kepada Islam, dibiarkan nabi..

    So saya tak nak panjang cerita, kalau awak rasa yang tak betul dan tak sesuai, tinggalkan sahaja dan cari ulamak yang paling sesuai ikut acuan awak..

    Kebanyakkan kalam awak ini menyentuh orang2 politik yang awak sendiri sedar..kalau nak fakta tentang ini boleh kunjungi mereka atau bertanya terus dengan mereka boleh melalui FB atau mana2..

    Semua apa yang saya kata cuba nilai dari sudut agama, pasti timbul perkara yang benar..tapi itu kalau nilai dengan hati yang jujur..kalau tak mesti negatif dan menuduh saya memihak ke satu parti...mana yang baik, kita terima dan mana yang salah kita tolak....

    ReplyDelete
  8. maaf ustaz.. saya tak berniat nk ajak ustaz berpolitik kepartian..
    tapi ini perkara asas dlm perlembagaan msia..(tanya tghh pun dia setuju)
    siapa nak nafi?

    tu la.. nmpknya kita tpksa la pisahkan parti politik (sptmana statement pertama ustaz) :)

    yg saya sedih bila ahli agama yg tak pernah mengaku SENGET ke sesetgh puak..(mgkin ustaz2 lain) dan guna platform ini utk kpentingan puak mereka;bkn utk ISLAM... jgn pernah samakan ISLAM dgn puak2 ini..

    tuan blh bgtau anak murid ustaz, sy tak berparti.. nnti pengetua dgr pn dia senyum sinis..dia dh lama duk ikut blog..waima fb ustaz..kalau ada la..
    mana tau kot dia jenis takdak kerja..
    apapun..nnti kita smbg via fb pula..

    ok..yg pntgnya ustaz berdakwahlah demi agama ISLAM yg suci ini..bkn kerana parti atau kumpulan..
    mgkin saya tak hebat sbb skolah tak tinggi, tp ustaz ambillah walau sekelumit nasihat saya ini (jika ia menepati syariat) demi agama kita..
    ustaz listen 10x yaa.. ;)

    salam muhibah..
    budak baru balajar...

    ReplyDelete
  9. Nasihat anda saya terima, tapi malangnya awak tak faham apa maksud saya..tak apa kita husnu zon..itulah kelemahan orang sekarang, dengar orang cakap begini, dia kata kita mirip dengan parti politik, padahal kalau nilai dari segi agama memang betul..

    Sangkaan memang boleh buat, itu biasa, kalau tak betul ia boleh jadi fitnah..lagipun kalau bawa pi mahkamah atau buat kes, payah nak menang sebab tak ada bukti yang kukuh..kalau nilai apa yang saya buat itu tak ada pulak saya kempen politik..sepatutnya terima kenyataan bahawa itu memang benar dan tiada masalah dari segi agama..

    Masalah Karpal Singh pula, tidak patut kita hentam dia sahaja sepatutnya kita hentam sekali Soi Lek sebab diapun banyak tentang dan hina Islam, buktinya banyak..Kalau betul kita pejuang kebenaran keduanya kita kena tentang dan marah. apa bezanya DAP dengan MCA keduanya tetap kafir..

    Saya harap awak buanglah sangkaan yang tidak tepat tu..sebab menyusahkan awak je taip panjang2. InsyaAllah nasihat yang baik dan tepat saya terima, tapi kalau tak tepat harap awak muhasabah balik..

    Soal elakkan politik jauh2 tu bermaksud kalau berhujah politik berdasarkan siasah syariah yang terdapat dalam bab Fiqh, itu tidak akan menyesatkan malah ia berteraskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas..yang saya maksudkan pada ayat "JGN CAMPURKAN SENTIMEN POLITK SEBAB IA PAYAH DAN SULIT UNTUK DIPERJELASKAN" ialah kalau gaya politik yang tidak betul dan hanya mencari orang itu arah mana, memang akan jadi begini..Tapi kalau nilai dari segi agama, pasti kita akan dapat nurnya.

    Sudahlah. kalau betul budak baru belajar, bergayalah seperti budak baru belajar, dengar dan dobet apa yang guru katakan..kalau tak faham boleh bertanya untuk mencari kebenaran..tetapi silap apabila mencari kesalahan guru.

    Saya kesian sungguh dengan awak nie..kalau benar berani untuk menyatakan benar..alangkah mulianya menggunakan ID yang benar dan boleh diakses oleh saya..sekurangnya saya tahu siapa awak..

    Tidak menjadi muhibah apabila tidak ada taaruf, dengan taaruf datangnya persaudaraan sesama Islam..

    Sepertimana yang saya katakan, kalau awak tak sanggup untuk menerima apa yang saya kata..lebih baik tinggalkan dan cari guru dan ustaz yang sesuai dengan awak..

    ReplyDelete
  10. semuga diskusi ini membawa berkat.

    pelawat blog.

    ReplyDelete
  11. Cara jwpn2 tuan ustaz x kena..x adil & berat sebelah...sat2 kata xble cmpoq aduk politik n islam..pastu bole pulak...hmmm..bertaubat lah semua...ke politik juga perbincangan ini..semoga kita mndpt rahmat dri Allah SWT..

    ReplyDelete
  12. Itulah nilaian orang yang tidak ada ilmu agama dan tidak mahu belajar. harap awak juga bertaubat..Sungguh malang kerana tertipu dengan keadaan.

    Saya nak tanya balik, tak kena dan tak adil kot mana? takkan bab siasah syariah lengkap dengan sandaran dalil yang terdapat dalam kitab2 feqah nak kena rombak balik..

    kalau sanggup boleh berjumpa dan saya bawa kitab2 tersebut untuk awak rujuk..Kalau begitu imam syafie dan imam lain serta ulamak muktabar lain2 pun awak tolak..habis awak nak rujuk mana pulak?

    Satu lagi bukan ke politik tetapi ke Islam, sebab politik berteraskan Islam.. Jangan salah faham, bahasa melayu saya masih ok dan ramai yang memahami maksud saya..saya memuji awak kerana bertanya dan berdiskusi atas benda yang tidak faham..Itu amalan mulia, malah disarankan oleh Rasulullah..Tetapi tidak baik kalau hanya hendak melihat kemana arah sokongan parti atau mencari kelemahan orang

    ReplyDelete
  13. Tidak salah jika ustaz taksub dengan TGHH dan fanatik dengan TGNA?

    Maka PAS berkasihan dengan DAP pun tidak salah?

    Jika UMNO bersangka-baik dengan PAS dan sebaliknya pun tidak salah?

    Jawapannya kita boleh berbeza pandangan dalam politik dan Kita wajib berusaha ke arah penyatuan saudara sesama Islam, demi Islam.

    ReplyDelete
  14. Eish2...silap sungguhla..Penyatuan untuk agama tidak menjadi masalah malah ia di alu-alukan..cuma yang perlu diperbetulkan adalah apabila tidak menjadikan agama sebagai pegangan dan panduan di dalam politik..

    Di sini saya tak bincangkan soal parti politik dan pemimpin politik, cuma saya bahaskan hujah mereka yang dari konsep agama dan siasah syariyah..

    Beginilah cuba bandingkan, apa bezanya Islam PAS dan Islam UMNO..Tak payah tengok hudud tengok yang remeh sudah, contoh isu kalimah Allah, tutup aurat, soal undang-undang maksiat, filem tahyul dan banyak lagi..soal pendidikan pun dah tak melambangkan konsep Islam....ekonomi berapa banyak yang masih guna sistem kapitalis..

    Jadi saya tak kata parti politik pas tu semua betul dan umno semua salah..cuma kita ambil yang mana betul dan mana salah kita campak jauh2..sebab itulah dari awal saya kata tengok yang mana lebih baik, buat pebandingan kedua-dua parti..

    ReplyDelete
  15. Walaupun ramai di kalangan Ustaz Politik namun di antara mereka ini belum tentu di jamin masuk syurga walapaun tinggi ilmu agama mereka. Dimasa sekarang, Agak sukar mencari pendakwah yang sebenar dalam Islam.

    ReplyDelete
  16. Politik secara Islam tidak menjadi masalah, itu juga salah satu jalan dakwah..malah mungkin dengan cara itu dapat memartabatkan Islam. Kalau betul politik ini tidak dibincangkan dalam kitab2 Islam. Maksudnya politik memang ada tetapi kena ikut cara Islam.

    Pendakwah yang sebenar belambak, ada dimana-mana cuma kita sahaja rajin atau malas hendak bersama memuntut ilmu. Pendakwah yang sebenar dalam Islam menceritakan apa yang terkandung dalam Islam walaupun kadang2 nampak mirip macam politik, tapi pada hakikatnya benar..Nak tau kena pi mengaji..sebab tu tok guru dulu2 suruh pi mengaji...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG