PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, April 9, 2013

Penghargaan Buat Buku Kedua Ilmu Tauhid


Buku Ilmu Tauhid ditulis untuk ditujukan kepada seluruh lapisan masyarakat yang beragama Islam. Tujuan mewujudkan buku ini adalah untuk melaksanakan satu tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada saya bagi menyampaikan ilmu dan dakwah Islam. Diharapkan juga buku ini dapat memberikan sumbangan yang berguna buat semua pembaca untuk menambah dan mengembangkan ilmu Din Al-Islam. 


Tidak akan berjaya usaha saya ini tanpa sokongan daripada orang tersayang iaitu isteri tercinta Nasibah Binti Muhamad Ruslan. Sesungguhnya insan tercinta ini banyak membantu dan mendorong saya agar bersemangat bagi menyiapkan buku ini. Begitu juga keluarga yang disayangi terutama bonda Fatimah Bee Binti S Sahul Hamid dan ayahda Zainal Bin Mat Dak, kerana tidak pernah jemu serta banyak berkorban untuk memastikan saya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Tidak lupa keluarga sebelah mertua khasnya buat Ummi Hajah Rooziah Binti Mohd Radzi dan Abi Haji Muhamad Ruslan Bin Dato’ Haji Abd Rahim, kerana banyak menyumbang idea serta kata-kata perangsang bagi menyiapkan buku yang sangat bermanfaat ini. Kesempatan yang ada ini, saya berdoa ke hadrat Ilahi agar dianugerahkan ganjaran yang setimpal atas usaha dan sokongan mereka kepada saya. 

Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Penerbit Mustread SDN BHD, kerana sudi menerima buku ini untuk diterbitkan sebagai bahan bacaan yang bermanfaat seluruh umat Islam. Inilah yang mampu saya ucapkan kepada pihak penerbit dan selebihnya saya harap Allah SWT dapat memberikan habuan yang lumayan atas usaha yang dihulurkan bagi menyebarkan dakwah melalui penulisan ini. 

Seterusnya buat rakan-rakan sekolah, universiti, HALUAN Malaysia serta kakitangan MARA. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana tidak mampu menyebut setiap nama anda, kerana terlalu ramai. Semoga para sahabat semua dirahmati Allah dan senantiasa berada di bawah payung-payung Islam. 

Ingatlah Ilmu Tauhid ini sangat penting dan wajib dipelajari oleh seluruh umat Islam. Sekiranya tiada pegangan akidah yang kuat, maka mudah anasir-anasir luar masuk ke dalam pemikiran umat Islam hingga boleh meruntuhkan akidah. Dari sebab itulah, saya mengharapkan buku Ilmu Tauhid ini, dapat memberikan sedikit ilmu serta kefahaman kepada seluruh pembaca bagi mencegah perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah. 


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG