PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, May 20, 2013

Boleh Atau Tidak Ibu Mertua Melakukan Akikah Untuk Cucunya

Soalan

Assalamualaikum ustaz, Situasi saya. Ibu mertua ingin membuat akikah untuk anak saya dan seorang lagi anak saudara. Soalannya, bolehkah ibu mertua yang membeli kambing-kambing tersebut untuk diakikahkan? Dan, bolehkah jikalau suami ada rezeki barulah dia membayar ibunya semula?


Saya keliru ustaz.

 Jawapan

 Soalan yang menarik dan sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat. Sebenarnya masalah ini tidak besar dan tiada masalah sebenarnya. Tidak kisah sesiapapun yang ingin membuat akikah kepada anak tersebut, yang penting akikah untuk anak itu dilakukan dan ia merupakan sunat muakkad. Hal ini dirujuk kepada cerita Abdurrahman bin Abi Sa’id meriwayatkan daripada bapanya yang mengkhabarkan bahawa Nabi SAW ditanya berkenaan dengan akikah? Lalu baginda bersabda, yang bermaksud :

“Aku tidak al-‘Aquq. Sesiapa yang memperoleh anak kecil, lalu ia suka untuk menyembelih (akikah) untuknya, maka lakukanlah”. (Riwayat Abu Daud).

Cuma di sini kita perlu maklum, tanggungjawab orang melakukan akikah untuk anak yang baru dilahirkan adalah terletak kepada ayahnya atau orang yang berkewajipan menanggung nafkahnya. Jadi sebaiknya si ayah yang berusaha untuk mengakikahkan anaknya, kerana anak tersebut adalah dibawah tanggungannya. Sekiranya si ayah tidak mampu melakukan akikah pada hari ketujuh, maka disunatkan hari ke 14 pula atau selang selama seminggu sehingga bayi itu baliqh.

Syeikh Taqiyuddin Al-Husaini menjelaskan dalam kitabnya Kifayatul Akhyar dengan berkata sebaik-baik akikah dilakukan pada hari yang ketujuh. Disunatkan juga sebelum habisnya nifas ibu yang melahirkan anak tersebut. Kemudian sebelum putusnya susu anak yang ingin diakikahkan. Boleh juga dilakukan semasa anak itu menjangkau umur tujuh tahun. Sebelum umur baliqh. Sekiranya tidak dilakukan juga, maka anak itu boleh melakukan akikah untuk dirinya apabila sudah dewasa nanti.

Sekiranya hendak melakukan akikah pada hari-hari yang tidak disunatkan, perbuatan ini juga tidak menjadi masalah dan tidak bertentangan dengan syarak tetapi si pelaku akikah tidak memperoleh pahala sunat pada hari yang disunatkan.

Boleh juga si ayah atau orang yang bertanggungjawab kepada anak itu membayar kembali kos pembelian kambing kepada mertua atau ibu bapa si ayah yang mengeluarkan belanja untuk kenduri akikah cucu mereka. Mungkin pada masa itu si ayah tidak mampu untuk melakukan akikah kepada anak tersebut. Apabila si ayah sudah mempunyai kemampuan, maka dibayarlah kembali kos kenduri tersebut.

Tetapi selalunya tok dan tok wan sanggup melakukan akikah sebagai lambang kesyukuran dan keseronokan mereka memperoleh cucu, tidak dipulangkan atau dibayar si ayah pun tidak mengapa kerana ini adalah ikhlas dari mereka. Kasih sayang tok dan tok wan selalunya melebihi ibu dan ayah anak tersebut dan ini merupakan lumrah alam.

Sebagai rasa bertanggungjawab, berbincanglah dulu dengan mereka, jika mereka kata tidak perlu bayar, terpulanglah kepada ibu dan ayah anak tersebut, sama ada hendak membayar separuh, bayar penuh atau apa-apa. 



4 comments :

  1. Assalammualaikum ustaz..sy da ptanyaan dluar daripda tajuk ustaz.sy emailkan pertanyaan saya ke email ustaz.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Bagaimana klu suami minta isteri byr separuh dr nilai akikah kerana berasakan anak itu tanngungjawab bersama

    ReplyDelete
  3. Ok Nanti saya semak...

    Kalau isteri bersetuju tak jadi masalah...sebenarnya yang bertanggungjawab memberi nafkah dan akikah anak itu adalah suami..jadi suami yang bertanggungjawab...

    ReplyDelete
  4. assallamualaikum ustz,seoramg kawan saya ialah muallaf beliau baru saja mendapat cahaya mata lelaki.kedua ibu bapa beliau bukan islam menghadiahkan se ekor kambing untok tujuan akikah anak[cucu mereka]tersebut,adakah perbuatan ini tidak menyalah hukum syariah.mohon penjelasan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG