PINDAH WEBSITE BARU

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua berada di bawah naungan Allah SWT. Untuk Pengetahuan semua blog Ustaz Nor Amin ini telah berpindah ke website baru bermula awal bulan Februari 2014. Jadi segala artikel dan maklumat baru diupdate di sana.


Jom Ziarah Web baru ustaz

Klik Sini

Smart Hijrah

Tuesday, December 10, 2013

Langgar Anjing Perlu Disucikan Ke?




Salam ustaz .. 

Saya nak tumpang tanya, semasa ondaway balik dari kerja, saya terlanggar seekor anjing. Apa yang perlu saya lakukan. Perlukah saya membasuh tayar motosikal dengan menggunakan air tanah ataupun hanya menggunakan air paip sahaja.. 

Jawapan 

Anjing termasuk dalam bahagian najis paling berat atau dinamakan sebagai najis muqallazah. Ada dua kategori dalam najis ini iaitu apa-apa yang datang dari anjing atau babi, maka ia dikira sebagai najis muqallazah. Najis ini hendaklah disucikan dengan cara yang telah ditetapkan Islam seperti mana perbahasannya yang terdapat pada kitab-kitab fiqh dalam bab menyucikan najis. 

Cara menyucikan najis ini ialah dengan menghilangkan dahulu najis yang datang daripada anjing atau babi, kemudian dibasuh 1 kali dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci. Seterusnya diakhiri dengan 6 kali air mutlak sehingga diyakini suci seperti hilang bau, rasa dan warnanya. Boleh ditambahkan lagi basuhan air mutlak apabila di dapati masih ada kesan-kesan najis. Tindakan ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : 

“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim) 

Dalam masalah tuan yang bertanya, bahagian motosikal yang terlanggar anjing itu hendaklah disucikan dengan kaedah yang telah ditetapkan iaitu 1 kali dengan air yang bercampur dengan tanah dan 6 kali air mutlak sehingga diyakini suci dengan hilangnya bau, rasa dan warnanya. Namun masih ragu-ragu atau was-was terhadap kesan najis itu, maka tambahkan lagi bilangan air mutlak sampai hilangnya rasa was-was di atas kesan najis tersebut. 



9 comments :

  1. Salam Ustaz,

    Apa rasional samak tayar motosikal kerana kita bukan nak bawa tayar motosikal pergi sembahyang?

    Harap dpt mendengar penjelasan ustaz.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaedah itu satu2nya cara menyucikan najis tersebut..jadi bukan hanya sekadar hendak bawa solat tetapi untuk kesucian diri...

      Delete
  2. Assalamualaikum Ustaz. Ustaz, dulu, saya tak tahu nk bezakan antara air mani dan air mazi. Waktu puasa tahun 2013 ni, saya prnh terangsang dan cecair yang keluar tidak dapat saya nak pastikan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk membezakan kedua cairan tersebut. Jadi, saya pernah mencari juga di google ttapi tidak dapat memahami apa yg pnulis cuba sampaikan atau terangkan. Apa yang saya nak pastikan ustaz, adakah sah ibadah saya selama ni ustaz ? Saya betul betul takut andainya ibadah tersebut tidak sah. Tambahan pula saya tidak begitu pasti hari ke-brapa ramadhan peristiwa tersebut berlaku. Bagaimana nak selesaikan masalah saya ni ustaz ? Bantulah saya ustaz, Jazakallah .

    ReplyDelete
  3. ...Kalau jelas terlihat najis tersebut dan memang kita nampak ianya melekat kat tayar motor, adalah lebih baik kita bersihkannya seperti yang dijelaskan. memang tayar tak bawa solat. tapi tayar tu main peranan nak bawa kita pi solat.. kerana dikhuatiri berlaku percikan najis tersebut pada pakaian kita. dan adakalanya kita memegang tayar tersebut bila nak isi angin dan ianya terdedah dipegang oleh orang lain. jadi jika ain najis tu kelihatn dan memang jelas kita terlanggar najis terebut adalah wajar ianya dibersihkan.. moto yang bersih menjadikan moto kita lebih disukai orang ramai..

    ReplyDelete
  4. Tanya balik bagaimana najis anjing atau babi kena pakaian yg bukan digunakan utk solat seperti baju keje dan lain perlu tak sertu

    ReplyDelete
  5. ooo..maknanya tak kira apa pun daripada kita yang terkena anjing perlu disucikan dengan cara ini ya?

    ReplyDelete
  6. salam,

    saya nk tanya adakah perlu disamak sekiranya seluar saya terkena alat tangkapan anjing itu, walaupun terkena sedikit sahaja

    ReplyDelete
  7. salam ustaz.. sy nk tnya.. sy trlanggar bngkai anjing(x psti kulit nya kering atau basah semasa mnaiki motor dan terkena kaki sy.. adakah sy prlu samak kaki dan motor sy ? bgaimana pulak dngn brg yg rsentuhan dgn kaki sy ?

    ReplyDelete
  8. Mensucikan itu tuntutan dalam perihal kesucian. Tanggungjawab terhadap diri sendiri dan Allah yang maha kuasa mungkin selesai.

    Pernahkan anda terfikir bagaimana pula nasib anjing yang telah dilanggar ?

    Kalau mati, tunggu lah perhitungan dimahkamah agung nanti.

    Kalau hidup dan cacat, bagaimana pula tanggungjawab anda sbg khalifah terhadap kehidupan anjing yang telah dicacatkan?

    Bagaimana cara anda hendak dapatkan permohonan maaf dari anjing itu ?

    Samak di kisahkan, keadilan untuk anjing itu tiada siapa pedulikan. Lupakah kalian bahawa Allah itu maha memerhati dan maha adil kepada semua makhluknya.

    Manusia apakah ini ? Motor lebih penting daripada anjing yang Allah telah tiupkan ruh padanya dengan kasih sayang.

    Cerita tentang binatang itu najis dan haram tetapi lupa tentang tujuan utama kalian dihantar hidup ke muka bumi menjadi khalifah kepada semua binatang dan makhluk yang ada.

    Maaf aku kasar berbicara, peringatan ini untuk diriku dan semua kalian saudaraku.

    Al fatihah ila hadratun Rasulullah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PEMBACA

PENGIKUT BLOG