PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Saturday, November 23, 2013

Komen Mengenai Ugutan Keluar Pakatan PAS Pulau Pinang





Komen Mengenai Ugutan Keluar Pakatan PAS Pulau Pinang Mari kita singkap sejarah Rasulullah SAW berdakwah pada awal Baginda dilantik menjadi seorang Rasul. Baginda tidak memiliki apa-apa jawatan dalam kaumnya mahupun dalam Kota Mekah pada ketika itu. Amanah dakwah yang dianugerahkan Allah kepadanya dapat dilaksanakan dengan penuh tertib. Permulaannya Baginda berdakwah secara bersembunyi, dakwah yang disampaikan ditujukan kepada orang-orang terdekat seperti keluarga dan sahabatnya. Markas Baginda menyebarkan dakwah pada ketika itu dijalankan di rumah Al-Arqam ibn Abi Arqam.

Kemudian mari kita selami pula sejarah Baginda dikunjungi oleh beberapa orang pembesar Quraisy untuk memberikan tawaran istimewa kepadanya. Tawaran ini berlaku adalah disebabkan kaum Quraisy buntu dengan perkembangan Islam yang semakin hari semakin berkembang. Pelbagai cara keganasan dan ancaman dilakukan tetapi semuanya tidak berjaya. Oleh sebab itulah mereka datang berjumpa Baginda untuk membuat tawaran paling istimewa dengan beberapa syarat diletakkan oleh mereka. Mereka merayu meminta Baginda menghentikan dakwahnya, mintalah apa sahaja yang baginda mahu, perempuan, pangkat, harta atau apa-apa sahaja semua sanggup diberikan oleh mereka. Tetapi semua tawaran ditolak baginda dengan penuh hikmah dengan turunnya firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah, dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat, dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat, bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". (Surah Al-Kafirun)

Rumusan yang dapat dibuat dari kedua-dua cerita di atas ini menunjukkan jawatan bukan satu penghalang untuk meneruskan usaha dakwah. Malah usaha dakwah itu boleh dilakukan dengan pelbagai macam dan ragam tanpa memerlukan kos yang banyak. Jadi secara peribadi saya amat bersetuju dengan al-Fadhil Dr Mujahid Yusof Rawa mengenai nasihat beliau kepada PAS Pulau Pinang mengancam untuk keluar daripada Pakatan Rakyat negeri itu.

Seperti mana kata beliau PAS Pulau Pinang mempunyai aset yang besar dengan terlantiknya Ustaz Saleh Man sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Hal ini menunjukkan PAS berupaya dan amat berpotensi untuk menyusun strategi dakwah mereka bagi memberi penerangan dan tarbiah kepada masyarakat akan konsep Islam yang sebenarnya melalui program-program kerohanian atau agama negeri. Maksud saya di sini bukan berbicara atas nama PAS tetapi terus atas nama Islam, kerana perjuangan yang sebenarnya adalah untuk menegakkan din Islam bukan hanya semata-mata memenangkan PAS. Berdasarkan situasi masyarakat lebih senang menerima pengajian-pengajian yang berbentuk diniyyah tanpa memasukkan nama-nama parti politik.

Dakwah yang perlu disebarkan masyarakat hendaklah mengikuti tingkatannya seperti perkara-perkara asas Islam yang meliputi Akidah, Islam dan Ihsan. Apabila usaha tarbiah ini berterusan dengan uslub yang benar, maka dengan izin Allah SWT masyarakat akan menerima Islam ini secara menyeluruh. Pada waktu itu para pendakwah melaungkan akan kewajipan setiap insan untuk menyokong parti atau jemaah yang ingin menegakkan Islam akan diterima oleh mereka secara bulat-bulat tanpa membantah. Sekarang ini berlaku bantahan adalah disebabkan suasana masyarakat yang masih tidak faham akan hakikat Islam sebenar. Perkara ini bertambah buruk apabila orang yang membawa kebenaran difitnah oleh golongan-golongan kapitalis dengan mengatakan mereka ini membawa kehancuran, kemunduran dan menggadaikan Islam kerana bekerjasama dengan organisasi yang bukan muslim.

Contoh yang dapat kita lihat sekarang ini seperti uslub dakwah Ikhwan Muslimin dengan jayanya dapat membentuk sebuah kerajaan pertama demokrasi di negara Mesir. Kejayaan ini berlaku adalah disebabkan kesabaran mereka menjalankan usaha dakwah dan tarbiah bagi mendidik masyarakat mengenali Islam yang sebenar. Alhamdulillah lebih 60 tahun usaha mereka berjaya. Tetapi kejayaan mereka itu dirobek oleh kaum munafik yang sentiasa merancang untuk menjatuhkan Islam.

Perlu kita ambil iktibar dari peristiwa yang berlaku kepada Ikhwan Muslimin. Sekiranya kita tidak kuat dan tidak bersatu dalam jemaah, maka sudah pasti kita mudah dikotak katikkan musuh. Sebab itulah musuh mudah memainkan isu-isu sensasi yang dibuat sendiri oleh kita dan akhirnya mereka mendapat untung dari kredit yang diberikan kita kepada mereka. Setiap inci, meter dan penjuru harus diawasi sebelum membuat keputusan kerana senjata-senjata musuh sedang dihunuskan kepada kita. Salah sahaja langkah, maka maut menanti kita.

Jadi setiap keputusan haruslah mendapat persetujuan atasan supaya ia tidak menimbulkan perselisihan faham dan perpecahan dalam jemaah. Lagipun pihak atasan dengan adanya majlis syura ulama sudah cukup untuk menentukan keputusan kerana wakil-wakil yang ada adalah terdiri daripada mereka yang hebat dan pelbagai latar belakang pendidikan. Sudah tentu keputusan yang dibuat berkualiti dan tidak mementingkan mana-mana pihak sama ada suara pucuk pimpinan atau bawahan.



4 comments :

  1. yaa...ini baru btol...
    calon pru14 kita semua!
    takbir!!

    ReplyDelete
  2. kah kah kah!
    siapa yang berkuasa untuk menentukan kedudukan PAS dalam PakatanRakyat?.
    Bukan mamak Penang atau Zombie Balik Pulau atau Minah Komtar.!
    Majlis Syura Ulamak ...... yang dipimpin oleh TGNA, inilah badan yang membenarkan tahaluf syiasi dalam PR. Majis Syura jugalah yang berkuasa untuk ugut atau bertindak keluar dari PR.

    Kuang kuang kuang!
    hisap rokok tiada api ..... tahap politik kedai kopi.

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas keputusan yang dibuat. Inilah keputusan politik yang cerdik. Sebenarnya PAS pulau pinang belum kuat pengaruhnya. Memang dulu Permatang Pauh PAS punya, tetapi kerana tak cekap kita mengurus politik kita kta dapat satu DUN, OK lah juga itu pun dengan kerjasama pakatan. Kalau kita bergerak sendiri DUN pun akan hilang. Jadi, gunalah peluang yang ada untuk tambah ahli di mana-mana. bukan cari musuh. Apa salahnya kita berbaik-baik dengan orang atas pagar yang mirip ke BN. Dakwah kita mesti betul. Niat mesti jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ustaz Ahmad Baei atas kongsian ustaz..ana selalu beli majalah Fardu Ain..suka baca tulisan ustaz..

      Tapi sekarang Majalah Fardu Ain dah kurang keluaran, mungkin ada strategi baru..ana antara peminat majalah Fardu Ain...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG