PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Monday, December 30, 2013

Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran


Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. Apa pendapat ustaz pula, sedangkan para ulamak-ulamak memperjuang hukum hudud Allah kerana terdapat dalam al-Quran juga mengatakan wajib melaksanakan hukum Allah...

Jawapannya

Memang semua orang kenali bahawa Tun Mahadir adalah orang yang bijak. Banyak jasa-jasanya yang dilakukan terhadap pembangunan negara sewaktu ia menjadi perdana menteri Malaysia dahulu. Cuma kekurangan yang ada pada Tun adalah ilmu-ilmu agama, sebab itulah ada sebahagian hujah-hujah agama yang dikeluarkan oleh Tun sangat bertentangan dengan disiplin ilmu agama yang ada. Berlakulah pandangan-pandangan yang sangat meleset dari kebenaran yang telah dirungkaikan oleh ulama dari dua manhaj yang ditinggalkan Rasulullah SAW iaitu al-Quran dan sunah.

Mengenai kata-kata Tun bahawa hukum hudud tiada di dalam al-Quran itu merupakan satu kesalahan yang sangat besar. Kerana dari segi hakikatnya banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang pelaksanaan hukum hudud. Untuk makluman pembaca budiman, hudud adalah sebahagian kecil undang-undang Islam yang terdapat di bab Jenayah Islam. Sebenarnya undang-undang Islam meliputi semua perkara yang dinamakan syariat Islam termasuklah hukum qisas, hudud dan takzir.

Mari kita singkap ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kewajipan melaksanakan hukum hudud, antaranya ialah :

Kesalahan mencuri. Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua mereka (sebagai) pembalasan terhadap apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan (kemurkaan)dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Maidah : 38) 
Kesalahan berzina. Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Perempuan-perempuan yang berzina dan lelaki-lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menghalang kamu dari menjalankan agama(hukuman) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah perlaksanaan hukuman terhadap mereka berdua disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”. (Surah an-Nur : 2) 
Kesalahan menuduh zina tanpa empat orang saksi. Firman Allah SWT yang bermaksud :  

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik melakukan zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (penuduh) dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selama-lamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasiq”. (Surah an-Nur : 4) 
Kesalahan minum arak. Firman Allah SWT yang bermaksud :  

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji dari perbuatn syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kamu dengan meminum arak dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang, maka adakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara tersebut)”. (al-Maidah : 90-91) 
Kesalahan murtad. Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Barangsiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya lalu dia mati dalam keadaan kekafiran itu, maka sia-sialah segala amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka inilah penghuni neraka dan kekal di dalamnya selama-lamya”. (Surah al-Baqarah : 217) 
Kesalahan menderhaka kepada pemerintah Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud :  

“Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau di buang negeri (kalau mwereka mengganggu ketenteraman awam. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.” (al-Maidah : 33)

Hudud ini bukan rekaan ahli fekah, tetapi sudah lama termaktub di dalam kitab al-Quran dan hadis. Jadi dakwaan mengenai rekaan ahli fekah itu adalah tuduhan yang salah tanpa menyelidiki dahulu sumber-sumber yang dibincangkan oleh ulama fekah. Inilah musibah yang dihadapi oleh kita semua apabila orang yang tidak ahli berhujah mengenai hukum-hukum Islam. Amat malang semua ini dirujuk pula kepada mereka yang jelas ingin menentang kebenaran Islam dengan menolak dalil-dalil hadis dan mereka berkata al-Quran sudah lengkap tidak perlu lagi hadis-hadis dan hujah ulama.

Gambaran yang dapat saya buat di sini seperti sebuah kapal yang berlayar di lautan luas, ia memerlukan satu enjin yang kuat, body yang tahan dari pukulan ombak, nahkodanya juga cukup arif dalam bidang pelayaran. Insyaallah semua anak kapalnya akan selamat tiba ke distinasi yang dituju. Cuba anda bayangkan bagaimana jadinya kapal tersebut apabila kurang salah satu dari tiga komponen yang penting ini. maka sudah pasti ia tidak boleh belayar, sekiranya belayar ia akan melencung jauh dari distinasinya.

Begitu juga Islam terdiri daripada beberapa asas utama iaitu al-Quran, al-Hadis dan ijmak ulama. Di sini bukan bermaksud al-Quran itu lemah, tetapi ia menjadi sokongan atau penguat antara satu sama lain. Sebenarnya setiap hadis dan ijmak ulama itu datangnya juga dari al-Quran. Jadi tidak ada satupun hukum Islam itu yang direka oleh ahli fekah. Buktinya boleh lihat di dalam kitab-kitab fekah setiap hujah dikuatkan dengan al-Quran dan hadis.

Akhir sekali, diharapkan Tun dan juga mereka yang berpandangan sama dengannya kembalilah bertaubat dan perbetulkan pandangan agar ia selaras dengan apa yang dinyatakan oleh al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Sebelum mengeluarkan sesuatu hujah mengenai Islam, maka sebaiknya rujuklah kepada mereka yang ahli mengenainya, supaya setiap pandangan dibuat tidak sesat jauh dari jalan yang dibawa oleh Islam. 



35 comments :

  1. salam tuan...
    merujuk kpd perenggan pertama...
    heboh pasai bekas pm duk kata pasai ni..
    alangkah lebih afdhal jika perkara yg heboh ini diberi link atau sandaran atau ucapan penuh beliau...

    ulasan perenggan bawah2 sy setuju..siap petikan dr kitab yg mulia Al Quran.. tp bab perenggan 1 tu mintak penjelasan sumber..
    wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni link dia

      http://www.youtube.com/watch?v=LSj2MCkfUuQ

      Delete
    2. kan lebih bagus bertanya dgn tuan punya badan...video boleh di manipulasi...silap-silap buat dosa kering jer sbb sebar fitnah...ustad plak tu..

      Delete
    3. Dear Anon... I'm a self-proclaimed video manipulation expert & I can tell 100%, video ni tak dimanipulasi pon... Thing is you don't wanna believe your eyes and are in state of denial. Allahu a'lam.

      I know you love Tun Mahathir. That's good for you. But to believe, ONLY what you wanna believe, that's pretty ridiculous. Bukti jelas terpampang. "Kan lebih bagus bertanya dengan tuan punya badan" itu boleh berbalik kepada diri anda sendiri. Jemput tanya Tun Mahathir sendiri. And the irony doesn't end here, I know. Same goes to me.

      Delete
  2. kalau takda sumber bermakna mungkin dianggap bersubahat dalam peyebaran fitnah

    ReplyDelete
  3. untuk anonymous, ini mahathir punya: http://www.youtube.com/watch?v=LSj2MCkfUuQ;
    ini najib punya: http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM
    ini masitah punya: http://www.youtube.com/watch?v=g8_Jf2j6GB0
    ini satu lagi najib punya: http://www.youtube.com/watch?v=jI4XbmND3Ho

    jangan asyik baca utusan meloya je ..... kena tipu sokmo mu.....!!!!

    ReplyDelete
  4. semua ini adalah fitnah akhir zaman. apa yang Allah sudah tetapkan itulah hukum yang sebenarnya. Mahathir tahu sesuatu tetapi sayang dia tak mahu buat ikut pengetahuannya. Hukum Allah itu sudah tetap tidak dapat diubah lagi. Sekiranya ada mana-mana orang yang mahu mengubah silalah tetapi harus diingat dosanya yang mengubah hukum Allah lebih besar dari orang yang melanggar hukum Allah sendiri.

    tuan rumah, pada terjemahan al Maidah ayat 38, tuan telah tertinggal perkataan 'dan' pada depan ayat itu. 'Dan' itu adalah yang paling penting dalam ayat itu kerana ia memberi kefahaman total dalam memahami hukuman ke atas pencuri.

    ReplyDelete
  5. Ada jugak yg setuju bekas PM ckp mcm tu....pelik sungguhlah...

    ReplyDelete
  6. perbalahan dan pertengkaran yang wujud dari Muslim yang beradab tu menjadi hijab untuk melihat keburukan dan kecelaan diri sendiri.

    Ya Allah. ampunilah dosa ku. aku mohon rahmat Mu.

    ReplyDelete
  7. Hudud adalahk ata jamak yang membawa makna "peraturan-peraturan". Dalam surah Al Baqarah ayat 230 perkataan hudud yang disebut merujuk kepada perkara nikah kawin yang disebutkan dalam ayar-ayat sebelumnya dalam surah yang sama dan dalam ayat 13 An Nisa' juga ada disebutkan perkataan hudud namun ianya merujuk kepada ayat-ayat sebelumnya dalam surah yang sama juga iaitu tentang pembahagian harta pusaka.

    Maka bagaimanakah ustaz meletakan hudud itu hanya semata2 perkara tentang jenayah sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aturan2 Allah kena faham..ia jamak..bermaksud semua ketetapan dan ketentuan atau segala hukum syarak itu adalah hudud..selain pada perkataan hudud syariat juga dimaksudkan sebagai undang2 atau peraturan..selain makna peraturan hudud juga bermakna siksaan atau jenis hukuman yang berbentuk siksaan...peraturan Allah bukan nikah kawin sahaja...tetapi menyeluruh melibatkan manusia sesama manusia..manusia dengan Allah dan manusia dengan alam...

      Delete
    2. hudud yg ustaz dan PAS laungkan selama ini hanya tentang zina, curi dan yang uztad sebutkan diatas. Sebab itulah hukum hudud PAS yang disebutkan telah digezetkan di Kelantan dan Terengganu itu bukan enekmen hukum hudud tetapi dimasukan (sebagai sub seksyen) didalam "Kanun Jenayah Syariah"...bukan hukum hudud.

      Sementelah pula PAS yang mengecualikan orang bukan Islam dikenakan "hudud" menyimpang dari amalan undang2 Islam. Ustaz sebutkan kalau ada nas yang mengecualikan orang bukan Islam dari dikenakan "hudud".

      Satu lagi; kenapa pula PAS Selangor sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Selangor (yang dibawah kuasa sekongkolan PAS) boleh mengecualikan "hudud"? Jika begitu maka sebenarnya orang PAS selain daripada Kelantan adalah tidak layak berbicara tentang hudud.

      Delete
  8. Ilmu agama dunia...kau pergi sembang la dgn Mahathir tuh kalau rasa diri dah bagus/pandai sangat....melopong nanti ustat nih....gunakan mata hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep pencerahan bukan mencari sapa menang atau kalah, sekiranya hujah saya salah tun mahadir yang betul...saya terima..tak ada masalah...tetapi mesti berpaksikan 4 sumber islam iaitu al-quran..sunnah, ijmak dan qiyas...saya dengan mahadir tu bukan jiran tetangga, adik beradik, atau kawan2 mengeteh kedai kopi boleh jumpa cam tu sahaja..bagilah para ulamak, mufti, ustaz2 yang hebat2, proffesor, dr dan orang2 agama berjawatan tinggi untuk berdiskusi dengannya...baru kena n mudah masuk prosedur...

      Delete
    2. mudah faham dengan pencerahan ustaz...teruskan dakwah ustaz semoga Allah swt melindungi Ustaz dan umat Islam dari fitnah.

      Delete
  9. saya agak musykil berkenaa versi hudud yang ingin dilaksanakan PAS... saya agak tertarik dengan puak2 PAS mmaklumkan hudud hanya untuk orang islam.. adakah didalam dunia ini wujudnya hudud semacam ini? adakah di arab saudi, brunei dan negara2 yang mengamalkan hudud hanya untuk orang islam.. klu tak silap saya pada zaman nabi hudud juga digunapakai untuk semua rakyat tak kira islam atau bukan... bolehkan hudud hanya untuk orang islam dilaksanakan memandangkan hudud versi ini tak pernah diamalkan walaupun semasa nabi masih hidup dahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hudud dinamakan sebagai hukum syarak dalam perbincangan ilmu fiqh dalam bab jenayat..apabila nama sahaja syarak ia merujuk kepada umat Islam..sama juga kewajipan berpuasa hanya wajib kepada umat Islam bukan semua umat agama lain..

      Jadi cara mudahnya..sekiranya non muslim hendak berpuasa sepertimana umat Islam..boleh buat tak ada halangan dan itu kehendak dirinya..Begitu juga hukum hudud sekiranya non muslim nak dilaksanakan hudud kepada mereka..maka ni tak jadi masalah..Islam tidak ada paksaan kepada bukan Islam...tetapi umat Islam terikat dengan hukum Islam..

      Delete
    2. Bagaimana pula dengan jenayah curi, rompak, zina orang bukan Islam dengan orang Islam. Inilah yang dimaksudkan. ustaz perlu luaskan fikiran dalam menentukan hukuman seperti Brunei tidak mengecualikan perlaksanaan hudud kepada penzina yg bukan Islam...sila rujuk kepada hudud zina Brunei. Inilah satu daripada yang Mahathir maksudkan..namun PAS gagal dalam menyelesaikan dan menentukan permasalahan ini hanya disebabkan sekongkolan politik mereka.

      Saya ingin kongsikan satu artikel dari portal malaysiakini;
      KUALA LUMPUR : Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejakali lagi menegaska nundang-undang Islam itu bukan sebahagian daripa dasar pakatan pembangkang buat masaini.
      Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangkapanjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masadepan.
      Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.
      Inikerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

      Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibupejabat Pas di sinipada 28 september 2011

      Delete
    3. nama pun bukan islam,,,sama ada di hukum atau pun tidak di dunia ini sama sahaja..orang islam jangan buat kesalahan x timbul orang bukan islan nk kena hukum atau tidak..kepada yg islam boleh jadi penebus dosa di hadapan Allah swt...yg bukan islam tetep akan di hukum walaupun terlepas dari hukuman di dunia.sama sama lah kita bersihkan diri kita dari dosa dan maksiat..semoga Allah sentiasa melindungi umat islam dari riak ujub dan takbur.InsyaAllah

      Delete
  10. Saya salinkan perlaksanaan hudud yang Brunei laksanakan (tidak mengecualikan bukan Islam)


    1. Perkara berkaitan Khalwat:

    KHALWAT 196.
    (1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
    (2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
    orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.



    Perkara berkenaan zina;

    HUKUMAN ZINA 69.

    (1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
    (a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
    (b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

    (2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
    (a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
    (b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.


    (3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

    (4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

    Kesimpulannya"hudud" yang PAS mahu laksanakan jauh sekali daripada keadilan yang mereka hebohkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya ada org kuat penyokong mahadir sebaiknya sebelum berhujah elok berguru dulu jangan tersilap kata mengupas bab hukum Allah

      Delete
    2. Cara mudah, sekiranya benar hendak melaksanakan hudud atau undang2 jenayat Islam, tak salah kita rujuk mana2 negara yang melaksanakannya..cuma di sini konsep asasnya juga ada, kita boleh aplikasikan mengikut keadaan masyarakat Malaysia..Saya tidak kata hudud brunei tu salah..jangan salah faham..

      Apa2pun pihak yang berwajib yang mampu menentukannya berdasarkan penyelidikan tertentu..yang penting tidak lari daripada 4 sumber iaitu al-quran, hadis, ijmak dan qiyas..

      Di sini amat tidak layaklah kita menyalahkan Pas sahaja, sepatutnya kita kena menyokong usahanya untuk melaksanakan undang2 Islam..sekiranya berjaya ia adalah satu2nya contoh yang ada di negara malaysia..sekiranya bermasalah, kemukakan hujah daripada pihak2 yang berkuasa termasuk kerajaan BN, mufti, JAKIM, ulamak yang ada untuk penambah baikan..yang penting asasnya tidak lari...

      Apa gunanya ada mufti, sultan, JAKIM kalau tak boleh beri jawapan n selesaikan masalah agama...

      Delete
    3. Tak mengapa saya menyokong Mahathir kerana saya juga mengkaji dan berguru dengan guru yang murshid dan bersanad.

      Apa guna jika undang2 hudud telah digezetkan seperti di kerajaan PAS Kelantan dan disokong oleh UMNO tetapi tidak mahu dilaksanakan oleh ostaz dan ulamak PAS?

      Mungkin ustaz tidak tahu atau terlupa apa yang pemimpin dan wartawan pas pernah kata tentang Mahathir dan Anwar tentang hudud.

      Mari saya kongsikan disini sedikit dari wawancara Ahmad Lutfi Othman dan Md Sabu satu ketika dahulu (dalam bukunya yg bertajuk Layakkah Anwar Ketuai Reformasi) lepas itu ustaz cermin dan muhasabah diri sendiri adakah orang seperti Anwar Ibrahim itu mahu dijadikan PAS dan orang seperti ustaz sebagai Perdana Menteri dan mungkinkah hudud akan dilaksanakan.:

      Ahmad Lutfi Othman: Kata orang, berbanding Mahathir Anwar dilihat jarang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan Islam?

      Mat Sabu: Anwar memang lebih bijak berbanding Mahathir. Mahathir tidak reti menerangkan Islam tetapi Anwar lebih pandai. Misalnya, apabila menerangkan hukum Hudud, Mahathir akan menolaknya secara total tetapi Anwar akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini, soal awlawiyyat atau prioriti. Jadi penolakan Anwar lebih lunak! Memang kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah.

      Delete
  11. SALAM.. saya musykil tenteng satu perkara.. adakah perkataan hudud ini terkandung di dalam ALQURAN.. atau pun perkataan hudud ini ialah istilah oleh ulama fekah.. mohon pencerahan kepada saudara2 yg mempelajari.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just to answer your question: Perkataan hudud ADA di dalam Al-Qur'an (contoh: Al-Baqarah, 229). Tapi saya khawatir, apa tujuan saudara bertanya; jadi izinkan saya untuk menambah nasihat: perbincangan tentang hasrat melaksanakan hudud ini adalah amat mendalam. Jangan buat konklusi sendiri hanya setelah mengetahui di dalam Al-Qur'an ada digunakan perkataan hudud. Rujuk ulama yang benar-benar 'aalim (berilmu). And just to add, Tun Mahathir is certainly NOT one of them :)

      Delete
    2. ya perkataan hudud ada dalam ayat 229 Al-Baqarah tapi tahukah saudara tentang apakah hudud yang disebutkan Allah itu? sila kaji terjemahan dan belajar tafsir....ia tentang hukum talak. Adakah hukum talak ini belum lagi dilaksanakan di Malaysia?

      Delete
  12. sy hanya bertanya untuk kepastian diri sendiri.. sy x berhak untuk menghukum sesiapa pun.. sy pun bkn org bijak pandai.. jadi sy rasa x salah bertanya.. sorry klu quest sy membuatkan sesape terasa.. sorry..

    ReplyDelete
  13. Saya minta ustaz dan semua yg anti-Tun-M muhasabah la. Jangan cepat menuduh hanya sebab perbezaan fahaman politik. Kena pegang dan sebarkan fakta, bukan tuduhan. Apatah lagi fitnah. Kalau kita tak faham kata-katanya, pi minta penjelasan.. Ustaz Kazim Elias mengaku dia sendiri pergi tanya Tun M tentang pendiriannya pada hudud. Tun M tak tolak. Jadi saya minta sebelum nak tuduh apa-apa, pi tanya dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tak tuduh..atas tu dah berfakta dah..bab agama ni bukan boleh main cakap je...kena tanya orang yang pakar dulu..cuba tanya ustaz kazim n ustaz2 mana2 parti sekali pun..betul atau tak ayat hudud tak ada dalam quran dan hadis dan hanya kata2 ulama fiqh..padahal kata2 ulama juga datang dari al-quran dan hadis...pembetulan saya tidak tuduh..soal komen dalam ni yng bukan atas nama saya itu tanggungjawab masing2...

      Delete
    2. pemimimpin atau mantan hendaklan menyatakan sesuatu dengan jelas bukan berkias dan meragukan...wallah hu alam...semoga Allah melindungi kita semua umat islam dari fitnah yg nyata dan tidak nyata.

      Delete
  14. Bagaimana hudud wajib sedangkan hadi awg sendri kata hudud cuma 0.0001 peratus dlm alquran
    . Tak wajiblaaa.. Lagi satu hadi awg kata hudud tidak semestinya dilakukan.. Jd tak wajib laaaa
    laaaa..

    ReplyDelete
  15. Hadi awg penah kata hudud bukan agenda utama.
    Bukan kah ini satu penghinaan kpd hukum Allah? Ustat sila beri pandangan mengikut hukum islam bukan ikut hukum nafsu sndri utk memenangkan puak sndri.. Dan surah mana dlm alquran yg mengatakn hudud cuma utk org islam saja? Alquran menyuruh supaya berlaku adil bila menjatuhkn hukuman datang parti poltik pegi ubah hukum Allah demi menyelamatkn undi mereka

    ReplyDelete
  16. Ada terdengar berita utk melaksanakan Hukum Hudud, PAS telah pergi keBrunei utk mengaji dan mengkaji cara Hukum Hudud dilaksanakan diBrunei. Rupanya hahaha... ada "Golongan Tertentu" diBrunei yg kebal dari Hukuman Hudud. Cuba teka siapakah mereka..??

    ReplyDelete
  17. orang orang pas jugak suka menghalalakan cara kalau pamimipin dia cakap tak btulpun jadi betul.kalau pemimipin orang lain klau nmpak silap sikit crita kt satu dunia.....pemimpin pas lepak dengan lgbt. ambiaga.anuar setonkol dengan musuh islam time demuntrasi bersih.....semua diam takdalah plk ustaz ni bagi hukum,,,,nmpak sangat sangatt cuba nak brpolitik.....ustaz dlam islam takda crita pas tu mksom dan jangan prasan .......

    ReplyDelete
  18. Ustaz.. teruskan dakwah ustaz sehingga undang2 islam tertegak di bumi malaysia ini.. kalu tidak dizaman kita.. zaman anak kita.. atau cucu cicit kita.. insya Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG